Chapter 35

2.5K 149 0
                                    

Amelia terjatuh ke atas lantai akibat tembakan Amin pada kakinya. Amelia meringis sakit. Amin mendekatinya.

"Kau fikir aku sebodoh tu je ke nak bagi kau jumpa dia!" Teriak Amin.

Amelia melihat kakinya yang berdarah ditembak itu. Lalu dia melihat tangannya yang turut berdarah akibat tergeser di pasir. Dia tersenyum sinis.

"Kau fikir aku bodoh sangat ke? Aku dah tahu daripada awal. Aku boleh baca permainan kau, Amin." Ucap Amelia. Dia cuba bangkit.

"Ma-macam mana.." Ucap Amin yang merenung Amelia yang sudah berdiri tegak di hadapannya.

Amelia mengambil kain didalam poket celananya dan diikat pada kakinya yang berdarah. Dia hanya meramal jika dia terluka dia boleh menggunakan kain tersebut.

The Blackrose mendekati Amelia yang sedang merenung Amin yang masih terkesima apa yang sedang berlaku.

"Vous retarder son heure. Je vais sauver Faris."Ucap Amelia yang tidak lekang memandang Amin dihadapannya.

"Bien!" Ucap The Blackrose.

"Hai, Amin. Long time no see, bro!" Sapa Eric lantang. Dia merangkul bahu Amin kasar.

"Ma-macam mana kau orang boleh masuk?!" Tanya Amin yang masih terkesima.

Amelia menoleh ke arah The Blackrose. Kelihatan The Blackrose melakukan ala yang dia arahkan. Amelia mengetuk pintu di hadapannya.

"Mpph- Mphh-" Ronta Faris yang diikat.

Amelia merempuh muka pintu itu apabila tidak berjaya. Dia mengambil keputusan untuk menumbuk pintu itu.

Amelia menatap Faris yang mengangkat kepalanya memandangnya. Amelia lantas melepaskan ikatan dibadan Faris dan ikatan dimulut Faris.

"Maaf. Sebab saya, awak jadi target pembunuhan." Gumam Amelia perlahan.

Faris yang tidak tahu apa-apa hanya diam. Amelia menarik tangan Faris keluar daripada gudang tersebut. Faris hanya mengikuti Amelia.

"Masuk dalam kereta saya cepat sebelum dia perasan yang awak hilang." Arah Amelia lembut.

Farid mengangguk. Amelia menutup pintu keretanya. Begitu juga Faris. Amelia memandu keretanya menjauhi gudang tersebut. Amelia membiarkan The Blackrose menguruskan Amin.

SKIP

Markas

The Blackrose yang baru pulang dari gudang, pulang ke vila. Mereka menukar pakaian dan berbual di ruang tamu kecuali Amelia yang berada di dalam biliknya.

"Argh.. Sakitnya kepala aku.." Gumam Amelia menahan sakit.

Amelia mengurut pelipis dahinya. Dia rasa seperti sakit di dahinya turun sedikit demi sedikit pada anggotanya yang lain.

"Janganlah sakit masa-masa macam ni." Sambungnya lagi.

Tok
tok
Tok

Ketukan pintu membuatkan dia menoleh. Amelia melangkah perlahan-lahan ke arah pintu.

Krek~

"Amelia, nak berbual dengan kami dekat bawah?" Soal Aqilah.

"Erm.. Sekejap." Ucal Amelia.

Semasa perjalanan pergi ke ruang tamu, Amelia tidak lekang mengurut pelipis dahinya. Apabila mereka berdua tiba di ruang tamu, pandangannya mula kelihatan samar-samar.

Buk!

Badan Amelia terjatuh ke lantai. The Blackrose terbuntang melihat kejadian itu. Anis melapitkan kepala Amelia di atas pahanya.

SKIP

Hospital

Sampai di hospital, Fariz langsung keluar daripada keretanya dan memanggil Crystal untuk menolong mereka.

"Crystal! Crystal!" Panggil Fariz lantang.

Crystal berlari kecil ke arah Fariz. Daripada riak wajah Fariz dia sudah dapat membayangkan apa yang telah berlaku kerana dia ternampak sosok badan Amelia di tempat belakang penumpang.

"Kau orang tunggu sini. Biar saya dan yang lain uruskan Amelia." Arah Crystal.

Semua pembantu Crystal, mula mengangkat tubuh badan Amelia yang lemah ke atas katil. Mereka menolak katil tersebut ke dalan wad kecemasan

Darwish tidak lekang memerhatikan Crystal. Ikmal menoleh melihatnya sebelum bibirnya mengukir senyuman miring.

"Yah! Dah kenapa kau ni? Tak lekang-lekang tengok Crystal." Ucap Ikmal dengan tawanya.

"Tak. Dia tu siapa?" Soal Darwish menunduk melihat Ikmal yang sedikit pendek.

"Kawan Amelia sekaligus kawan kami juga." Darwish memgangguk mendengar itu.

SKIP

"How, Crystal? Is everthing's okay?" Soal Aiman sebaik Crystal keluar dari wad kecemasan.

Crystal membuka pelitup mulutnya dan menatap The Blackrose dihadapannya. Crystal menghela nafas.

"Jangan risau.. Kami dah hantar dia ke wad. Dia akan duduk dekat sini dulu untuk beberapa hari." Ucap Crystal.

"Dia ada beritahu kau orang pasal keadaan dia? Aku yakin kau orang perasan wajah dia akhir-akhir ni pucat." Sambung Crystal tanpa membasa-basi.

The Blackrose menggeleng. Mereka juga turut tertanya-tanya. Crystal berjalan menuju ke biliknya. The Blackrose mengikutinya.

Setibanya mereka di bilik Crystal, mereka masuk dan menghenyakkan punggung di hadapan Crystal.

"All right. Aku tak nak basa-basi dekat sini. Sebenarnya Amelia larang aku beritahu kau orang. Tapi, aku terpaksa juga." Ucap Crystal.

"Amelia ada penyakit kanser tahap 3." Ucap Crystal

The Blackrose terkesima mendengar itu. Anina menggeleng kepalanya tidak percaya. Manakala Crystal menghela nafasnya.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now