03 🍁

4.2K 407 75
                                    

Setelah menempuh perjalanan selama 25 minit akhirnya kami sampai dihadapan rumah. Aku dan Jimin keluar daripada perut kereta dan dia terus mengemaskan dan membawa barang2 di dalam kereta untuk dibawa masuk. Aku? Aku hanya mampu mematungkan diri sambil memandang rumah Jimin yang kini berada dihadapan ku.

"Kejap kenapa aku tak pernah tahu Jimin ada rumah ni? Setahu aku dia tinggal dekat rumah lain kan"- soalku sendiri didalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kejap kenapa aku tak pernah tahu Jimin ada rumah ni? Setahu aku dia tinggal dekat rumah lain kan"- soalku sendiri didalam hati. Mana tidaknya, hampir satu tahun 2 bulan aku kerja menjadi assistantnya apa yang dia lakukan, miliki semua aku tahu tapi untuk rumah ni kenapa aku tak tahu? Haih kenapa aku jadi penyibuk pula ni.

Tiba2 saja bahuku terasa disentuh lembut oleh seseorang yang membuatkan diriku menoleh untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang menyentuhku ini. Saat ini aku boleh nampak senyuman seorang lelaki yang tidak pernah mati dari bibirnya untuk tersenyum.

"Jom masuk dalam? Sampai bila awak nak berdiri dan tenung rumah saya lama2 macam ni?" - ajaknya. Ala malu nya diriku bila dia cakap macam tu, dia macam tahu2 saja kalau aku memang tengah tenung rumah dia.

"Em, okay"- jawabku pendek. Entah mengapa keadaan sekarang ni kekok semacam. Aku nak cakap dengan dia pun macam takut,malu, sedih haih entah la aku pun tak tahu. Keadaan dah tak sama macam dulu, aku dan Jimin yang sentiasa senang untuk berbual, ketawa dan melawak. Tapi sekarang? semuanya sudah berubah.

Tangannya kemas merangkul bahuku berjalan masuk ke dalam rumah. Aku hanya membiarkan dia berbuat sedemikian rupa sebab aku tak ada sebab untuk menghalang dia daripada menyentuh ku. Selepas masuk, aku boleh nampak ada seorang perempuan yang kelihatan lebih tua dariku tersenyum. "Pembantu dia ke?" desis ku

"Kenalkan ni Jennie, dia pembantu rumah disini. Kalau awak ada apa2 masalah atau perlukan pertolongan, minta tolong saja dengan dia" - Jimin memperkenalkan perempuan yang berada di depanku. Aku menundukkan badanku sedikit tanda perkenalan ku dengannya.

"Saya Hwa..." tiba2 saja lidahku terhenti untuk meneruskan percakapan.
"Dia Park Jisoo" - sambung Jimin sambil melihat kearahku yang sedang mati kata2 saat ini. Sekarang aku harus mengingatkan diriku sendiri tidak ada lagi nama Hwang di depan nama ku. Yang ada sekarang hanyalah Park, ya Park Jisoo.

Jennie hanya tersenyum menunduk kepadaku dan selepas itu dia meminta diri untuk kedapur. Sekarang hanya tinggal aku dan Jimin sahaja. Keadaan menjadi canggung diantara aku dengan dia. Akhirnya Jimin memulakan perbualan.

"Awak pergila naik ke atas berehat. Mesti awak penat kan." - suruhnya. Aku sekadar tersenyum tipis dan mengangguk kepadanya.

"Ah, lagi satu cari bilik yang betul2 berhadapan dengan tangga sebab tu adalah bilik utama dan tu bilik kita" - tambahnya lagi. Kejap bilik Kita?? Aku akan duduk sebilik, tidur sekatil dengan dia ke? Pelbagai pertanyaan yang singgah masuk ke dalam otakku.

Melihat aku yang sedang sibuk mengerut-gerutkan dahi dengan persoalan di dalam benak fikiranku dia terus bersuara.

"Hei, kitakan sekarang suami isteri. Jadi kenapa kita kena duduk bilik asing2 pula? Bila awak dah jadi isteri saya, awak kenalah ada dengan saya selalu. Hrumm?" - katanya sambil merenung tepat ke arah anak mata bewarna coklat milikku. Muka sudah naik merah ni. Wahai encik suami, janganlah macam ni sesungguhnya isteri mu ini tidak mampu melawan tatapan matamu. Okok berhenti merepek.

"Er..okay2, saya naik dulu" - jawabku gelabah
"Sure"- balasnya sambil tersenyum manis ke arah ku. Arghh tak penat ke senyum. Aku penat tengok tahu tak?

Aku mengorak langkah dengan berhati-hati menaiki tangga dan bila aku ternampak pintu dihadapan terus aku buka. Hampir jatuh rahang mulutku dan mataku terbeliak apabila melihat bilik utama yang besar lagikan cantik.

 Hampir jatuh rahang mulutku dan mataku terbeliak apabila melihat bilik utama yang besar lagikan cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak ai, lawa gila bilik ni"- kataku dalam hati. Tidak boleh dinafikan kalau Jimin mempunyai bilik seperti ini, dia anak orang kaya. Jimin merupakan Ceo di syarikat keluarga nya dan mempunyai segalanya seperti mana layaknya orang kaya. Huhu cemburu aku.

Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam dan merebahkan punggungku di atas katil yang empuk. Aku terpandang bilik persalinan yang terletak di sebelah bilik air. Aku menerjah masuk kedalam dan itu membuatkan aku terkejut kerana semua pakaian aku telah tersusun rapi disitu. Betullah apa yang appa cakap semua barang2 termasuk pakaian ku telah appa letakkan disini. Rasa sedih mula menyelinap masuk ke dalam hatiku. Menangis? Sudah pasti. Air mata mula menitik.

🍁

Selepas membersihkan diriku, aku keluar dengan memakai bathdrobe. Semasa keluar ingin menuju ke bilik persalinan, aku terkejut apabila mataku ternampak Jimin yang sedang bermain dengan telefonnya di atas katil. Lantas dia memandang ke arah ku. Haih jangan la pandang aku macam tu, dah la aku pakai bathdrobe je ni. *Mana taknya dah kalau Jimin pandang Jisoo sampai tak berkedip mata*
Cepat2 aku masuk ke bilik persalinan dan mengunci pintu. Fuhh. Nafas lega ku lepaskan.

Bunyi tutupan pintu menyedarkan lamunannya. Jimin bagun dari duduknya dan berjalan menuju bilik persalinan. Tuk tuk. Bunyi pintu bilik diketuk.

"Jisoo? Lepas ni turun bawah makan malam ye? "- kata Jimin lembut.

Aku mula tersentak dengan bunyi ketukan dipintu dan aku mendengar apa yang dikatakan oleh Jimin. Cepat2 aku menjawab

"Okay nanti saya turun"

Selepas aku menjawab, aku mendengar pintu bilik air ditutup. Mungkin dia mandi?
"Kejap2 kalau dia mandi, nanti dia akan masuk sini sebab nak pakai baju. Baik aku siap cepat." kataku dengan cepat2 aku memakai baju dan bersiap sebelum si dia masuk ke sini.

Aku keluar dari bilik persalinan dan aku dapat mendengar bunyi shower terpasang. Betul la tu dia mandi. Aku duduk di sofa yang berada di dalam bilik sambil memegang telefon di tangan. Kedudukan sofa dan bilik air mempunyai penghadang iaitu dinding, jadi aku bolehlah mengelakkan diri daripada ternampak yang bukan2 bila dia keluar nanti.

Tbc...

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now