Chapter 21

3K 170 3
                                    

Hospital

"Kau betul-betul ke tak nak buat pembedahan?" Soal Crystal sambil membelek fail kesihatan Amelia.

Amelia melihat Crystal seketika lalu dia menggeleng. Crystal mengangkat kepalanya.

"Tak apalah. Kalau aku nak, aku cakap dekat kau. Untuk masa sekarang ni aku baik-baik." Balas Amelia lemah.

Sungguh dia lemah sekarang kerana sering batuk dan hampir setiap masa dia perlu pergi ke bilik mandi

"Okey, tak kisahlah kalau kau tak nak buat. Tapi, kau kena kesian dekat kawan-kawan dan keluarga kau."

Amelia terdiam. Crystal menghela nafas berat. Tidak guna dia merayu sekalipun kerana gadis di hadapannya tetap dengan jawapannya.

"Why you're so stubborn? Kanser kau dah hampir ke stage 3. Kau nak tunggu apa? Bukan nak tunggu dah nak mati baru nak buat pembedahan?" Ucap Crystal.

"Aku harap kau tak bagitahu kawan-kawan aku terutamanya family aku. Kau kena janji dengan aku." Dalih Amelia.

Crystal menatap tajam Amelia. Kesal dia terhadap Amelia yang suka menukar-nukar topik pembicaraan.

"Hm, tukar topik. Balik-balik tukar topik. Yalah, aku janji dengan kau." Ucap Crystal dengan nada yang penat.

"If you wanna do the operation, just tell me okay?" Sambung Crystal. Amelia mengangguk.

Crystal menatap Amelia ragu-ragu. Dia kenal Amelia sudah lama. Amelia sangat dikenali sebagai gadis yang keras kepala dan berpegang pada kata-kata.

SKIP

Krek~

Amelia menguak pintu rumah daripada luar. Pintu tidak terkunci menandakan masih ada yang tidak tidur lagi.

Apabila dia masuk, pandangannya terarah pada Tengku Aisyah yang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

"Yang lain mana, mama?" Soal Amelia. Dia melangkah ke arah Tengku Aisyah.

Tengku Aisyah menoleh dan menatap Amelia yang menapak ke arahnya. Amelia menghenyakkan punggung.

"Dah tidur agaknya." Balas Tengku Aisyah. Amelia mengangguk kepalanya.

"Nak makan tak? Mama panaskan lauk." Soal Tengku Aisyah.

Amelia tersenyum manis menandakan dia tidak mahu. Amelia bersandar di kerusi. Lenguh badannya akibat bersandar dikerusi besi dihospital.

"Tadi Lia pengsan, ya? Mama dapat tahu daripada Anina. Buat apa sampai pengsan?" Soal Tengku Aisyah.

Tengku Aisyah menatap lekang anaknya. Amelia mengangguk kecil. Dia pasti akan dianjurkan pelbagai soalan oleh mamanya.

"Mama tak payahlah risau. Lia penat sikit je." Ucap Amelia menghilangkan khawatir mamanya.

"Hm, yalah. Kalau Lia rasa sakit, jangan paksa diri pergi sekolah, ya?" Pesan Tengku Aisyah lembut.

Amelia mengangguk dengan senyumannya sambil menepuk-nepuk tangan Tengku Aisyah.

"Mama, Lia nak cakap sikit boleh?" Soal Amelia perlahan.

Amelia bamgkit daripada duduknya dan duduk bersila dihadapan Tengku Aisyah. Dia mendongak. Manakala, Tengku Aisyah menunduk.

"Ya? Cakap sajalah." Balas Tengku Aisyah

"Amelia, cuma nak mama dan yang lain tahu yang Lia sayang dekat kau orang sampai selamanya dan bahkan sampai Lia mati." Ucap Amelia

Amelia mengemam bibir untuk menahan supaya tidak menangis. Dia mengingati dirinya selalu bahawa dia perlu sentiasa kuat.

"Tengku Amelia, tak baik cakap macam tu. Kalau Lia nak bahaskan benda yang macam ni, lebih baik diam saja." Bidas Tengku Aisyah.

Amelia tertawa kecil. Wajah Tengku Aisyah sangat menunjukan bahawa dia sedang kesal.

"Okay, i'll stop talking about this. Tapi, mama nak tahu satu rahsia Lia?" Soal Amelia.

Tengku Aisyah hanya menggumam sebagai jawapan tanpa memandang Amelia. Dia masih kesal.

"Lia ada kanser stage 2." Balas Amelia

Mendengar itu, membuatkan Tengku Aisyah menoleh dan melihat anak gadisnya terkesima.

"Lia bergurau ya?" Ucap Tengku Aisyah untuk menyedapkan hatinya.

Amelia mendongak kepala dan menahan senyumannya. Memang wajahnya nampak seperti sedang bergurau ya?

"Hahaha.. Ma, kenapa Lia nak bergurau? Memang muka Lia ni macam bergurau ke?" Soal Amelia gugup.

Tengku Amelia menekup pipinya. Tengku Amelia merenung dalam mata anaknya. Dia langsung tidak mempercayai ucapan anaknya.

"Jangan bergurau macam ni, sayang. Tak lawak tahu tak?" Ucap Tengku Aisya lembut.

Amelia memegang tangan Tengku Aisyah lalu dilepaskan. Dia bangkit lalu memandang Tengku Aisyah.

"Lia tak gurau dengan mama. Tak apalah, ma. Lia nak naik dulu, penat." Pamit Amelia.

Dia melangkah pergi. Manakala, Tengku Aisyah hanya menatap kepergian anak gadisnya.

SKIP

Seusai Amelia menukar pakaian, dia melangkah ke arah meja belajarnya. Laci meja dibuka perlahan olehnya.

Buku nota dicapai lalu dia mengambil sebatang pen dan mencatat sesuatu di dalam buku tersebut.

Saat dia menulis, setitis air matanya menitik jatuh diatas permukaan buku tersebut. Dia tersentak.

Amelia tidak boleh terus menulis lagi, pen diletakkan diatas meja. Bukunya diletakkan kembali di dalam laci meja.

"Kau kuat, Amelia. Kau kuat." Ucapnya pada diri sendiri.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now