18 🍁

2.2K 301 168
                                    

Aku berdiri betul-betul di tengah padang yang luas terbentang. Langit kebiruan nan cantik aku pandang dan rumput menghijau yang sekarang aku sedang berdiri di atasnya. Aku memerhati sekeliling tempat untuk mencari kalau-kalau ada orang lain di sini namun hampa hanya aku seorang sahaja.

Tempat apa ini ?

Mana semua orang ?

Jimin ?

Aku masih lagi kebingungan sambil otak aku ralit memikirkan di mana aku berada sekarang kerana suasana di sini lain dari yang lain. Sunyi sahaja. Aku hidup lagi kan ?

Angin menerpa lembut pipi aku tatkala ia bertiup sepoi sepoi bahasa. Rambut panjang aku selitkan di telinga memandang kan ia menutupi wajahku akibat tiupan angin.

Bila aku pandang ke hadapan aku melihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenali. Kejap itu Jimin ke ? Atau aku salah lihat ?. Mata aku gosok-gosokkan bagi meneliti betul-betul bahawasanya seseorang yang berada tidak jauh di hadapan aku kini ialah Jimin.

Tapi kenapa Jimin nampak gembira dengan senyuman? Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang sangat cantik tidak lekang dengan senyuman manis di hadapan nya. Tunggu adakah itu Oh Hani?

Ya aku kenal dengan wajah itu. Dia memang Oh Hani

Aku perhatikan mereka tampak bahagia sahaja. Soalan mula menerjah masuk di benak fikiran aku.

Jimin tidak perasan kan aku kah di sini?

Jimin apa yang awak cuba lakukan ini?

Air mata jatuh membasahi pipi bila mereka berdua sungguh mesra. Di hati kecil aku kini sungguh sakit tidak terkata. Melihat mereka mesra layaknya seperti pasangan yang sudah berkahwin membuatkan hati aku seperti di siat-siat.

"Jimin awak jahat. Awak penipu. Hiks hiks" hanya itu yang aku mampu keluarkan. Tangisan masih lagi aku tahan tetapi lama kelamaan terburai juga.

"Jisoo?" mendengar suara Jimin terus aku berhenti menangis dan memandangnya dari kejauhan.

Dapat aku lihat dia sedang tersenyum sambil berpegangan tangan dengan perempuan itu. Tanganya melambai ke arah aku.

Kenapa dia lambai?

"Selamat tinggal. Mulai sekarang saya akan pergi bersama Hani" kata-kata terakhir yang Jimin lontarkan sebelum dia dan Hani pergi meninggalkan aku.

"Jiminn" aku memanggil namanya sambil berlari mendapatkan dia. Puas aku kejar namun susuk tubuh Jimin dan Hani telah menghilang entah kemana.

"Hiks hiks hiks. Sampai hati awak tinggalkan saya.Mana janji awak? Awak kata awak akan jaga saya dengan sepenuh hati awak. Tapi sekarang awak pergi begitu saja tanpa alasan kukuh. Hiks" tangisan aku semakin kuat dan air mata terus turun memasahi pipi ku.

"Ma..maca..m..ma..na anak.. ki.. ta?" suara aku terputus-putus akibat sedu tangisan tidak jua hilang.

Hati aku sakit sangat-sangat. Kenapa bila aku sudah menyerahkan seluruh hati aku pada kau. Kau mesti tinggalkan aku dan buang hati aku begitu saja?

Kau kejam

Langkah aku longlai sahaja ketika berjalan dengan tiada hala tuju sekarang ini. Sedar-sedar aku sudah berada di tengah tengah jalan raya yang kosong saat ini.

Kaki aku masih terus melangkah. Fikiran aku melayang entah ke mana.

Pinn!! Pinn!!

Bunyi hon kereta di belakang membuat kan aku sedar dari lamunan. Aku menoleh ke belakang. Kereta yang menuju ke arah aku sangat laju sehinggakan aku tidak sempat untuk mengelak.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now