30 🍁

2K 254 24
                                    


Aku setia menanti Jimin di birai katil. Ini semua permintaannya supaya aku menunggu dirinya di dalam bilik ini. Mahu tidak mahu aku hanya menurut.

Lama aku menunggu akhirnya aku mengorak langkah menuju ke luar balkoni. Rindu rasanya ingin menikmati pemandangan malam. Melihat bintang-bintang dan merasai angin malam.

Angin sejuk menerpa lembut badan membuatkan aku memejamkan mata sekejap untuk menikmati suasana begini. Sedang menikmati suasana ada satu tangan yang melingkar di pinggang aku.

Aku tahu itu Jimin. Tapi aku hanya membiarkannya.

Jimin meletakkan dagunya di atas bahu ku. Sesekali dia mencium bahu aku yang terdedah. Hati aku tiba-tiba mula berdebar hebat. Deruan nafasnya dapat aku rasakan membuatkan bahang di pipi aku semakin terasa.

"J-jimin kita kena berbincang.."kataku bila aku mula rasa tidak selesa.

"Sure" jawabnya lembut.

Aku melepaskan lingkaran tangan nya lalu memusingkan badan aku menghadap nya. Mata kami berdua bertaut ketika ini.

"Jimin awak boleh jelaskan semua nya dekat saya sekarang. Saya akan dengar" ujar aku lembut.

"Sayang. Perkara sebenar yang awak perlu tahu ialah saya tak pernah dan tak akan buat perkara macam tu. Saya sayang awak seorang sahaja" balasnya.

"Percayalah semua kebenaran akan terbongkar tak lama lagi. Cuma tunggu masa sahaja. Yang paling penting awak mesti percayakan saya" sambungnya lagi.

"Saya sayang awak seorang saja. Tiada yang lain. Awak dan bakal anak kita adalah harta yang sangat penting bagi saya. Jadi tolong percayakan saya" kata-katanya kali ini mampu membuatkan aku menitik kan air mata.

Hati aku rasa sayu, sedih bercampur baur sekarang ini.

"S-saya tak boleh cakap yang saya maafkan awak Jim t-tapi saya cuba untuk percayakan awak kali ini" balas aku perlahan. Mutiara jernih jatuh membasahi pipi.

"Terima kasih sebab awak cuba untuk percaya sayang" jawab nya sambil tangannya lembut mengesat air mata aku. Jimin mencium dahi ku.

Aku ditarik masuk ke dalam dakapan hangatnya yang selama ini aku rindu. Selesa. Itula yang aku rasa saat ini. Satu senyuman lega aku ukir.

Pelukan di leraikan. Tangan Jimin memegang perlahan perut aku yang sudah kelihatan besar itu. Di usapnya perlahan bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir nya.

"Anak daddy ni sihat ke? Daddy rindu sangat dekat anak daddy ni" bisiknya di depan perutku. Aku hanya membiarkannya seperti itu  mungkin dia rindu dengan bakal anaknya itu. Sudah hampir seminggu juga dia tidak mengusap atau bertegur sapa dengan perutku ini.

"Yeke daddy rindu?" aku mengeluarkan suara dengan nada seperti budak-budak membuatkan dia memandang ke arah aku. Satu gelakan kecil terkeluar dari mulutnya. Mana tak nya kalau suara yang aku buat itu bunyi macam pita suara tersepit pintu sahaja bunyinya.

"Ye daddy rindu la. Rindu sangat" jawabnya. Dia turut menjiwai watak seorang ayah sekarang ini.

"Kalau rindu kenapa lama tak jenguk baby dalam ni" balas aku pula.

"Bukan tak nak jenguk cuma mummy baby ni merajuk. Daddy tak boleh la nak jenguk" tutur nya.

Aku terdiam mendengar jawapan Jimin sebentar tadi. Sekarang aku rasa bersalah sebab tak bagi Jimin peluang dan cuba untuk jauhkan dia dari anaknya.

Jimin yang setia menunggu jawapan itu tersedar kerana aku sedari tadi diam sahaja. Dia menegakkan badannya semula. Dia melihat raut wajah aku bertukar menjadi sayu.

"Hey kenapa ni sayang?" soal Jimin sambil tangan nya mengusap lembut pipi mulus aku.

"Sayaa..mintaa maaf Jim sebab.." belum sempat aku habis bercakap dia sudah memintas.

