Hey" relax la readers yang saya sayangi. Saya tak kejam lagi sampai nak buat heroin dalam cerita ni keguguran. Ehehehee
Happy reading ✧
+++
Tappp
Laju sahaja tangan aku menggapai pemegang tangga yang berada betul-betul di sebelah aku. Aku berpaut padanya apabila aku sudah hampir-hampir ingin rebah. Nasib menyebelahi aku kali ini. Tidak semena-mena peluh keluar di dahi ku akibat perasaan panik yang teramat.
Jimin yang aku lihat tiba-tiba sahaja keluar daripada bilik dengan masih belum membutang baju kemejanya berlari ke arah aku. Terserlah wajah panik nya apabila mendengar aku menjerit.
"Wae?wae?" panik sahaja suara nya ketika ini. Aku yang masih lagi terkejut dengan kejadian tadi mengambil masa untuk menerangkan kepada Jimin.
Aku menarik nafas dan menghirup oksigen untuk menenangkan diri.
"Sa..saya hampir nak terjatuh tadi" kataku dengan nada yang perlahan.
"Hah? Nak terjatuh?" jawab Jimin terkejut. Aku hanya mampu mengangguk kecil. Tiba-tiba aku merasakan yang diri aku ni cuai sangat sebab tidak mampu menjaga diri dengan baik malah tak berhati-hati langsung.
"Maafkan saya sebab saya cuai. Lantai tangga ini licin dan saya nyaris jatuh disebabkannya" kataku.
"Lain kali awak kena lebih berhati-hati, hrum? Nasib tidak terjadi apa-apa tadi" jelas Jimin.
"Hrum" seraya mengangguk tanda faham. Aku tidak tahu kenapa aku rasa sedih sehinggakan ingin menangis sekarang ini. Sedangkan Jimin tidak marah pun kepada aku.
Sejak akhir-akhir ini aku mudah sangat tersentuh dan sensitif? Sikit-sikit rasa nak menangis.
Lemah betul aku
"Tak payah difikirkan sangat tentang kejadian tadi okay? Apa kata sayang duduk berehat dalam bilik. Biar Jennie yang akan bawa makanan naik ke atas" kata Jimin menenangkan aku.
Aku sekadar mengangguk dengan cadangan Jimin. Dan sekarang aku kena duduk di dalam bilik berehat saja?
Bosan sungguh
Aku duduk di birai katil sambil mataku ralit memerhatikan Jimin yang bersiap untuk ke pejabat. Aku dapati dia belum lagi memakai tali leher. Dengan cepat aku bangun dari duduk ku untuk mengambil tali leher dan mengenakannya di kolar baju kemeja Jimin.
Baju kemeja hitam aku padankan dengan tali leher bewarna purple bercorak garis hitam menjadi pilihan aku.
Kini aku berdiri di hadapan Jimin untuk memasangkan tali leher. Tangan aku pantas sahaja memasangnya disebabkan mata Jimin tidak lepas memandang aku sedari tadi.
Jujur aku masih malu jika dia menatap aku begitu walaupun sudah biasa dengan tatapan yang mampu mencairkan hati aku. Pipi bertukar menjadi warna kemerahan akibat malu.
"Sayang malu ke?" Jimin bersuara dengan ketawa kecil.
"Eo?" "mana ada" aku menafikannya.
"Habis kenapa pipi merah?" soalnya dengan menaikkan sebelah kening nya.
Tidak mampu menjawab aku hanya menunduk. Usai sahaja kerja aku memasang tali lehernya, aku betulkan sedikit kolar baju nya.
Dia memegang dagu runcing ku lalu dia memangut lembut bibirku. Aku diam tidak berkutik tatkala diperlakukan seperti itu tetapi lama kelamaan aku membalas ciuman lembutnya. Aku terbuai dengan perlakuannya.
YOU ARE READING
[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민
FanficS1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan yang menuduh itu adalah kakak kandung kau sendiri? Jujur aku katakan sakit. Dia adalah kakak yang aku...