Jimin Pov
Sedari tadi aku perhatikan ada yang tidak kena dengan Jisoo sekarang ni. Mana taknya kalau dari tadi dia asyik memicit kepala dan dapat aku lihat tangannya menutup mulutnya macam nak menahan muntah dari keluar.
Dia yang sedang duduk di sebelahku saat ini aku tegur lembut. Tujuannya mestilah nak memastikan dia okay ataupun tidak. Bukan aku tak perasan sejak dari bilik hotel lagi dia berkelakuan begini.
"Sayang? awak okay ke tak?" aku bersuara lembut menanyakan soalan kepadanya. Dia memandang aku dan aku dapati mukanya agak pucat berbanding tadi. Aku terkejut tapi reaksi ku masih boleh dikawal lagi.
"Ne, saya okay" jawabnya perlahan dengan nada lemah. Aku sudah tak sedap hati.
"Tapi muka awak pucat ni" sambung ku lagi kali ini suara aku kedengaran risau. Namun dia menyimpulkan senyuman kecil kepadaku.
" Mungkin saya penat kot. Awak jangan la risau hrum? Saya okay je" balasnya sambil dia mengusap pipi kiri ku. Mesti dia tidak mahu aku risaukan keadaannya.
Tidak mahu bercakap banyak, aku menyuruhnya untuk tidur bersandar di bahu aku supaya dia dapat berehat. Dia hanya menurut dan kini bahuku menjadi sandaran kepalanya. Memandangkan perjalanan pulang ke Korea masih jauh jadi aku boleh lah melelapkan mata dan merehatkan diri.
Jisoo Pov
Akhirnya kami berdua selamat sampai di Korea. Aku berjalan disebelah Jimin sambil dia sedang menolak troli yang berisikan beg-beg kami. Di pintu keluar dapat aku lihat dua figura manusia yang amat aku kenali melambai-lambai ke arah kami berdua. Sudah semestinya itu ialah mama dan papa Jimin. Satu senyuman aku hadiahkan dari kejauhan.
Sampai sahaja di depan mama dan papa. Mama lah orang yang memeluk dan menyambut kepulangan aku dengan gembira. Jimin dan papa hanya tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat mama yang tidak kalah seperti budak-budak.
"Mama rindukan menantu mama ni" katanya. Aku hanya tersenyum manis memandang insan di depan ku saat ini.
"Jisoo pun rindukan mama juga" balasku.
"Oh mama rindu menantu je. Ni anak mama tak rindu?" Jimin mencelah dengan nada yang kedengaran sedikit merajuk. Aku tergelak kecil. "Alahai laki aku ni pun pandai merajuk" desis hati aku.
"Eh anak mama yang satu ni lagi la mama rindu sangat-sangat" jawab mama.
"Ye lah. Siapa la Jimin ni kan" balas Jimin dengan wajah di palingkan ke tepi.
"Ha dah-dah sampai ke sudah tak habis nanti drama dua beranak ni. Apa kata kita balik" papa bersuara untuk menghentikan drama yang sedang berlangsung sekarang ini. Akhirnya kami semua bersetuju dengan cadangan papa.
🍁
Sebelum pulang ke rumah, Kami berempat singgah untuk makan di sebuah restoran. Aku tak berselera untuk makan sekarang ni dengan tekak aku yang seakan pahit tak tahu mengapa tapi aku ingin sekali memakan benda yang masam seperti jeruk?
Dah kenapa dengan aku di waktu-waktu begini nakkan jeruk? Namun keinginan aku itu hanya aku pendam.
Makanan yang aku pandang dengan pandangan kosong sedari tadi menarik perhatian mama untuk menegur aku.
"Jisoo?" panggilnya
Aku yang sedikit terkejut terus menjawab "eo?"
"Kalau pandang saja makanan tu boleh kenyang ke?" tanyanya.
Ala mak mertua aku ni pun la soalan dia menyakitkan juga.
"Erm, Jisoo tak ada selera" jawab ku jujur.
