Seminggu Jisoo ditahan di hospital, kini dia dibenarkan balik ke rumah. Saat ini tiada lagi perasaan gembira seperti selalu. Mana tidaknya, selama seminggu ini kelibat suaminya tidak ada walaupun hanya sekejap. Jimin tidak menjenguk mahupun berbicara sepatah pun dengannya. Dia tidak menyalahkan suaminya kerana berbuat demikian kerana Jisoo beranggapan Jimin masih marah atau mungkin perlukan masa untuk menenangkan fikiran."Yeay ! akhirnya mama boleh balik. Lepasni tak payah lah Jiyu duduk rumah auntie Jieun lagi" kata Jiyu seronok. Gembira hatinya.
Jisoo dan Jieun tersenyum mendengar kata-kata Jiyu. Lantas Jisoo mengusap pipi mulus milik Jiyu lalu mencuit manja.
"Seronoknya anak mama ni" kata Jisoo sambil memandang anaknya.
"Mestilah mama" jawab Jiyu berama senyuman lebar menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi itu.
"Amboi Jiyu.. habistu selama ni tak seronok la duduk dengan auntie dan uncle?" Soal Jieun memerli anak saudaranya itu.
"seronok la auntie cuma Jiyu rindukan mama je. Papa pun kebelakangan ni sibuk sangat sampai tak ada masa untuk Jiyu" sedih saja nada Jiyu ketika itu.
Senyuman Jisoo mati seketika apabila mendengar kata-kata anaknya sebentar tadi. Dia tak sangka Jimin turut mengabaikan Jiyu dengan tiba-tiba. Tidak mahu terbawa perasaan Jisoo cepat-cepat menceriakan anaknya.
"Ala anak mama ni kan papa sibuk kerja tu biasalah. Kan sekarang mama dah boleh balik. Kita boleh luangkan masa bersama..erm?" Pujuk Jisoo lembut.
"Betul tu Jiyu, tak apa jangan sedih-sedih lagi. Apa kata balik ni auntie belanja Jiyu aiskrim nak?" pelawa Jieun.
"Nak nak nak" laju saja Jiyu tersenyum menjawab pelawaan Jieun tadi.
🕊
"Jimin bukan ke harini bini kau keluar hospital?" Soal Haera.
"Tahu" sepatah saja Jimin menjawab. Nada jawapan juga agak dingin.
"Kenapa kau tak pergi jemput dia? Dia kan isteri kau" Haera masih lagi menyoal walaupun dia tahu Jimin tak suka mendengarnya.
"Kakak ipar aku yang pergi jemput. Anak aku pun ikut sekali. Aku sibuk la sekarang ni tak ada masa nak pergi jemput dia. Lagipun dia dah sembuh kan bukannya sakit lagi" jawab Jimin.
"Sibuk? Hello Park Jimin sekarang ni kau teman aku shopping apa yang sibuknya?" tanya Haera kebingungan.
"Sibuk la"
"Sibuk luangkan masa dengan kau" balas Jimin sambil memandang wajah perempuan itu.
Pipi Haera terus bertukar merah apabila Jimin berbuat demikian. Hatinya berdebar-debar saat ini, dia tidak menyangka Jimin akan memberi jawapan seperti itu.
"Kau ni nak bergurau pun agak-agak lah" kata Haera.
Jimin hanya memberikan senyuman tipis kepada Haera. Jauh disudut hatinya tika ini yang sebenar-benarnya dia amat merindukan isterinya itu. Tetapi ego lebih tinggi mestilah kalah kalau nak dibandingkan dengan rasa rindu.
🕊
Pintu dibuka perlahan oleh Jimin. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia baru saja sampai dirumah. Baru saja Jimin mahu menaiki anak tangga dia bertembung dengan Jisoo yang sedang turun.
"awak baru balik?" tanya Jisoo lembut lalu mendekati Jimin.
"hrum" itu sahaja jawapan Jimin bersama anggukan.
"Dah makan? Kalau belum biar saya siapkan. Kesian awak mesti penatkan" kata Jisoo lagi.
Baru saja Jisoo mahu mengambil kot hitam daripada Jimin tangannya laju saja ditepis. Jimin terus memandangnya.
"Tak payah. Aku dah makan tadi. Lagipun kau tu sakit lagi kan, tak payah susah-susah" jawab Jimin dingin lalu meninggalkan Jisoo seorang diri disitu.
Jisoo tidak mampu berkata apa-apa. Saat ini hatinya begitu sakit dengan kata-kata Jimin sebentar tadi. Hairan juga dirinya mengapa Jimin berubah. Panggilan, tutur kata serta nada bicara juga sudah berubah tidak sama lagi seperti dulu.
Belum sempat air mata jernih jatuh membasahi pipi cepat-cepat Jisoo menyekanya. Dia terus berjalan ke dapur untuk mengambil air sebelum dia menelan ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor siang tadi.
🕊
Sedang lena Jimin dibuai mimpi tiba-tiba saja dia terjaga dari tidurnya. Dia meraba tempat disebelahnya 'kosong' tiada siapa. Jimin bangun daripada baringan dan mencari kelibat Jisoo.
"Kemana dia ni? Tak tidur lagi ke?"
"Ke dia tidur dengan Jiyu?"
Jimin tidak mahu menunggu lagi terus saja dia mengorak langkah keluar dari bilik lalu mencari Jisoo.Dia membuka pintu bilik Jiyu, namun Jisoo tiada disitu.
"Mana pula la dia ni pergi. Dah tahu baru keluar hospital pun tak reti-reti nak jaga diri lagi" omel Jimin seorang diri sambil menuruni anak tangga.
sampai saja di ruang tamu rumahnya, dia ternampak Jisoo sudah tidur lena di sofa. Terus saja Jimin datang mendekati isterinya. Jimin menatap lama wajah isterinya lalu mengangkat Jisoo gaya bridal style dan berjalan menaiki tangga menuju ke bilik mereka.
To Be Continued...🕊
Hi Readers!
Banyak sangat yang dm & sampai ada yang tulis kat mb lemon suruh update.
First of all sorry okay sebab lambat update. Lemon busy sikit. Bulan depan dah nak masuk Uni jadi banyak benda nak kena buat.SORRY AGAIN 🙏🏻
•
50 votes baru lemon akan
update next chapter 💛
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
Hayran KurguS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...