Chapter 38

2.4K 144 7
                                    

Balik sahaja dari sekolah, Amelia terus masuk ke dalam biliknya dan menukar pakaiannya. Kemudian dia merebahkan badannya di katil.

Drtt.. Drtt..

Amelia mencapai telefonnga dan melihat nama yang tertera di skrin telefon telefonnya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Helo, maklong! Kenapa telefon Amelia?" Sapa Amelia teruja.

"Hai, Amelia. Maklong nak Amelia gantikan maklong untuk uruskan murid baru. Boleh?" Soal Maklong

"Oh, boleh memang boleh. Tapi, kenapa tak maklong je yang uruskan murid baru tu?" Soal Amelia hairan.

"Anak maklong sakit. Maklong kena hantar dia pergi klinik." Balas Maklong

"All right. Nanti Amelia tolong. Maklong jangan risau, ya?" Ucap Amelia.Senyuman manisnya terukir di bibirnya.

"Terima kasih ya, Amelia." Ucap Maklong lalu memutuskan panggilan mereka.

SKIP

Sekolah

"Wei, aku dengar ada budak baru masuk kelas ni." Ucap Eric.

Amelia menatap Eric bersama keningnya yang bercantum. Eric selalunya laju tentang murid-murid baharu yang bakal masuk ke sekolah ni.

"Kau ni kepo sangat kenapa, ya? Kau tahu daripada siapa pasal murid-murid baru ni?" Soal Ikmal hairan.

Eric tersengih sambil menggigit bibirnya kuat. The Blackrose memutarkan mata mereka ke atas.

Apabila teringat tentang murid baru yang diungkap Eric, Amelia tersedar bahawa dia perlu menggantikan maklongnya.

Amelia berlari ke bilik pengetua dengan tergesa. Entah apa yang membuatkan dia terlupa tentang tugasnya. Dia menarik nafas lega kerana murid tersebut tidak tiba lagi.

Amelia masuk dan memakai pelitup mulutnya. Sementara menunggu kehadiran pelajar tersebut, dia bermain dengan telefonnya.

Tok
Tok
Tok

"Come in!" Teriak Amelia dari dalam.

Tengku Intan masuk bersama Tengku Irdina, anaknya, duduk di hadapan Amelia. Amelia merenung seketika Irdina di hadalannya sebelum tangannya membelek fail tentang Irdina.

"Miss Lynn, tunjukanlah kelas murid baharu ni." Arah Amelia sambil memandang Miss Lynn.

Miss Lynn mengangguk. Irdina dan Tengku Intan mengikuti langkah Miss Lynn keluar. Dia menjeling kepergian Irdina.

SKIP

Amelia mengetuk muka pintu kelasnya. Semua yang sedang belajar dan cikgu yang sedang mengajar, menoleh melihatnya.

"Sorry for coming to class late. I have things to do." Ucap Amelia dengan nafas yang tercungap-cungap.

Cikgu itu mengangguk kecil sebelum sambung mengajar. Amelia melangkah ke arah tempatnya. The Blackrose menatapnya hairan.

"Kau pergi mana?" Soal Anina.

"Nowhere. Aku ganti maklong uruskan murid baru." Balas Amelia sambil mengeluarkan buku latihan.

Anina mengangguk. Tidak lama selepas itu, Miss Lyn mengetuk pintu. Cikgu yang mengajar itu, terhenti.

"Ada murid baru, cikgu." Ucap Miss Lynn. Cikgu itu melihat sekliling untuk mencari tempat duduk.

"All right, come in. Thank you, Miss Lynn." Ucap cikgu itu dengan senyuman manis.

Miss Lynn mengangguk kecil sebelum mengangkat kaki dari situ. Irdina masuk bersama senyuman manis. Amelia tersengih sinis.

"Hai, my name is Tengku Irdina or Irdina." Ucap Irdina bersama senyuman. Matanya melihat sekeliling untuk mencari Amelia.

Amelia bersandar di kerusinya. Mahu sahaja mulut yang tersenyum itu dia stapler atau potong. Benci dia melihat senyuman tersebut.

"Hey, Irdina." Sapa Amelia sambil mengangkat tangannya sebagai sapaan Sengaja mahu menyapa musuhnya.

"Hey, Amelia." Balas Irdina bersama senyuman yang tidak boleh ditafsirkan.

"Wow, you guys already know each other? So, I guess I don't need to get to know every single student in this class because Amelia will help me. Right, Amelia?" Ucap cikgu itu bersama tawa.

"My pleasure, teacher." Balas Amelia lembut.

"Good. So, Irdina you can find a seat for yourself. I think my class ends here. I'm leaving." Ucap cikgu perempuan itu.

Irdina mengangguk dan berjalan mencari tempat. Manakala cikgu itu keluar bersama buku di tangan. Semasa berlalu di sebelah Faris, Irdina tidak lekang menatap Faris yang sedang tidur.

Irdina berjalan ke tempatnya tanpa mengalihkan pandangannya sehingga tidak perasan bahawa Amelia sedang menghadang kakinya.

Buk!

"Aduh.." Adu Irdina kuat membuatkan Faris terjaga daripada tidurnya. Dia memandnag lantai.

Semua murid tertawa mendengar itu. Amelia menghadap Irdina. Manakala Irdina bangkit sedikit demi sedikit walaupun masih merasakan senak di perutnya.

"Lain kali jangan tenung kekasih orang macam tu. Hm? Kau jangan fikir aku tak tahu motif kau sekolah dekat sini." Bisik Amelia di telinga Irdina.

Irdina menoleh melihat Amelia. Dia menatap Amelia tajam. Manakala Amelia mengukir senyuman dan kembali duduk.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now