"Tak ada selera?" tiba-tiba papa bersuara. Aku sekadar mengangguk dengan soalan yang baru saja di ajukan kepadaku.
"Makanlah sikit mana tahu yang di dalam tu lapar" aku seakan terkejut dengan percakapan mama.
Apa maksud yang ada di dalam?
"Huh? Maksud mama?" tanya Jimin terkejut. Mama hanya tersenyum serta menggeleng dan itu membuatkan aku dan Jimin bertambah tidak faham dengan jawapan mama.
Usai sahaja makan, kami balik ke rumah mama dan papa. Dua hari ini kami memutuskan untuk tinggal bersama mama dan papa. Aku hanya mengikut sahaja.
Di dalam bilik aku duduk di atas katil sambil fikiran aku menerawang jauh memikirkan tentang apa yang di katakan oleh mama di dalam tandas.
Flashback
Aku membasuh tanganku menggunakan sabun di sinki dan membetulkan sedikit rambut ku di hadapan cermin. Lantas itu badanku di sapa lembut dari arah belakang oleh seseorang. Aku tersenyum bila mama yang melakukan itu.
"Mama tengok Jisoo lain sekarang" katanya dan itu membuatkan aku sedikit hairan. Apa yang lain?
"Lain? Maksud mama?" jawabku dengan pertanyaan.
"Mama tengok kamu berseri-seri je dan kamu tak macam selalu. Entah-entah kamu mengandung tak?"
Mendengar itu aku seakan terkejut. Mengandung? Takkan la. Masih awal bagi pasangan macam aku dan Jimin ni untuk mempunyai anak.
"Mama ni takkan la. Tak mungkin Jisoo mengandung, masih lambat lagi untuk pasangan macam kami" jawabku.
"Kalau dah rezeki nak buat macam mana Jisoo sayang? Tak mustahil untuk kamu mengandung sekarang ni. Lagipun mama tak sabar nak menimang cucu"
Kata-kata mama hanya mampu aku balas dengan senyuman paksa. Aku tak tahu nak balas apa sekarang ni.
End flashback
Tersedar sahaja dari lamunan, aku dapati Jimin sudah tidur disebelahku. Kenapa aku boleh tak perasan dengan kehadiran dia? Ish itu la mengelamun lagi. Rungut aku sendiri dalam hati.
Kemudian aku membaringkan badan sambil selimut aku tarik hingga ke paras dada dan dengan kiraan detik aku sudah terlena masuk ke alam mimpi.
🍁
Pagi itu kami sekeluarga menjamu sarapan pagi di meja makan. Kami makan sambil berbual-bual. Ada juga gelak ketawa yang terlepas apabila sedang berbual.
Tiba-tiba perutku rasa mual teramat dan tekak terasa loya. Aku bangun dari kerusi dengan mengejut membuatkan tiga insan itu terkejut dengan tindakan aku. Dengan kudrat yang ada aku berlari ke sinki dapur dan mengeluarkan semua. Aku membasuh mulutku dan meraup sendikit muka aku apabila sudah lega.
Entah sejak bila Jimin berada di belakang aku saat ini tapi kehadirannya hanya aku biarkan saja memandang kan kepala ku saat ini tiba-tiba pening dan seakan ingin pengsan.
Mama dan papa yang baru saja tiba di dapur dengan larian kecil menanyakan keadaan aku.
"Kamu okay?" tanya Mama. Aku mengangguk kecil dan ingin berjalan.
Tapi saat ini kaki aku terasa lemah ingin berjalan dan badanku terjatuh kebelakang. Mujur Jimin masih setia berdiri di belakang dan menyambut aku.
Dapat aku rasakan tangannya menampar perlahan pipi bagi menyedarkan aku dan dengan kiraan tiga pandangan aku berubah menjadi gelap.
🍁
Tbc...
🍂 saya update lagi. AHAHAHAHA maafla chapter kali ni aku rasa macam bosan.
🍂 Thanks for 2.02 k readers eh ❤️ yang setia membaca tu saya amat menyanyangi anda.
🍂Vomment jangan di lupakan (≖ᴗ≖)✧
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...