Sebaik sahaja Jimin Keluar daripada bilik persalinan dia terus menuju ke meja solek dan mengambil pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya. Aku dipandang sekilas dengan senyuman. Dia mengacak- acak rambut nya dengan tangan sambil tangannya sebelah lagi memegang pengering rambut. Dalam diam aku memerhatikan setiap geraknya.
"Kenapa nampak hensem sangat ni? Dengan rambut basah lagi. Haih boleh jatuh iman aku macam ni" - kataku seorang diri.Tiba2 aku dikejutkan dengan suara yang memanggilku.
"Awak?..awak?" lama juga aku diam barulah aku jawab panggilan dia.
"Arr ye ye saya? " jawabku gelabah. Aku termenung ke tadi?"Saya tahulah saya hensem tapi janganlah tenung saya sampai macam tu sekali" katanya sambil ketawa kecil. What? Aku tenung dia ke tadi?? Haih malunya diri ini. Aku yang mendengar itu hanya tersenyum tipis sambil menayangkan muka biasa kepadanya.
"Jom turun makan?" ajak nya. Sambil menghulurkan tangannya dihadapan ku. Aku mengangguk dengan ajakannya tadi dan menyambut huluran tanggannya. Ok kenapa aku bodoh sangat pergi sambut tangan dia ni. Tak pasal2 kami berdua turun kebawah sambil bergandingan tangan. Macam suami isteri yang bahagia kata orang.
Sesampainya di meja makan, dia menarik kerusi untuk aku duduk. Aku sedikit terkedu dengan perbuatan suami ku itu. Aku hanya mampu melemparkan senyuman dan terus duduk begitu juga dengan dia. Kemudian kami terus menjamu selera tanpa ada sebarang bunyi. Kenalah menikmati makanan.
🍁
Selepas makan, aku memilih untuk duduk dihadapan kolam renang yang terdapat di samping rumah milik Jimin. Aku mengamati suasana malam yang dingin dengan angin lembut yang sesekali bertiup. Kenangan bersama appa yang selalu menemani ku pada waktu malam mula menerjah masuk ke dalam kotak memoriku dan dengan serta merta hatiku menjadi sayu bila mengenangkan apa yang telah terjadi kepada diriku seminggu yang lepas. Diriku dituduh hidup2 oleh kakak kesayangan ku sendiri dan sekarang aku telah dibuang keluarga. Sekarang aku sudah tiada keluarga kecuali suami ku Jimin. Air mata jatuh membasahi pipi.
"Awak okay?" mendengar suara itu aku cepat2 mengesat air mata ku. Aku tidak mahu terlihat lemah kerana menangis dihadapannya.
"Er.. Okay saya okay " jawabku sambil tersenyum namun suaraku sedikit serak. Dia duduk disebelahku."Walaupun awak cakap seribu kali dekat saya yang awak okay, tapi sebenarnya saya boleh tahu yang awak tak okay kan?" balas Jimin sambil memandang ku dengan muka yang agak risau.
"Tak la, saya betul2 okay. Awak ni memandai je" bidasku."Raut wajah awak tu saya boleh nampak. Macam sekarang ni, muka awak penuh dengan kesedihan. Ok biar saya teka awak baru lepas menangis kan tadi?" sambungnya lagi. Kenapa dia tahu semua benda ni. Aku yang mendengar kata-katanya hanya diam membisu lagipun aku tak boleh nak jawab apa lagi dah kalau semua yang dia katakan tadi betul. Aku memang tak okay.
Tanpa aku sedari air mataku jatuh. Kenapa sekarang ni aku mudah untuk menangis? Kalau dulu aku lah perempuan yang paling susah untuk menangis.
Lantas diriku ditarik untuk masuk ke dalam pelukannya. Entah kenapa, rasa selesa dan hangat mula aku rasai. Hatiku sedikit lega rasanya apabila dia berbuat demikian." Awak jangan risau, mulai sekarang saya akan jaga awak. Jangan menangis depan saya okay? Saya tak sanggup tengok awak macam ni."
Kata2 yang baru sahaja dia lontarkan membuatkan hatiku tersentuh sedikit, terharu. Dia meleraikan pelukan dan memandang wajah ku dengan senyuman manis sambil tangannya menyeka lembut air mata yang tersisa di bawah mata serta pipiku. Aku hanya mampu memberikannya senyuman dan mengucapkan
"Terima kasih awak" kataku lemah namun masih ada senyuman.
"Don't mention it" balasnya sambil tersenyum.Tiba2 kepalaku diraih dan diletakkan di atas bahunya. Aku sedikit terkejut dan dalam masa yang sama agak selesa.
"Kalau awak sedih atau ada masalah. Gunalah bahu saya ni sebagai tempat awak bersandar dan menangislah sepuas hati. Saya sedia untuk meminjamkan nya untuk awak." katanya sambil kepala ditundukkan sedikit untuk melihat mukaku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Tangannya merangkul bahuku. Malam itu, kami menikmati suasana malam bersama. Akhirnya aku terlelap di bahu Jimin.
Jimin POV
Aku yang melihat Jisoo sudah pun tertidur dibahuku dengan nyenyak sekali. Aku tersenyum melihat kelakuan Jisoo sekarang ini. "Comel " desis ku kecil. Tanpa membuang masa aku terus mengangkat Jisoo ala bridal style. Dia bergerak sedikit namun kepala nya terus dilentokkan di dadaku. Hatiku sedikit berdebar namun cepat2 aku mengorak langkah menuju ke bilik.
Sesampainya di bilik, aku meletakkan badannya dengan penuh perlahan-lahan agar dirinya tidak terbangun. Aku memperbetulkan tidurnya dan ku naikkan selimut ke atas badannya. Aku duduk disamping Jisoo sambil meniliti wajahnya dengan lebih dekat ketika dia sedang tidur. Rambutnya yang menutupi wajahnya ku selak dan kurapikan.
"Maafkan aku Jisoo, disebabkan aku kau jadi macam ni. Tapi mulai sekarang aku janji, aku akan jaga kau baik2 dan bagi kau kasih sayang sebanyak mungkin. Sebab aku sayang kau." kataku seorang diri namun hanya mampu diluahkan di dalam hati.
Sebelum tidur, dahinya ku kecup lama. Selepas itu, aku terus melelapkan mata sambil tangan ku memeluk pinggang ramping miliknya.
"Jaljayo sweetheart💗"
Tbc........🍂 macam mana? Ok tak? Hehe i just wanna say thanks you sape yang baca cerita ni even aku rasa cerita ni macam hapa tah😂💕
🍂 Vomment jangan lupa ye('ε` )♡
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...