(Saya cadangkan anda untuk dengar lagu di atas selepas gambar bagi menambahkan feel)
🍁
Tiba hari perkahwinan aku dengan si dia. Walaupun aku tidak mahu namun apa yang boleh aku buat?
Seminggu yang lalu appa dan eomma telah pergi berjumpa dengan Jimin untuk berbincang tentang perkahwinan ku dengannya. Yang paling mengejutkan diriku, Jimin menerima suruhan appaku untuk berkahwin. Entah mengapa hatiku sedikit terharu.
Semua persiapan perkahwinan telah disiapkan sepenuhnya oleh kedua2 pihak keluarga. Keluarga Jimin amat baik kepada diriku, namun kalau sahaja mereka mengetahui perkara sebenar tentang mengapa aku berkahwin dengan anak mereka, mungkin mereka tidak akan menerima ku sebagai menantu.
Majlis hari ini kelihatan agak mewah dan suasana kelihatan bahagia layaknya majlis perkahwinan namun tidak bagiku. Memang aku mengimpikan majlis sebegini rupa tetapi apabila aku berkahwin dengan lelaki yang aku cintai dan tanpa paksaan oleh keluarga.
Lamunan aku terhenti dan aku tersedar apabila Hyeki mengetuk pintu bilik persiapan pengantin perempuan.
"Ji? Dah siap? Jom keluar, appa kau dah tunggu dah. Pengantin lelaki pun dah sampai"- kata Hyeki seraya mendekati diriku yang berada dihadapan cermin. Dia memelukku dari belakang.
Tiba2 air mataku jatuh. Dia yang melihat terus mengesat pelan2 air mata dipipiku menggunakan tangannya.
"Ish apa ni? Jangan menangis la. Nanti dah tak cantik. Kan hari ni hari bahagia kau"
"Patut ke aku buat semua ni Hye?"- suara ku mula keluar namun tersekat apabila aku ingin menahan tangisku dari terkeluar.
"Hei2, jangan macam ni. Mungkin appa kau nak yang terbaik untuk kau. Percayalah cakap aku suatu hari kebenaran akan muncul" - balasnya sambil memusingkan badanku menghadap nya.
Air mataku di lap perlahan olehnya lalu memelukku dengan erat.
"Kau tahu Ji? Aku sayang kau. Apa pun yang terjadi aku akan tetap ada untuk kau. Sekarang kita keluar eh?"
Aku tersenyum sedikit sambil mengesat air mata dan mengangguk dengan apa yang dikatannya tadi.
🍁
Appa berjalan beriringan bersamaku sambil tanganku berpaut pada lengannya. Sesampainya aku didepan pengantin lelaki, Appa meninggalkan aku tanpa melihat dan tersenyum kepadaku. Senyuman tetap aku pamerkan namun didalam hati siapa yang tahu? Mahu saja aku menangis saat ini.
Majlis dimulakan, apabila perkataan "kamu berdua kini sudah sah menjadi pasangan suami isteri", aku seakan tidak percaya yang kini diriku sudah menjadi isteri orang. Ya isteri Jimin iaitu Boss aku sendiri.
"Sekarang kamu berdua boleh bercium"
Jimin menoleh ke arah ku dengan satu senyuman. Pipiku mula memerah apabila dia sudah mula mendekatkan wajahnya ke arahku ditambah pula dengan sorakan tetamu bertambah malu la diriku.Chupp ! Satu ciuman lembut singgah dipipi kanan ku. Aku sedikit terkejut. Setelah itu dia memberikan aku satu senyuman yang sangat manis. Ya tuhan, kenapa dia ni murah sangat dengan senyuman. Sorakan tetamu mula menerjah ke gegendang telinga ku.
Hampir 4 jam majlis berlangsung, kini badan ku sudah naik letih akibat bersua dengan ramai tetamu. Sungguh ramai yang mengucapkan selamat kepada ku. Barulah aku rasa begini rupanya suasana orang yang berkahwin.
Jam menunjukkan pukul 5:30 petang, kami sudah bersiap-siap untuk balik. Aku? Sudah tentu la balik ke rumah suami aku iaitu Jimin. Erh kekok nya panggil suami sebab sebelum ni aku panggil dia tuan atau boss je.
Appa? Appa balik bersama eomma dan Jieun lebih awal, namun sebelum mereka pergi appa sempat bercakap denganku walaupun kata-katanya amat menyakitkan dan membuatkan hatiku hancur bak kaca yang pecah.
"Ingat lepasni kita dah tak ada apa2 hubungan. Aku dah anggap kau orang luar. Jangan pernah balik kerumah. Baju2 dan barang2 kau semua dah ada dekat rumah suami kau."
Hanya itu kata-kata terakhir yang appa berikan kepadaku. Kenapa appa sanggup buang aku sampai macam ni sekali?
🍁
Di dalam kereta aku hanya mendiamkan diri dan tidak bercakap. Aku sandarkan kepalaku apabila fikiran ku menerawang jauh entah ke mana. Jimin disebelah yang sedang memandu kereta memandang ku sekilas. Dia hanya membiarkan ku melayan perasaan sendiri. Mungkin dia faham dengan keadaan aku sekarang.
Tbc....
P/s
🍂 Macam mana ep2 ni? Yay or nay? Menangis tak?? Aku yang type pon nangis tersedu-sedu. Hahahahhahahah.
🍂 vomment jangan lupa 😉
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...