Chapter 1

10K 317 1
                                    

"Lia, Lia bangun." Kejut seseorang sambil mengoncangkan badannya.

Dia yang sedang tidur, terasa terganggu akibat mamanya yang menggoncangkan badannya. Dia mendengus perlahan.

"Ya tuhan! Bangun Lia!" Kejut Tengku Aisyah sekali lagi dengan nada yang naik sedikit tinggi.

"5 minit ma." Jawabnya mamai dan kembali sambung dibuai lena.

"Tak ada bangun, bangun sekarang juga! Macam la mama tak tahu yang awak ni nak bangun nanti bukan bangun pun. Dah lah hari ni first day awak sekolah. Nanti lambat pula." Tengku Aisyah memandangnya selamba.

"Ha! Apa?!" Ucap Amelia terkejut dan terduduk.

Dia mengerling ke arah jam yang berada diatas meja. Matanya membulat besar.

"Mama ni kenapa pukul 7 baru nak kejut Lia!" Amelia memandang mamanya sambil mencebik bibir.

"Eh, eh dia salah kan orang pula. Mama dah kejut kan awal dah Lia yang baru bangun." Tengku Aisyah menjeling Amelia dan mengemas katil anaknya.

Dia menghiraukan mamanya dan mengambil tuala untuk mandi dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Seusai mandi, Amelia menyiapkan diri dan dia turun pergi ke meja makan untuk mengisi perut.

"Lia." Panggil papanya yang duduk dimeja makan.

"Iya?" Amelia memandang Tengku Amir.

Tengku Amir memandangnya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsirkan. Amelia langsung memandang semua dengan kerutan di dahi.

"Dah kenapa pandang Lia macam tu?" Soal Amelia kepada semua orang yang berada dimeja makan.

"Tak, cuba Lia tengok pernampilan Lia tu. Macam.. Tak apalah." Kata Aidil. Dia tidak sanggup mahu menyambung ayatnya. Pasti dia bakal dipukuli adiknya.

"Nerd." Jawab Aqil selamba dan sambung makan roti bakarnya.

"Lia sengaja nak pakai macam ni. Tak salah kalau Lia sekali-sekala nak pakai macam nerd. Nak rasa juga kena buli. Hehe.." Jawab Amelia lalu tersengih.

Aidil dan Aqil saling memandang antara satu sama lain. Tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh adik perempuan mereka.

"The fuck? Apa yang pelik sangat kau ni? Orang tak nak kena buli. Tapi, kau? Kena sampuk?" Soal Aqil. Dia tersenyum sinis.

"Eh! Biarlah! Sibuk je!" Amelia menjeling Aqil dan makan makanannya tanpa menghiraukan Aqil.

Aqil mengangkat kepalanya dan memandang Amelia tajam. Benci pula dengan adiknya itu. Suka menjawab!

"Kau fikir ini cerita novel ke? Hello sis, sedarlah dari mimpi kau tu. Ini reality life!" Aqil menjeling Amelia.

"Lia nak naik apa hari ni?" Tanya Tengku Amir yang sedang membaca surat khabar.

"Pakcik Hisham bawalah. Malas nak bawa kereta hari ni." Jawab Amelia. Suaranya kedengaran jelas kerana mulutnya yang penuh.

"Okeylah macam tu." Balas Tengku Amir sambil mengangguk kepala lalu kembali membaca surat khabarnya.

"Mama, Aidil dengan Aqil nak gerak dahlah."

Amelia dan abang-abangnya menyalam tangan mama. Tengku Aisyah tersenyum kecil dan memandang mereka.

"Yalah, hati-hati" Pesan Tengku Aisyah sambil menghantar kepergian anak-anaknya.

"Ya!" Jawab mereka daripada jauh.

SKIP

Sekolah

Sampai sekolah Amelia terus pergi mencari pejabat. Dengan tidak sengaja dia terlanggar seorang pelajar lelaki.

"Ma-maaf! Sa-saya ta-tak sengaja." Ucap Amelia yang masih terkejut.

"Yah! Kau jalan tengok mana, huh?! Maaf, maaf! Kau ni tak ada mata ke, nerd? Dah pakai cermin mata tak nampak lagi." Lelaki itu menatap Amelia tajam.

"Maaflah. Saya bukan sengaja pun!" Jawab Amelia menyampah. Lelaki dihadapannya, dijeling.

Amelia bersilang tangan. Wajahnya merah menahan marah. Dia memandang Amelia dari atas sehingga ke bawah.

"Malas aku nak layan kau buang masa je! Baik aku masuk kelas." Lelaki tersebut meninggalkannya.

Amelia menghela nafas dan menggeleng kepalanya. Pemergiannya ditatap dengan mata.

"Huh, kau fikir ini novel? Klise betul! Entah bila aku siat-siat kulit dia!" Amelia mengepal tangannya kuat.

"hai, awak okey?" Tanya seseorang.

"Ya, saya okay." Jawab Amelia. Dia menghadiahi senyuman nipis kelada dua wanita di hadapannya.

Gerangan yang menegurnya tersenyum manis ke arah Amelia. Cantik! Amelia membalas senyuman gadis itu.

"Lelaki tu siapa ya?" Amelia menatap gadis-gadis di hadapannya.

"Yang mana?" Tanya gadis itu. Dahinya berkerut.

"Yang tadilah. Sombong betul!" Jawab Amelia geram. Dia mendengus kuat.

"Dia, Tengku Faris. Orang paling terpengaruh dekat sini." Jawab wanita dihadapannya lembut.

Mendengar itu, membuatkan Amelia tersenyum sumbing. Gadis-gadis dihadapannya dipandang.

"Nama awak apa?"

"Nama saya Anina dan sebelah saya ni Aqilah." Jawab Anina. Dia tersenyum manis.

Aqilah melambai tangannya dengan senyuman kecil. Amelia menarik senyuman. Tidak mahu dianggap sombong.

"Nama awak pula?" Tanya Anina.

"Nama saya Amelia." Jawab Amelia.

Amelia yang asyik melihat sekeliling membuatkan Anina dan Aqilah sedikit hairan.

"Cari pejabat ya?" Jawab Anina. Dia mengangkat alisnya sambil menatap Amelia.

Amelia mengangguk kecil. Anina menariknya ke arah pejabat. Dia hanya diam walaupun sedikit tersentak apabila ditarik sebegitu.

SKIP

Amelia mengikut langkah Anina dan Aqilah ke kelas daripada belakang. Aku melihat sekeliling sekolah tersebut.

"Hati-hati tau kalau awak dah sekolah dekat sini." Pesan Anina

Amelia memandang mereka hairan. Mereka berhentikan langkah dan menghadapnya yang masih terpinga-pinga.

"Ke-kenapa?" Tanya Amelia. Pandangan Anina dan Aqilah membuatkan dia sedikit gementar.

"Saya cakap awak kena hati-hati kalau dah sekolah dekat sini." Ucap Anina sekali lagi tanpa senyuman dibibir.

Selepas itu, Anina sambung berjalan ke arah kelas. Amelia yang masih terpinga-pinga hanya mengikut langkah Anina dan Aqilah.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now