19 🍁

2.5K 300 101
                                    

Aku menyesal letak gambar Jimin 👆🏻 sebab time aku nak type rasa macam dia tenung aku tho. HAHAHAHA

Happy reading

+++

Jimin Pov

Aku dapat lihat raut wajah Jisoo yang masih setia menanti jawapan daripada aku. Aku mengambil nafas terlebih dahulu sebelum aku menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Aku yakin hari di mana Jisoo akan dapat mengetahui nya jadi aku sudah bersiap sedia.

Tapi perlu kah aku beritahu dia? Perkara sudah lepas biarlah menjadi kenangan silam aku.

Dengan tenang aku tersenyum sebelum menjawab soalannya.

"Dia itu tunang saya" jawab aku ringkas.

Dapat aku lihat dia seakan terkejut dengan jawapan yang aku berikan. Matanya sedikit membulat apabila memandang aku dan mula berkaca-kaca.

"Kalau awak dengan dia kenapa kahwin dengan saya?" katanya perlahan seraya menunduk.

Belum sempat aku ingin bercakap dia sudah menyambung.

"Saya tak nak rampas kebahagian orang lain. Saya perempuan jadi saya tahu perasaan dia apabila lelaki yang dia cintai dah berkahwin dengan perempuan lain" sambungnya lagi.

"Awak boleh saja tidak bersetuju dengan tawaran appa tentang perkahwinan kita. Sekarang saya rasa sayalah perempuan yang paling jahat dalam dunia ini. Hiks" kali ini percakapannya di sela dengan tangisan kecil.

Sebenarnya aku ingin menyambung percakapan aku yang terpotong tadi tapi aku batalkan niat itu dengan mendengar luahan dia terlebih dahulu.

"Awak tahu tak saya dah sayang awak sangat sekarang tambah pula kita bakal mendapat anak tak lama lagi. Bila saya dapat tahu yang awak sebenarnya ada tunang tanpa sepengetahuan saya. Jujur hati saya hancur sangat Jimin" kini dia menangis semahu-mahunya.

Aku mula rasa kesian dengan isteri kesayangan aku yang menangis. Aku sudah menggaru belakang leher ku yang tidak gatal.

Macam mana ni? Aku kena bagitahu dia perkara sebenar

"Sayang?" panggilku

"Jimin berhenti panggil saya sayang" balasnya tegas.

Okay sekarang aku kena hentikan semua salah faham yang semakin menjadi-jadi ini.

"Awak dengar dulu saya nak cakap ni. Memang Hani tu tunang saya tapi untuk 4 tahun lepas. Selepas dia tak ada, hidup saya memang tak tentu arah. Tapi selepas setahun saya cuba untuk kuatkan diri saya menerima semuanya"

Aku mengambil nafas lagi sebelum menyambung

"Bila awak datang dalam hidup saya, dapat saya rasakan yang awak ada sesuatu yang membuatkan saya hari demi hari mula mencintai awak. Mungkin awak tak percaya tapi itulah hakikatnya. Hani adalah masa silam saya dan sekarang masa depan saya adalah awak sayang, Park Jisoo" sambung aku sambil menatap kedua iris matanya yang masih tersisa dengan air mata.

Dia menunduk terdiam bila aku sudah habis dengan penjelasan. Tiba-tiba dia bersuara

"Apa maksud awak dia tak ada?" soalnya.

"Dia terlibat dalam kemalangan kereta 4 tahun yang lalu. Dan saya rasa tidak berguna bila saya tidak dapat menyelamatkan nyawa orang yang betul-betul sayang dan cintai" balasku dengan senyuman hambar berbaur sedih.

"Jimin maafkan saya, saya tak tahu tentang ini" perlahan saja ucapannya bila dia sudah mengetahui semuanya.

"Tak apa bukan salah sayang pun. Bila dah bagitahu ni lagi lah saya bertambah lega" jawabku menenangkan dirinya agar tidak perlu menyalahkan diri sendiri.

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now