nine 🕊

576 79 27
                                    

Suasana bising dan meriah di party malam ini tidak dapat membuatkan seorang Haera gembira seperti selalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana bising dan meriah di party malam ini tidak dapat membuatkan seorang Haera gembira seperti selalu. Geram hatinya dek kerana Jimin yang tiba-tiba saja ingin pulang ke rumah. Satu senyuman sinis terukir dibibir merah miliknya.

"Tak apa, Jisoo, kali ini aku akan biarkan kau bahagia dulu dengan Jimin tu tapi lepasni semuanya kau akan hilang. Jimin tu, aku yang punya" kata Haera sendirian.

"Weh Haera kau kenapa?" tanya Hyunjin yang tiba-tiba datang dari belakang lalu memeluk erat pinggang ramping perempuan kesayangannya.

"Lepas lah" kata Haera dengan nada tidak suka.

Tetap sama. Tangan Hyunjin masih lagi melingkar di pinggang Haera.

"Aku kata lepas tu, lepas lah!" marah Haera lalu menolak Hyunjin menjauh darinya.

"Hae... aku cintakan kau Hae. Takkan kau tak boleh terima aku sikit pun dalam hati kau tu" ucap Hyunjin dengan nada merayu.

Satu jelingan dihadiahkan kepada Hyunjin. Rasa geram dalam hatinya kerana hal Jimin belum hilang, timbul pula manusia ini nak buat onar. Bertambah geram hatinya.

"Aku dah pernah cakap kan, aku takkan pernah suka kau. Lagi satu aku dah ada orang lain. Lepasni jangan kacau aku lagi" kata Haera memberi amaran.

Haera terus beredar bersama kawan-kawan perempuannya yang lain. Dia meninggalkan Hyunjin berdiri sendirian disitu. Para tetamu yang hadir hanya melihat kejadian tersebut. Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri.

"Jangan ingat aku akan ikut cakap kau Haera. Aku sayang kau dan kau akan tetap jadi milik aku" desis hati Hyunjin.

🕊

"Papa, hari ini tak banyak kerja eh dekat office?" soal Jiyu sambil memandang Jimin dengan wajah teruja.

"Kenapa Jiyu tanya macam tu?" jawab Jimin pelik.

"Selalunya mama kata, kalau papa balik lambat atau tak balik maknanya papa banyak kerja" balas jiyu dengan petah.

Jimin terus memandang Jisoo yang sedang makan di sebelahnya. Dapat dia lihat isterinya hanya menunduk sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Kemudian, Jimin memandang Jiyu semula. Tiba-tiba perasaan serba salah mulai menyinggah dalam hati. Cepat-cepat dia menghadiahkan senyuman manis.

"Betul la tu apa yang mama cakap, papa banyak kerja. Tapi hari ini tak banyak" tutur Jimin lalu mengusap lembut tepi bibir anak nya yang comot semasa makan.

Jisoo hanya mendiamkan diri di tepi. Dia tidak mahu mengganggu atau merosakkan suasana bahagia seperti ini buat Jiyu. Sempat juga dia melirik sekilas wajah Jimin. Dapat dia lihat senyuman manis suaminya. Rindu betul  dirinya dengan senyuman itu. Namun tiada apa yang mampu dia lakikan melainkan memendam rasa sendirian.

"Jisoo, kenapa awak suruh saya balik awal hari ini? ada benda nak bincang ke?"

tiba-tiba Jimin mengajukan soalan kepada isterinya itu. Terkejut Jisoo dibuatnya. Sudah lah dia masih lagi mengelamun dalam dunianya sendiri.

" Oh, tentang itu. Saya cuma nak awak luangkan masa sekejap dengan Jiyu sementara dia masih ada di sini. Sebab selepas ini dia mahu tinggal sekejap dengan atuk dan neneknya. Katanya bosan dirumah" jelas Jisoo dengan tenang. Mujur dia dapat menyusun ayat dengan betul.

"Kalau macam tu, esok saya akan mula ambil cuti untuk beberapa hari" kata Jimin.

"Untuk apa?" soal Jisoo kehairanan.

"Awak kata suruh saya luangkan masa kan? Jadi saya buatlah" jawab Jimin.

"Ouh"

Hanya itu yang mampu Jisoo katakan. Malu sungguh dirinya apabila kelihatan seperti orang bodoh kerana bertanyakan soalan yang sudah jelas lagi nyata jawapannya. Untuk menghilangkan rasa malu dan canggung, dia kembali fokus terhadap makanan miliknya tadi.

To be continued...🕊

안녕 여러분!

Chapter kali ini lemon buat pendek dulu, memandangkan ada lagi satu assignment lemon belum selesai, jadi lemon akan siapkan mana yang lebih utama dulu ye😘.

esok hari isnin, class lemon pun dah start balik, cuti dah habis😭. Jangan risau about update okay, lepasni lemon akan cuba update setiap rabu/khamis ataupun weekend ye🥰. Jangan lupa vote setiap chapter supaya lemon terus bersemangat nak update lagi😊.

Terima kasih semua 💛

• votes and comments
•lemonsayangkamusemua 💛

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now