"Shhh. Saya faham masa tu awak marahkan saya. Dan saya pun tak akan salahkan awak sayang" kedua tangannya menakup lembut muka aku supaya mata kami saling bertembung.

Muka aku didekat kan dengan muka nya. Kini muka kami berdua hanya beberapa cm sahaja. Hanya terasa nafas yang di hembus menampar lembut pipi kami. Pipi ku merona merah dan sudah terasa bahangnya.

Perlahan-lahan bibir kami bertaut antara satu sama lain. Dia memulakannya. Lambat-lambat aku membalas ciuman nya. Bila sudah terbuai aku mengalungkan tangan aku ke leher miliknya.

Tiba-tiba kaki aku seakan tidak memijak tanah. Aku di angkat gaya bridal style sempat juga aku menatap wajahnya walaupun dalam keadaan terkejut. Lalu aku di cepung masuk ke dalam bilik.

🍁

Sinaran matahari pagi yang menyapa muka membuatkan aku terbangun dari tidur nyenyak. Perlahan-lahan aku menenyeh mata dan aku menggeliatkan badan sedikit.

Aku toleh ke samping tempat tidur membuatkan aku mengukir senyum. Lelaki yang sedang tidur nyenyak di sebelah aku kini adalah lelaki yang betul-betul dapat mendebarkan hati aku dengan cepat. Aku menilik setiap inci wajahnya.

Bermula dari dahi kemudian mata turun ke hidung dan sampailah di bibir miliknya. Jujur aku katakan memang wajah yang dimiliki nya sungguh kacak. Tidak hairan la kalau dia menjadi pujaan ramai.

Lama aku menatap wajah Jimin tiba-tiba Jimin mengeluarkan suara sambil matanya terpejam rapat.

"Puas dah tatap muka saya?" soalnya tiba-tiba.

Aku yang terkejut itu mula berlakon seperti aku tidak mengetahui apa yang dia tanya tadi.

"Bila masa saya tatap muka awak. Jangan nak perasan la" jawab aku lalu memalingkan wajah ke arah lain.

"Jangan tipu saya sayang. Saya tahu apa yang awak buat tadi" balasnya sambil tersenyum simpul. Pinggang aku di peluknya erat supaya aku mendekat dengannya.

Cepat-cepat aku bangun dari baringan dan ingin turun dari katil. Jimin sudah tergelak dengan tindakan aku.

"Nak kemana?" soalnya lagi.

"Erm saya nak mandi la. Lepastu nak buat sarapan. Awak tu bangun la matahari dah meninggi ni" jawab aku lalu berjalan menuju ke muka pintu bilik untuk keluar.

Ye semua barang aku bukan lagi di dalam bilik Jimin sebaliknya di bilik hujung di mana aku mengurung diri ketika marah dan merajuk tempoh hari.

Hari ini Jimin mengambil cuti kerana aku di beritahu mama dan papa nya ingin datang melawat kami di rumah.

Aku hanya duduk di sofa sambil memegang sebuah buku novel untuk di baca. Sedangkan Mak cik Jennie sibuk menyediakan makanan tengah hari. Aku nak tolong sebenarnya tapi Jimin sudah melarang aku awal-awal pagi tadi.

Bahu aku dirangkul lembut oleh Jimin yang tiba-tiba melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Sayang baca apa?" tanya nya.

"Oh ni sayang baca novel sebab bosan la. Nak buat kerja awak tak bagi" keluh ku.

"Bukan macam tu, saya cuma tak nak awak letih dan buat banyak kerja tu saja" jawabnya dengan riak muka risau.

"Ye lah saya faham" ujar aku.

Ting tong! Ting tong! Ting tong!!!

Bell pintu berbunyi berkali-kali di depan rumah membuatkan aku dan Jimin tersentak. Kasar sungguh orang itu sampai menekan bell berkali-kali dan mengetuk pintu dengan kuat.

"Jimin kau buka pintu ni sekarang!" satu suara garau kuat kedengaran.

Kejap aku macam kenal suara ni. Betul ke apa yang aku rasa ni?

Appa..?

Tbc...

Seperti yang di janjikan oleh aku nak bagi double update so nah 😽

Selamat hari raya 💜

Duit raya dapat dok? 😜 hahaha

Vote and comment jangan lupa ^

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now