Chapter 42

2.4K 146 8
                                    

Seminggu kemudian..

Sekolah

The Blackrose dan The Galaxy saling melihat Faris yang kelihatan seperti menahan marahnya. The Galaxy juga tidak tahu.

"Faris? Bro, kenapa kau diam ni?" Soal Haziq. Dia memegang bahu Faris. Tetapi, ditepi kasar oleh Faris. Kejadian itu membuatkan semua tersentak.

"Yah, Faris! Kau kenapa ni? Aku tahu kau tengab badmood tapi, jangan macam tu. Ceritalah." Ucap Airiel. Rakannya tidak pernah melayan mereka begitu. Mengapa rakan mereka berubah?

Amelia yang baru tiba, melirik ke arah Faris. Dia tersenyum nipis. Faris tidak akan melayani mereka begitu jikalau bukan kerananya.

"Faris, kalau awak marah saya sekalipun jangan layan The Galaxy macam tu. Saya yang patut awak layan macam tu. Saya layak." Ucap Amelia lembut.

Faris menolak kasar kerusinya sehingga terjatuh. Semua murid memandangnya dengan hairan. Faris menatap mereka semua dan termasuklah Ameia dengan tajam.

"Sudah! Aku malas nak layan kau orang. Jangan kacau aku." Ucap Faris sebelum melangkah pergi.

Amelia menatap kepergian Faris. Benci sangatkah lelaki itu padanya? Tapi, dia memang layak dibenci kerana dia menyembunyikan rahsia daripada kekasihnya sendiri.

"Amelia, kau boleh beritahu kami apa yang jadi antara kau berdua?" Soal Airiel.

"Dia marah aku sebab aku sembunyikan rahsia aku yang aku pernah selamatkan dia dan.. Anis, aku bunuh dia." Akur Amelia perlahan

The Galaxy terdiam mendengar itu. Mereka sudah mengetahui tentang itu kerana The Blackrose sudah memberitahu mereka tanpa pengetahuan Faris.

"Okey, dekat sini kita boleh tahu yang kita semua bersalah. Tapi, kita tak boleh duduk diam saja." Ucap Eric.

"Jadi, Amelia. Kau nak duduk diam dan biarkan Faris membenci kau?" Soal Haziq.

Amelia menghela nafasnya dan mengangguk. The Blackrose dan The Galaxy terkesima. Mereka tidak sangka Amelia akan membiarkan.

"Holy jesus! Kau memang bodoh, Amelia! Kami fikir kau akan jawab lain, tapi lain jawapannya! Apa motif kau?" Soal Airiel.

Amelia terdiam dengan mengangguk. The Blackrose bingung. Adakah ini ketua mereka yang mereka kenal? Mengapa gadis itu mudah mengalah?

"Aku buat sebab aku tak nak Faris sedih bila aku mati nanti! Aku tak nak Faris sedar kaalu aku dah tak ada dekat sekolah ni. Kau orang cubalah faham aku! Aku dah nak mati, kau orang tahu tak?!" Teriak Amelia.

The Blackrose dan The Galaxy tersentak mendengar itu. Amelia terduduk di lantai dan dia menangis. The Blackrose dan The Galaxy saling bertatapan.

"Ka-kami minta maaf. Okey, Amelia.. Kami akan cuba faham kau, ya? Maafkan kami. Kami tak bermaksud untuk buat kau sedih atau apa." Ucap Iskandar.

"Amelia, kami minta maaf kalau kami buatkan kau stress. Kami akan sokong apa yang kau buat dan lindungi kau." Ucap Darwish.

Amelia mengangkat kepalanya. The Blackrose dan The Galaxy tersenyum kecil.

Rehat

Amelia menyuap perlahan-lahan makanan ke dalam mulutnya. Seleranya hilang. Walaupun begitu dia memaksa dirinya untuk makan.

Plash!

"Yah! Kau kenapa? Apa masalah tuang air atas kepala? Abad mana adab?!" Teriak Airiel.

Amelia memejamkan matanya menahan sakit di dadanya. Sakitnya kembali menyerang. Irdina menjatuhkan cawan dipegangnya ke atas lantai.

"Oh, sorry! I tak sengajakan, sayang?" Ucap Irdina pada Faris.

"Irdina tak salah pun. Jadi, kau orang jangan nak marah-marah dia." Ucap Faris mantap Amelia tajam.

The Galaxy terbeliak mendengar itu. Airiel yang ingin menapak ke arah Faris, terhenti kerana Amelia menahannya. Airiel menoleh.

"Sudah. Biarkanlah. A-aku okey. Uhuk! Uhuk!" Ucap Amelia perlahan. Irdina tersenyum sinis.

"Kesiannya.. Dah nak mati, ya? Tak apalah senanglah aku dengan Faris nak berdua sebab tak ada orang nak kacau kami lagi." Perli Irdina sinis. Tanpa Irdina sedar, Faris mengepal tangannya.

Pang!

Wajah Irdina terteleng akibat tamparan hebat oleh Anina. Nafas Anina turun dan naik. Anina menunding jarinya.

"Kau dengar sini, Irdina. Kau jangan cuba-cuba cakap macam tu pada adik aku. Kau belum rasa dibunuh oleh aku, betul?" Sinis Anina.

Faris tersentak sebelum tangannya naik untuk menampar Anina, tetapi terhenti. Haziq berdiri di hadapannya untuk melindungi Anina.

"Kau pukul aku tak apa, tapi jangan kau naik tangan pada rakan-rakan aku. Kau belum nampak baran aku keluar, Faris." Ucap Haziq.

"Sudahlah! Hal kecil je pun kau orang nak gaduh! The Blackrose, The Galaxy berhenti dilindungi aku. Aku sedar yang aku dah nak mati tak ada gunanya kau orang dilindungi aku. Sia-sia saja.." Lirih Amelia

"Faris, teruskan kalau awak nak benci saya. Tapi, tolonglah jangan pukul kawan-kawan awak sebab saya. Maaf, sebab hadir dalam hidup awak. Saya akan undur diri dan kita putus. Tahniah dan saya doakan awak bahagia dengan Irdina." Ucap Amelia.

Amelia melangkah pergi. Dia sudah penat mempertahankan cintanya yang akhirnya pertahanannya hanya sia-sia.

"Faris, kau tahu benda apa yang mahal dalam dunia ni? Kepercayaan, Faris.. Kau tahu tak senang je nak musnahkan kepercayaan tu. Sesaat je, Faris.." Ucap Airiel.

"Ya, memang Amelia percaya pada kau, setia pada kau. Tapi, kalau macam ni sekali dia masih percaya dan setia ke pada kau? Aku tak rasa, Faris. Sudahlah.. Aku malas nak bercakap dengan orang yang pandai nak hargai orang lain, tak berguna." Sambung Airiel.

Airiel turut melangkah kaki. Dia tidak tahu puisi-pusi cinta, tetapi itulah yang dia pegang pada dirinya.

Faris menatap kepergian mereka semua sebelum tangan menjambak rambutnya kuat. Kepalanya sungguh serabut kerana memikirkan banyak hal.

"Argh! Semua ni berpunca pada kau, Irdina!" Ucap Faris marah. Irdina tersentak mendengar itu.

"Eh? I pula yang kena?" Soal Irdina dengan kerutan di dahi.

"Sial!" Ucap Faris.

Senyuman puas terukir di bibir Irdina. Puas hatinya dapat mengambil Faris daripada Amelia.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now