Jimin Pov
Mata aku masih fokus memandu kereta untuk pulang ke rumah. Hari ini aku balik agak lambat sebab aku harus menunggu Jisoo dan Hyeki pulang dari mereka punya 'jalan-jalan'.
Aku menoleh ke sebelah tempat duduk penumpang dan dapat aku lihat Jisoo sudah tertidur lena. Itu membuatkan aku tersenyum kecil kerana melihatnya begitu comel walaupun tengah tidur. Penat agaknya dia. Ye lah satu hari suntuk berjalan entah kemana saja. Aku pun tidak tahu.
Maklum lah orang perempuan kalau sudah jumpa kawan baik yang sekepala dengannya mana boleh berhenti.
Tiba-tiba senyuman aku mati serta merta apabila mengingat semula kejadian yang tidak bertamadun semasa di Cappadocia tempoh hari. Aku kena buat sesuatu sebelum perempuan tak guna itu cuba untuk membuat kerja yang di luar kawalan atau lebih dikenali sebagai
'Kerja Gila'
Rasa serba tidak kena mula menyelubungi diri aku tatkala aku memikirkan apa yang akan terjadi kalau Jisoo dapat tahu? Adakah dia masih boleh mempercayai aku? Atau pun dia akan lebih percaya dengan orang lain.
Kejadian itu dengan tidak segaja mengembalikan ingatan di kotak memori.
Flashback
"Erm cantik la permata ni siap berbentuk love lagi. Mesti Jisoo suka ni" kata aku seorang diri di dalam hati sambil tangan dan mata aku ralit membelek-belek benda tersebut. Senyuman aku simpulkan kerana aku membayangkan betapa gembiranya dia bila dapat benda ini.
"Tolonggg!! Tolongg!!
Jeritan kuat itu membuat kan aku menoleh dan berjalan keluar daripada kedai cendera mata itu. Dapat aku lihat seorang perempuan telah menjadi mangsa ragut di tepi jalan yang berdekatan dengan diri aku.
Kejap perempuan itu
'Jieun?'
Tanpa berfikir panjang aku terus mengejar peragut tersebut selaju yang boleh untuk mendapatkan semula beg yang telah diragut olehnya.
Selepas melepasi beberapa rintangan semasa kami berlari berkejaran seindah bunga di taman itu akhirnya aku dapat menangkap dan mendapatkan semula beg milik si Jieun. Si peragut sudah pun selamat melarikan diri entah kemana.
Bila aku sedar rupanya aku sudah tidak tahu aku di mana sekarang. Seperti di kawasan yang banyak bangunan tetapi kelihatan tidak ada penghuni.
'Okay Jimin kau jadi hero tu dah betul dah tapi sekarang jangan kata kau sesat pula'
Rungut aku dalam hati seorang diri. Telinga aku tertancap pada bunyi heels yang sedang menghampiri aku sekarang ini. Dan bila aku toleh ke belakang rupa-rupanya Jieun.
Dengan segera aku pulangkan semula beg miliknya. Dia tersenyum ke arah aku sambil tangan bertukar beg tapi dapat aku rasakan dia sengaja saja membelai lembut tangan aku bila tangan kami bersetuhan.
Aku tersentak lantas menjauhi tangan aku daripadanya. Maaf la sebab aku ini jenis yang setia pada yang satu sahaja. Tidak mudah tergoda dengan mana-mana perempuan.
No pegang pegang eh.
"Mianhae Jimin sebab tersentuh" katanya. Aku sekadar mengangguk dengan muka yang entah la aku pun tidak pasti untuk menerangkannya.
"Apa pun Gomawo sebab dah jadi hero saya hari ini. Tak sangka awak sanggup tolong saya" sambungnya lagi.
Hero? Oh maaf itu hanya kebetulan wahai kakak ipar ku. Saya hanya boleh jadi hero untuk 2 orang insan saja di dunia ini iaitu
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...