Author Pov
Jimin melangkah masuk apabila tangan kirinya selamat membuka pintu bilik rawatan Jisoo. Senyuman lebar terpampang di wajah Jimin apabila dia berjaya mendapatkan banyak makanan untuk Jisoo.
'Mesti Jisoo suka' kata hati Jimin.
Plastik yang berisikan makanan di letakkan di atas meja lalu dia jalan menghampiri Jisoo yang duduk termenung memandang ke luar tingkap. Dia nenyapa lembut bahu Jisoo. Fikirnya Jisoo akan memandang dan memberikan senyuman tetapi Jisoo hanya memandang ke luar tingkap bersama raut wajah yang Jimin sendiri pun tidak boleh mentafsirkannya.
"Sayang" tegur Jimin lembut di telinga Jisoo. Namun tiada sahutan dari isterinya itu. Jimin tidak berputus asa, dia cuba lagi namun hampa masih tiada jawapan dari Jisoo.
"Sayang oppa dah balik ni" kini suara Jimin naik dua oktaf. Namun dia masih boleh bersabar dengan Jisoo.
Pelik sungguh dia mengapa Jisoo tiba-tiba saja jadi begini. Tadi pagi sebelum dia keluar, Jisoo okay saja. Hatinya mula rasa ada yang tidak kena.
'Mesti ada sesuatu yang jadi masa aku keluar tadi' Jimin membuat andaian sendiri.
Ingin sahaja dia mengorak langkah pergi untuk duduk di sofa tiba-tiba Jisoo memusingkan badannya. Jimin melihat kelopak mata Jisoo sedikit bengkak.
'Dia menagis?' soal nya di dalam hati
Jimin mahu menghampiri semula Jisoo namun cepat sahaja Jisoo bersuara seraya menghalang.
"Awak berdiri je dekat situ. Mulai sekarang kita kena jauh-jauh. Saya tak nak dekat dengan awak. Penipu" ucap Jisoo dengan suara yang serak seperti suara baru lepas menangis.
"Kenapa ni sayang?. Kenapa buat oppa macam ni? Apa salah oppa? " soal Jimin kebingungan. Dahinya berkerut seribu sambil menatap iris mata milik Jisoo.
"Awak rasa awak ada buat salah tak? Jimin?" tanya Jisoo pula dengan nada sinis sahaja.
"Kejap oppa fikir balik. Eemm rasanya tak ada sayang" jawab Jimin selamba sambil tersengih.
" lepas semua yang jadi awak masih boleh tersenyum macam tak ada apa yang berlaku?" balas Jisoo dengan nada seperti ingin marah. Tajam sahaja tatapannya terhadap Jimin.
"Kenapa ni sayang. Bagi la tahu oppa. Jangan main teka-teki macam ni" jawab Jimin bila dia mula rasa ada sesuatu yang tak kena.
"Nah tengok ni" Jisoo melempar dua keping gambar tepat ke muka Jimin.
Jimin yang terkejut itu terus mengutip gambar tersebut. Terbeliak biji mata Jimin memandang gambar tersebut seakan tidak percaya. Sekarang dia tahu mengapa Jisoo berkelakuan seperti ini.
Dan dia juga sudah pasti yang hari ini akan tiba di mana drama baru sahaja ingin bermula.
"Sayangg oppa boleh jelaskan. Ini semua salah faham. Oppa di aniaya" kata Jimin menidakkan gambar tersebut.
"Awak ingat Jisoo ni bodoh ke sampai nak percaya dengan apa yang awak cakap? Sudah la, saya dah tahu semuanya. Selama ni awak tipu saya, cinta dan sayang awak sebenarnya bukan untuk saya kan? Kenapa perlu menipu diri sendiri Jimin" tutur Jisoo sambil menahan tangisan nya daripada terburai keluar untuk kesekian kalinya.
"Tak sayang! Ni semua tak betul. Oppa memang sayang kan Jisoo. Tolong lah percaya oppa" tegas Jimin lalu menghampiri Jisoo. Dia meraih lembut tangan Jisoo namun ditepis laju.
"Saya tak suka awak sentuh-sentuh saya" ucap Jisoo perlahan.
"Sayang, oppa tak buat semua tu sayang. Percayalah cinta oppa hanya untuk sayang. Tak ada yang lain. Cuba sayang bayangkan, macam mana oppa boleh jatuh cinta dengan kakak ipar sendiri? Tak mungkin lagi-lagi sampai nak buat perkara terkutuk tu" ujar Jimin lagi.
"Zaman sekarang tak ada namanya tak mungkin Jimin, sedangkan menantu pun boleh bercinta dengan mertua, ni pula kakak ipar? Lagilah tak mustahil. Sudah la saya dah penat" balas Jisoo dingin.
"Tapi oppa tak buat sayang!" ucap Jimin sekali lagi bagi menyakinkan Jisoo bahawa dia tidak bersalah.
"Saya nak awak bertanggungjawab Jimin. Mengaku kesalahan awak. Kahwin dengan kakak saya ye?" ujar Jisoo lembut sambil menatap sayu mata Jimin.
"Tak saya tak nak. Saya tak akan kahwin degan dia. Bukan saya yang buat semua tu" balas Jimin tidak mahu.
"Tapi Jimin gambar tu sudah membuktikan segalanya" Jisoo menyambung lagi.
"Sayang dengar sini, gambar boleh di reka sayang. Mungkin saja itu bukan oppa?. Sayang tolong la percaya. Dan tolong jangan suruh oppa buat perkara yang oppa tak mampu nak buat" sedih sahaja nada percakapan Jimin tika ini. Jisoo yang mendengar itu hanya mampu menangis.
"Baiklah. Jisoo percaya. Tapi selepas awak boleh buktikan pada Jisoo yang awak memang tak buat. Dan selama itu juga hubungan kita tak akan jadi macam yang sebelum ni. Saya nak tidur bilik asing dengan awak di rumah nanti"
"Kalau awak tak buat dan semua ni palsu saya akan maafkan awak. Tapi kalau sebaliknya, selepas sahaja saya melahirkan awak boleh ceraikan saya dan kahwin dengan Jieun"
Datar sahaja suara Jisoo ketika bercakap. Jimin yang mendengar kata-kata Jisoo mengeleng kepala sedikit seakan tidak percaya yang isteri nya kini betul-betul nekad.
Jimin menunduk seketika seperti ingin memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian, dia memandang semula raut wajah Jisoo lalu tersenyum kecil.
"Oppa akan buktikan yang oppa tak buat macam apa yang ada dalam gambar tu. Sayang tunggu sajalah" balas Jimin dengan wajah yang yakin. Lalu Jimin mengorak langkah keluar dari bilik itu.
Jisoo hanya menghantar pemergian Jimin bersama esakan tangisan. Fikiran nya betul-betul buntu tika ini.
🍁
Jimin Pov
Aku berjalan menuju keluar daripada bangunan hospital. Tangan aku menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit. Aku harus menghubungi seseorang.
Trutt.. Trutt...
"Hello"
"..."
"Dia dah mulakan permainan jadi kita pun kena bertindak"
"...."
"Bukti semua dah siap terkumpul?"
"....."
"Bagus. Okay la Chanyeol nanti kalau sudah tiba masa untuk bongkarkan segalanya, aku akan bagitahu kau"
Tbc...
🍂Haa actually conflict besar baru je nak mula hoho.
Dah ready?
🍂Thanks untuk 7k++ readers cutiess! Aku tak sangka yang aku akan dapat readers banyak ni dan bagi yang support ff tah pape ni
Ilysm 💗
🍂 Vomment please
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...