( Disaran kan untuk dengar sambil membaca juga intrumental di atas)
Bunyi ombak yang memukul pantai bersama deruan angin malam yang menerpa lembut badan membuatkan aku terbuai menikmati keindahan alam. Aku pejam kan mata untuk menikmati dengan lebih lama. Sejuk memang sejuk tetapi aku suka suasana begini.
Sedang seronok memejamkan mata, satu tangan melingkar di pinggang aku. Buat sekian kalinya aku tidak terkejut kerana aku sudah mengetahui siapa orang empunya badan. Di pulau Maldives ini, hanya aku dan Jimin sahaja yang pergi. Jadi, sudah tentu orang itu lelaki yang aku cintai.
Aku dan Jimin sekarang berada di sini kerana kami sedang menjalankan honeymoon kami yang kedua. Sebenarnya aku tidak berapa setuju untuk datang ke sini kerana aku risaukan siapa yang akan menjaga dan mengurus Jiyu.
Rupanya mama dan papa Jimin sudah pun membuat persediaan awal. Mereka sedia menjaga Jiyu dengan senang hati. Si anak aku pula bersetuju dan seronok apabila dia di ajak tinggal bersama atuk dan neneknya.
Haih sabar saja lah.
"Sayang tak sejuk ke?" soal Jimin menghapus semua lamunan aku seketika.
"Sejuk sikit je" jawab aku sambil memegang tangan nya yang berada di pinggang aku.
"Kalau sejuk, jom lah masuk dalam ada haba sikit boleh hilang sejuk sayang tu" kata Jimin sambil tersenyum senget.
Pantas aku mencubit lengan Jimin seperti ketam. Dia sudah mengaduh sakit dan ketawa.
"Sakit la sayang" adu nya kepada aku.
"Biarkan sakit, siapa suruh oppa gatal sangat" jawab aku bersama jelingan maut. Bukan aku tak tahu apa yang dimaksudkan Jimin tadi.
"Sayang jom ikut oppa kejap" ajak nya lembut.
"Ke mana?" soal aku pula dengan pandangan pelik. Bukan apa hari sudah malam dia mahu kemana lagi?
"Adalah jom" jawab nya.
"Hurm okay" aku hanya mengiyakan sahaja.
Tangan aku di raih lembut oleh Jimin. Aku hanya mengikutinya. Dalam hati aku mula tertanya-tanya
'kemana pula Jimin nak bawa aku malam- malam begini'
Semakin lama, langkah kami semakin jauh. Kawasan penginapan sudah tidak kelihatan. Hati aku tiba-tiba bertukar menjadi bimbang. Namun perasaan itu semua musnah apabila mata aku tertumpu terhadap kawasan yang bercahaya.
Apabila kami sudah betul-betul sampai di tempat itu, terus aku menekup mulut aku. Sungguh aku terharu dan tidak menyangka dengan apa yang Jimin tunjukkan kepada aku.
Kawasan yang di penuhi dengan cahaya lilin berbentuk love. Hiasan kelopak bunga mawar bertaburan menaikkan lagi seri. Di tambah pula dengan kehadiran meja makan kecil di tengahnya.
'Cantik'
"Happy Anniversary sayang" ucap Jimin di belakang aku tiba-tiba. Dia menghulurkan bunga mawar ke pada aku. Aku mengambil nya dengan senyuman.
"Oppa awak ingat hari ni" soal aku terharu. Aku sangka kan dia tidak mengingatinya kerana sejak awal pagi lagi dia berkelakuan biasa jadi aku malas mahu menyebut atau menyoalnya.
"Mestilah sayang. Pada tarikh inilah kita berdua di satukan dan kita mula untuk membina kebahagiaan walaupun ada dugaan yang mendatang" jawab Jimin lembut.
"Terima kasih Oppa untuk segalanya. Tanpa oppa saya tak akan menjadi Jisoo yang sekarang. Park Jimin i love you" tutur aku. Entah kenapa tiba-tiba saja mulut aku berani untuk mengatakan perkataan itu di hadapan Jimin. Untuk seketika rasa malu dalam diri sudah hilang.
"Sepatutnya oppa yang cakap terima kasih. Sebab sayang masih bertahan dengan oppa. Dan sayang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan Jiyu kita. Sayang, i love you more" balas Jimin.
Kemudian bibir kami bertaut sekilas. Aku tersenyum di hadapannya. Dapat aku lihat rasa cinta dan sayang dari iris matanya.
"Mulai hari ni mari jadikan sayang dan oppa serta anak kita sebuah keluarga yang bahagia" kata Jimin sambil memegang tangan aku.
"Erm bukan anak kita tapi anak-anak kita" jawab aku perlahan.
Jimin yang mendengar pada mulanya membuat muka tidak faham. Seribu kerutan mula di tunjukan. Aku hanya tersenyum dengan reaksi yang Jimin pamerkan.
"Kejap apa maksud sayang anak-anak kita? Jangan kata sayang menga.."
"Saya mengandung 3 minggu. Jiyu akan dapat adik" potong aku. Aku sebenarnya sudah lama ingin memberitahu tentang kandungan aku ini sebelum pergi ke sini lagi tetapi aku simpan kerana aku ingin memberi kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan kami iaitu hari ini.
"Sayang tak tipu kan?" soal Jimin tidak percaya. Aku hanya menggeleng menjawab pertanyaan nya. Jimin mula teruja dan tersenyum lebar.
"Bila sayang tahu yang sayang mengandung?" tanya nya lagi.
"Sebelum kita kesini lagi. Saya sengaja beritahu oppa hari ni sebagai hadiah anniversary kita" jawab aku bersama sengihan.
"Terima kasih sayang. Ini adalah hadiah yang sangat-sangat oppa suka" ujar Jimin lalu menarik aku masuk ke dalam dakapan nya yang hangat. Pelukan semakin dieratkan oleh nya.
"Sama-sama oppa" jawab aku.
"I love you so much" ucap Jimin.
"Me too" balas aku.
Malam itu adalah malam yang paling gembira bagi aku. Bukan sahaja gembira dengan kejutan yang Jimin lakukan untuk aku tetapi gembira kerana Jimin teruja dan seronok apabila mendapat tahu tentang si kecil yang sudah menetap di dalam.
Kami berdua tidak sabar ingin menunggu kelahiran nya ke muka bumi ini. Tentu Jiyu seronok bila dia akan dapat adik dan dia akan mempunyai kawan bermain selepas ini.
Aku berharap kebahagiaan seperti ini akan terus berkekalan sehingga aku memejamkan mata di dunia ini.
The end...
Lemon bagi special part untuk semua para readers kesayangan.
Harapnya dapat memuaskan hati semua
Lemon nak bagi love banyak" untuk semua orang
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜Love u all 😘
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...