Chapter 4

5.7K 241 5
                                    

'Perlu ke aku beritahu dia orang? Apa jadi kalau dia orang tahu? Kalau dia benci aku?' Monolog Amelia didalam hati. Dia menatap rakan-rakannya.

"Sebelum ni kau orang memang dari dulu kena buli dengan dia orang ke?" Tanya Amelia. Dia memasang wajah serius.

Pertanya Amelia membuatkan Anina dan Aqilah menoleh melihatnya hairan. Mereka diam seketika.

"Ya. Tapi, kami dah biasalah. Bukan dengan The Galaxy saja dengan The Hot Girls juga. Kan, Aqilah?" Anina menyenggol lengan Aqilah.

Aqilah sedikit tersentak sebelum bergumam kuat. Amelia menggeleng kepala kesal.

Amelia menarik lengan bajunya dan menunjuk tatu bunga ros dilengannya. Mereka menatap tatu itu hairan.

"Tatu apa ni?" Soal Aqilah. Aqilah memandang Amelia.

"Aku mafia. Ini tatu kumpulan aku." Soal Amelia. Dia menatap tajam ke arah tatu itu.

Kalau bukan kerana gadis yang disayangi, pasti tatu itu tidak ada lagi dilengannya. Tatu itu adalah tanda sebagai ahli Blackrose, ahli kumpulan mafianya.

Kerana Blackrose, satu nyawa melayang. Dia mahu membubarkan kumpulan tersebut dan menjalani hidup seperti manusia biasa diluar sana.

Tetapi, tidak boleh. Demi memenuhi permintaan lelaki itu, dia masih setia dengan kerjanya seperti membunuh.

SKIP

Kantin

"Woi nerd." Panggil Anis dari belakang.

Amelia mendongak kepalanya memandang si gerangan yang menyapanya. Wajahnya yang manis bertukar dingin.

"Woi, manusia! Panggil tu elok-eloklah sikit. Orang ada nama. Jangan jadi bodoh boleh tak?" Ucap Amelia. Dia menjeling The Hot Girls dihadapannya.

Alia dan Farah yang mendengar itu, membuatkan mereka sedikit marah apabila Nisa dikutuk begitu.

"Lantaklah dia nak panggil apa pun." Balas Alia. Alia menjengil matanya sambil memandang Amelia.

"Aku nak kau buat kerja sekolah kami esok aku tahu kau dah siap." Arah Anis. Dia melemparkan buku-buku latihan mereka diatas meja.

Amelia yang sedang makan, terhenti. Dia menatap buku-buku latihan tersebut dengan tatapan kosong.

'Amelia, sabar.. Kau baru sekolah dekat sini bukan dah nak buat hal kot? Sabar..' Monolog Amelia di dalam hati.

Pak!

Hentakkan tersebut membuatkan Amelia kembali ke dunia realitinya. Dia memandang Anis yang memandangnya.

"Kau dengar tak?!" Teriak Anis. Kepala Amelia ditunjal kasar.

"D-dengar." Balas Amelia. Tangannya digepal kuat. Bila-bila masa sahaja tangannya boleh melayang ke pipi gadis di hadapannya.

"Kalau tak siap jaga kau!" Ucap Farah kesal.

The hot girl pun berlalu pergi. Amelia, Anina dan Aqilah sempat menatap kepergian The Hot Girls.

SKIP

Markas

"Wah, besarnya.." Ucap Anina dan Aqilah terkejut. Mereka melihat sekeliling rumah tersebut dengan wajah yang begitu terkejut.

"Yalah, asalnya markas kami gudang. Tapi, ada serang gudang tu. Gudang tu dah rosak. Jadi, aku bercadang nak beli vila." Balas Amelia. Matanya tidak lekang melihat rakan-rakannya.

Kemudian, Amelia membawa rakan-rakannya masuk ke dalam vila. Kelihatan anak-anak buahnya sedang membuat kerja masing-masing.

Amelia mengenalkan rakan-rakannya kepada anak-anak buahnya. Mereka semua kelihatan selesa walaupun baru sahaja berkenalan.

Amelia membawa rakan-rakannya menuju ke bilik gim. Ingin memanaskan badannya.

SKIP

Tok
Tok

"Masuk!" Laung Amelia lantang. Dia sedang sibuk memanaskan badan dan tidak menghiraukan gerangan yang masuk.

"Ops, wrong timing." Ucap Eric. Dia bercadang hendak keluar dan hanya menunggu Amelia diluar.

Amelia menghalang Eric keluar. Eric tersenyum nipis dan menghadap ketuanya. Amelia mengelap peluhnya.

"Kenapa kau datang?" Tanya Amelia. Tangannya tidak berhenti mengelap keringat di lehernya.

Eric menundukkan kepala tanda menghormati ketua. Sambil itu, dia menjawab.

"Dia ada didalam bilik seksa." Balas Eric yang menunduk. Dia tidak akan mengangkat kepala selagi ketuanya tidak menyuruhnya untuk mengangkat kepala.

"Oh, aku hampir lupa. Sekejap lagi aku datang. Tolong sediakan apa-apa yang patut. Kau boleh keluar." Arah Amelia dingin.

"Baik, aku keluar dulu." Pamit Eric. Dia menutup pintu bilik gim perlahan.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now