Chapter 24

2.8K 158 2
                                    

Amelia menghentikan keretanya di tepi jalan. Lalu mencapai telefonnya dan menelefon seseorang. Senyuman terukir di bibir saat panggilannya dijawab.

"Wei, Ikram." Panggil Amelia ceria.

"What the fuck do you want? Aku mengantuk ni tahu tak?" Ucap Ikram. Dia menguap seluas yang boleh.

Amelia mencebik mendengar itu. Amelia menoleh melihat cermin sisi. Kereta yang mengikutinya tidak lagi kelihatan.

"Aku nak kau buat sesuatu. Kau free ke?" Soal Amelia untuk memastikan.

Kedengaran Ikram diam. Fikir Amelia mungkin lelaki itu sedang berfikir. Kedengaran bunyi mengunyah.

"Aku rasa aku free. Kenapa?" Ucap Ikram hairan.

Wajah Amelia berubah gembira mendengar itu. Syukurlah.. Dia sangat memerlukan pertolongan Ikram.

"Aku nak kau tangkap orang ni. Nombor kereta dia aku akan send dekat aku nanti. Aku nak budak tu malam ni juga." Arah Amelia tegas.

Ikram hanya menggumam sebagai balasan. Belum sempat Amelia ingin memutuskan panggilan, dia sambung berbicara.

"Kalau kau tak bawa dia pada aku malam ni, aku bunuh kau. Faham?!" Teriak Amelia.

"Holy crab?! Kau yang minta tolong dekat aku tapi, kau ugut aku pula! Ini Ikramlah! Don't look down on me, okay! Sudahlah. Kalau aku dapat budak tu, aku beritahu kau. ASAP!" Pamit Ikram. Dia memutuskan panggilan tersebut kasar.

Amelia meletakkan tersebut di dalam begnya. Dia bersandar di kerusi dan menatap hadapan tajam.

Dia mencapai telefonnya kembali. Nombor telefon Aqilah didail. Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.

"Helo, Aqilah. Kau dekat mana?" Soal Amelia dingin.

"Kedai makan. Tengah makan. Kenapa?" Soal Aqilah hairan.

"Aku nak kau dan yang lain ke markas. Aku ada benda nak kena uruskan." Arah Amelia. Matanya galak melihat sekeliling.

"Oh? Kenapa?" Soal Aqilah. Dahinya berkerut mendengar itu.

Amelia mengetap giginya apabila mengingati kejadian yang keretanya dilanggar oleh lelaki itu.

"Ada orang nak langgar aku tadi. Tapi, kena belakang kereta aku je." Balas Amelia. Keluhan keluar daripada bibirnya.

"Apa?! Kau okey tak?! Nak kami balik?" Soal Aqilah. Suaranya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut dan khawatir.

"No, it's okay. Jumpa malam ni." Ucap Amelia. Dia memutuskan panggilan tersebut.

SKIP

Amelia berhenti keretanya kerana melihat sebuah kereta di hadapan rumahnya. Dahinya berkerut.

"Macam tak logik pula musuh aku nak parking depan rumah aku. Nak mati awal ke?!" Gumamnya perlahan.

Amelia keluar daripada keretanya. Kasut yang banyak di hadapan pintu membuatkan dia tertanya-tanya. Dia langsung mengetuk pintu perlahan.

Tok
Tok

Krek~

Tengku Aisyah menguak pintu daripada dalam. Senyuman terukir saat pandangan Tengku Aisyah terarah pada Amelia.

"Oh, Lia dah balik. Masuklah." Pelawa Tengku Aisyah. Dia membuka pintu rumah luas.

Amelia membuka kasutnya dan diletakkan di atas rak kasut. Dia melangkah perlahan kedalam rumahnya.

"Lia nampak ada kereta depan rumah. Siapa datang?" Soal Amelia sambil melihat sekeliling.

Tengku Aisyah hanya mengangguk dan menarik tangannya ke arah dapur. Amelia diam dan mengikut.

Sampai di dapur, Amelia langsung menyalam tangan rakan-rakan Tengku Aisyah. Sehinggalah namanya dipanggil.

"Amelia?" Panggilnya terkejut. Dia langsung terbangun.

"Oh, Faris?" Ucap Amelia terkejut.

Mereka saling bertatapan. Kedua orang tua mereka saling menatap mereka. Amelia mengemam bibir.

