Sekolah
Amelia memejamkan matanya saat dia menghenyakkan punggung. Dia menarik nafas berat. Seketika itu batuknya kembali menyerang.
"Uhuk! Uhuk!" Amelia menekup mulutnya. Dia menggeleng kepala saat cecair merah kembali mengotori tangannya.
"Tuhan.. tolong berikan aku satu saja peluang untuk meneruskan hidup. Aku mohon.." Lirihnya menahan tangis.
Daripada jauh, Faris merenungnya. Pelbagai soalan terlintas di fikirannya. Apa yang difikirkan oleh gadis itu. Ya, dia mendengari setiap perkataan yang diungkapkan oleh Amelia.
"Faris, apa yang kau tenung? Kau tenung Amelia, ya?" Soal Haziq mengejut sambil menepuk bahu kawannya perlahan.
Faris tersentak dengan sapaan mengejut daripada Haziq langsung menoleh. Dia hanya tersenyum nipis.
'Apa yang kau fikir, sayang?' Monolog Faris sambil menatap Amelia dalam.
Amelia mencelikkan matanya apabila tangannya berasa tersentuh dengan sesuatu. Kelihatan sekeping kertas tertampal di atas mejanya.
Amelia, tempat biasa. Aku ada benda nak tanyakan pada kau. Sekarang..
Dahi Amelia berkerut saat membaca sticky note tersebut. Tanpa basa-basi, dia langsung keluar kelas dan menuju ke bumbung sekolah.
SKIP
Bumbung Sekolah
Amelia yang sudah tiba di bumbung, melihat sekitar kerana tiada sesiapa pun di sana. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Dia menoleh. Kelihatan Faris sedang memandangnya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsirkan. Itu membuatkan dia bingung.
"Oh, awak ke yang nak jumpa saya?" Soal Amelia bersama sticky note yang dia dapati.
Faris menatap sticky note tersebut dan mengangguk kecil. Faris menghenyakkan punggungnya begitu juga Amelia.
"Kenapa awak nak jumpa saya? Boleh je awak jumpa saya dalam kelas." Soal Amelia lembut.
"Kau kenapa dalam kelas tadi? Kau pelik.." Soal Faris.
Amelia hanya tersenyum. Bukan senyuman manis, tetapi senyuman yang menunjukkan dia sakit. Faris menatapnya hairan.
"Mungkin. Saya cuma berdoa yang semoga saya tak pergi jauh dari muka bumi ni, itu je." Balas Amelia.
Dia menoleh melihat Faris dalam. Dahi Faris berkerut mendengar itu dan mengangkat alisnya.
"Where do you want to go?" Soal Faris.
Amelia mengangkat bahunya tidak tahu. Dia memaling wajahnya dan menghela nafas sebelum kembali menatap wajah Faris.
"Far.. Far away.." Balas Amelia dengan senyuman.
Dia tahu Faris faham apa yang dia ungkapkan kerana riak wajah Faris sudah berubah saat dia berkata begitu.
"Huh.." Keluh Faris perlahan. Dia memaling wajah. Wajahnya sudah memarah saat ini.
Keadaan menjadi hening. Mereka diam seketika sehinggalah Amelia mencapai tangan Faris yang besar sedikit darinya dna digenggam erat.
"Faris." Panggil Amelia. Amelia menatap tangan Faris yang membalas genggamannya.
Faris bergumam sebagai jawapan dan tidak memaling wajahnya melihatnya. Amelia menarik wajah Faris menghadapnya.
"Kalau saya ditakdirkan untuk tinggalkan awak.. Awak baik-baik je, kan?" Ucap Amelia.
Mereka sudah bercinta tanpa pengetahuan The Blackrose dan The Galaxy.
"Sudahlah. Mari kita balik kelas, ya?" Ucap Faris yang sudah bangkit. Bibirnya tersenyum nipis.
Baru beberapa langkah Faris melangkah, Amelia mencapai tangan Faris. Dia beluk selesai dengan Faris. Lelaki itu menoleh.
"Jawablah. Awak baik-baik je, kan?" Soal Amelia sekali lagi dengan lembut.
Keluhan kecil keluar daripada mulut Faris. Dia merenung Amelia lama sebelum mendakap gadis itu erat.
"Sudahlah, sayang. Kau baik-baik saja. Berhenti cakap pasal ni, hm?" Bisik Fariz lembut.
Amelia tersenyum manis dan mengangguk kecil. Dia membalas pelukan tersebut.
"Okey, okey.. I'll stop talking about this, Faris." Balas Amelia dengan nada yang mengalah.
SKIP
Sampai di kelas, Amelia dan Faris langsung duduk di tempat masing-masing. Amelia mengeluh kuat sehingga The Blackrose menoleh melihatnya.
"Hei, Amelia. Apa yang kau keluhkan?" Soal Anina.
"Nothing." Dalih Amelia sambil tersenyum dan menggeleng.
Sedang dia berbicara, dia melirik sekilas ke arah Faris yang bergelak-tawa dengan The Galaxy. Hatinya berasa tenang melihat tawa itu. Rasa sebersalahnya pada Faris sedikit berkurang.

YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...