three 🕊

790 121 25
                                    

Bahu disapa lembut oleh seseorang membuatkan diri Jisoo tersentak sedikit kerana terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bahu disapa lembut oleh seseorang membuatkan diri Jisoo tersentak sedikit kerana terkejut. Laju dia melihat siapa orang yang berbuat demikian.

"Hai adik"

Mesra sapaan Jieun bersama senyuman manis.

"Oh kakak rupanya, ingatkan siapa tadi" kata Jisoo sedikit lega.

"Bila kakak sampai? Tak beritahu Jisoo pun"

"Datang seorang je? Abang Jin mana? baby Miko?"

Bertubi-tubi soalan yang Jisoo ajukan. Pening Jieun.

"Hei sabar-sabar" ujar Jieun.

"Kakak baru je sampai, saja tak beritahu awal sebab nak surprise. Kita kan dah lama tak jumpa"

"Abang Jin dengan baby Miko dekat ruang tamu. Tengah bermain dengan Jiyu agaknya" tutur Jieun lembut.

Jisoo hanya mampu menjawab ' ohh ' sahaja. Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Entah kenapa akhir-akhir ini dia sering bersikap begitu. Kadang soalan yang diajukan ataupun kata-kata Jimin dia hiraukan begitu sahaja.

Menyedari jawapan yang tidak selalu Jieun dengar daripada adiknya itu membuatkan dirinya tertanya-tanya. Dia ada masalah ke?

"Jisoo?" Panggil kakaknya itu.

"Ye?"

"Ada masalah ke? kakak tengok raut wajah adik ni macam runsing saja"

"Kalau ada, kakak tak kisah untuk pinjamkan telinga dan bahu kalau perlu" kata Jieun sambil menepuk-nepuk bahunya sendiri.

Jisoo hanya membalas dengan senyuman kelat lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah" ringkas sahaja dia menidakkan.

"Jisoo cuma rasa ada yang tak kena. Sejak kebelakangan ini, Jisoo selalu rasa tak sedap hati. Macam akan ada sesuatu benda buruk nak jadi"

"Mimpi pun kadang macam serba pelik. Ada saja yang aneh"

Terang Jisoo tentang perasaan dan rasa tidak sedap hatinya sejak dia bermimpi perkara buruk tempoh hari.

"Perasaan adik saja kot, banyak sangat fikir. Mimpi tu kan kadang mainan tidur"

"Adik jangan la runsing memikirkan. Tak elok untuk kesihatan. Tambahan adik sekarang ni berbadan dua"

[ H ] MY BOSS IS MY HUSBAND S1 + S2 | 박지민Where stories live. Discover now