"Jieun kenapa sanggup buat macam ni? Kenapa? Cepat terangkan dekat appa!" marah encik Hwang. Merah padam muka nya tika ini. Puan Hwang sudah mendapatkan anak sulung nya yang jatuh di lantai selepas di tampar.
Jieun masih menunduk memandang lantai dengan pandangan kosong. Makin sakit hatinya kini. Tamparan kuat yang dia terima tadi terasa kebas-kebas di pipinya.
"Kenapa diam? Jawab lah!" desak encik Hwang lagi. Suara nya membuatkan Jieun mengihinjut kan bahu sedikit akibat terkejut kecil dengan suara encik Hwang.
Tangan kecil miliknya sudah digempal kemas. Bibir diketapkan sedikit tanda geram dengan soalan bersama amukkan encik Hwang. Dia sudah bertekad untuk menceritakan apa masalah yang dia lalui selama ini.
Ya dia harus luahkan semua hari ini!
Lantas Jieun bangun segera di hadapan encik Hwang. Iris mata mereka berdua saling bertembung antara satu sama lain.
"Ye memang Jieun yang buat dan Jieun yang rancang semua benda ni. Memang Jieun lah pelakunya!" jawab Jieun geram.
Badan encik Hwang hampir ingin jatuh terduduk namun sempat di tahan oleh Chanyeol yang cepat bertindak. Terasa lemah badan encik Hwang tika ini apabila mendengar pengakuan anak sulungnya itu. Rasa bersalah mula bersarang di hati.
"Kenapa Jieun? Kenapa buat macam tu? Jisoo tu adik kamu. Kenapa kamu sanggup" balas encik Hwang dengan nada lemah. Dengan suara yang bergetar seakan ingin menahan sebak di dalam diri.
"Tch...ha ha ha.. Nak tahu kenapa?" soal Jieun sinis dengan raut wajah yang tiba-tiba saja berubah.
"Kenapa aku buat semua ni? Sebab apa? Sebab aku cuba untuk meraih semula hak aku yang si Jisoo tu dah ambik. Dan tujuan aku sebenarnya adalah nak tengok korang dua beranak saling bergaduh dan berpisah. Tahu kenapa aku nak pisahkan korang?"
"Sebab kau lebih sayangkan Jisoo lebih dari segalanya berbanding dengan aku! Aku tak selalu dapat perhatian dari seorang ' ayah ' macam kau. Jisoo selalu di berikan apa sahaja yang dia nak kalau Jieun? Ada appa dengan eomma tunaikan? Sampai Jieun minta barang kesukaan pun korang tak boleh belikan. Korang bagi macam-macam alasan. Jisoo minta je esok dah dapat"
"Bukan setakat tu je, belaian, manja kasih sayang secukupnya appa hanya beri sepenuhnya dekat Jisoo. Jieun anak appa juga kan? Semua yang Jieun ada Jisoo akan dapat dengan mudah termasuklah Jimin! Dia rampas Jimin dari Jieun!" ucap Jieun lantang.
"Kakak apa yang kakak cakap ni!" teriak Jisoo menuruni anak tangga. Dia sudah penat sedari tadi hanya menjadi pendengar.
"Ha bagus lah kalau kau pun dah ada" sinis sahaja balasan Jieun dengan teriakan Jisoo sebentar tadi.
"Kakak cakap ni.." ujar Jisoo apabila dia sampai betul-betul di hadapan Jieun.
"Kau tu suka sangat rampas apa yang aku ada. Dasar perampas!" tengking Jieun.
"Tak! Jisoo tak pernah rampas apa yang kakak punya!" sahut Jisoo dengan suara yang di naikkan sedikit.
"Tchh.. Kau lahir dekat dunia ni dan ambil semua kasih sayang appa dan eomma daripada aku. Lepas itu kau menggatal nak kerja. Bila dah kerja kau rampas pula Jimin dari aku. Sedangkan aku yang kenal dia dulu! Aku ingatkan lepas aku perangkap kau tu appa akan buang kau tapi dia suruh pula kau kahwin dengan Jimin"
"Kau ni patutnya tak payah ada dan tak payah wujud dalam dunia ni!" ucap Jieun sekali lagi lalu sedikit menolak badan Jisoo. Untung Jisoo mampu mengimbangkan badannya dari terjatuh akibat tolakan Jieun tadi.
"Jadi yang pasal Jimin dan kakak tu pun, kakak punya kerja juga?" soal Jisoo perlahan. Diam tiada jawapan dari Jieun.
"Jawab la Jieun betul kan itu semua kerja kau" celah Jimin yang tiba-tiba berada di belakang Jisoo.
"Ye memang betul itu pun rancangan aku juga. Masa aku pergi Capadocia. Aku sengaja datang dekat sana untuk jalankan rancangan aku. Dengan cara tu aku akan dapat semula hak aku" jawab Jieun. Kali ini dia memberitahu segalanya.
Pang!!
Satu tamparan sekali lagi hinggap di pipi Jieun. Terdiam Jieun daripada meneruskan percakapannya. Hujung bibirnya sudah nampak merah seperti luka.
"Apa hak kau? Jimin ni hak kau ke? Dia siapa pada kau sebelum ni? Kekasih? Tunang? Kalau nak tahu dia sebenarnya hak aku sebab dia suami aku!" bentak Jisoo kuat selepas menampar pipi Jieun.
Tiada jawapan yang keluar dari mulut Jieun sekarang ini.
"Jieun lebih baik kamu pergi dari sini. Appa tak nak lagi tengok muka kamu. Mulai sekarang pandai-pandai kamu lah bawa diri kemana saja. Sebab appa tak ada anak macan kamu! Sanggup jatuhkan darah daging sendiri" encik Hwang akhirnya bersuara setelah menyepi sedari tadi.
Kali ini tiada rayuan dan riak terkejut yang keluar dari muka Jieun. Dia sudah dapat agak perkara ini akan berlaku. Kerana ini sudah pernah terjadi pada Jisoo dahulu semasa di halau dari rumah. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Baiklah. Appa tak payah suruh memang Jieun akan keluar dan pergi dari sini. Jieun akan hidup tanpa keluarga Jieun! Dan kau Jisoo aku rasa kau boleh balik dengan appa kesayangan kau ni" ucap Jieun lalu beredar keluar dari rumah Jimin.
Jisoo yang masih lagi mendiamkan diri itu tiba-tiba saja rebah ke atas lantai. Pandangan nya mula kabur apabila dia terpandang wajah Jimin yang cuba untuk menyedarkannya. Samar-samar sahaja suara Jimin di telinga Jisoo sekarang sebelum padangan nya berubah menjadi gelap.
Tbc...
Nak tahu apa jadi dengan Jieun lepas ni?
Jangan risau ada lagi 2 chapter akan lemon update untuk hari ni.
Tunggu lah 💜🤪
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanfictionS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...