"Oh, kau orang dah kenal?" Soal Tengku Dania. Dia mendongak kepala melihat anak terunanya dan Amelia.

Amelia dan Faris memandang Tengku Dania. Amelia hanya tersenyum kecil. Faris hanya mengangguk.

"Wah, anak kau ke ni, Aisyah?" Tanya Tengku Dania kepada Tengku Aisyah.

"Ya, inilah. Ada lagi dua orang tapi, keluar pergi makan." Balas Tengku Aisyah.

"Ah.. Cantik macam tuan dia. Mesti kakak-kakaknya cantik." Goda Tengku Dania.

Amelia hanya tersengih gugup. Wajahnya sudah berasa membahang dipuji sebegitu.

"Ma, Lia naik dululah. Penat." Pamit Amelia perlahan.

Tengku Aisyah mengangguk. Amelia berlari kecil naik ke atas. Faris menatap. kepergian Amelia.

SKIP

Amelia masuk ke dalam biliknya. Dadanya sungguh berdebar saat dia berhadapan dengan Faris.

"Aduh, aku rasa aku dah nak mati. Jantung, jangan buat hal." Gumam Amelia.

Dia menggosok jantungnya untuk menghentikan degupan jantungnya yang kencang.

"Aku tak suka dia, kan? Tak, Amelia. Kau tak suka dia. Sudahlah, lebih baik aku pergi mandi." Ucap Amelia. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi bersama tuala.

Seusai mandi dan menukar pakaian, Amelia turun dengan tergesa-gesanya. Dia terpaksa keluar sekali lagi walaupun dia baru sahaja pulang

"Mama, Lia nak keluar ni." Ucap Amelia sambil menatap Tengku Aisyah dan Tengku Dania yang sedang makan.

Tengku Aisyah yang sedang bersembang dengan Tengku Dania, menoleh melihatnya. Dia malu dipandang begitu.

"Nak keluar pergi mana?" Soal Tengku Aisyah hairan. Fikir Amelia baru sahaja balik. Mengapa perlu keluar lagi?

"Nak jumpa kawan, The Blackrose. Kami janji nak jumpa dekat vila." Balas Amelia gagap. Berharap Tengku Aisyah percaya.

"Ye ke?" Soal Tengku Aisyah ragu-ragu. Dia memandang Amelia dengan matanya yang dikecilkan.

Amelia tertawa gugup. Dia menggaru kepalanya lalu dia meneguk salivanya perit.

"Okey, okey, Lia ada harimau nak diberi makan. Nanti makanan tu lari pula. Yalah, makanan tu tak kena potong lagi. Jadi, Lia kena cepat! Tolonglah, ma. Sekali je!" Lirih Amelia.

Dia melutut di hadapan Tengku Aisyah. Tengku Aisyah dan Tengku Dania tertawa melihat itu. Amelia seperti kanak-kanak yang ingin aiskrim..

Tengku Aisyah yang memahami apa yang diucapkan oleh Amelia. Menunduk melihat Amelia yang melutut.

"Okey, mama izinkan. Tapi, pastikan balik awal. Jangan balik badan luka-luka!" Balas Tengku Aisyah.

Amelia mengangguk sebelum melangkah ke arah pintu keluar. Dalam masa yang sama, Faris berdiri di hadapan pintu untuk masuk.

Faris tersentak dengan kehadiran Amelia. Faris memandang Amelia yang seperti tergesa-gesa.

Amelia menghiraukan Faris yang merenungnya. Dia perlu cepat sebelum lelaki itu terlepas.

'How beautiful she is.' Monolog Faris sambil menatap Amelia.

SKIP

Amelia yang sedang memandu ke markas, tersentak apabila telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Ikram, so what you got?" Soal Amelia sambil memandu. Matanya tidak lekang melihat hadapan.

"Aku akan suruh anak buah aku jaga dia. Don't worry, I will send him at 7 o'clock. Maybe? I'm not sure." Balas Ikram serius.

"All right. Thank you very much for your help. I really appreciate it, Ikram." Balas Amelia dengan wajahnya gembira.

"My pleasure.. Anything, just call me." Ucap Ikram.

Amelia memutuskan panggilan tersebut. Dia menghela nafas leganya apabila mendengar itu.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now