Seminggu kemudian..
Mereka pergi kantin untuk mengisi makanan, tetapi tidak untuk Amelia kerana hatinya tidak henti berasa tidak sedap.
"Amelia, tak makan ke?" Soal Fariz selepas meneguk airnya.
Amelia tersenyum dan menggeleng. Dahi Fariz berkerut mendengar itu. Amia menghela nafasnya.
"Kau kenapa ni? Tak senang duduk je aku tengok?" Soal Eric pula.
Baru Amelia ingin membalas, telefonnya berdering. Amelia mendesah kuat dan mengambil telefonnya.
"Oh, aunty? Ya, kenapa telefon Amelia?" Soal Amelia semanis yang mungkin.
"Maaf ya, Amelia sebab menganggu. Tapi, boleh datang hospital?" Ucap Tengku Dania dengan nada yang lembut.
"Oh, kenapa ni aunty?" Soal Amelia hairan.
"Erm.. Sebenarnya, Faris kemalangan." Balas Tengku Dania. Dia mengeluh perlahan.
"Okey. Amelia on the way." Ucap Amelia. Dia memutuskan panggilannya. The Blackrose dipandang.
"Kenapa ni? Kelam-kabut je?" Soal Ikmal yang masih dengan makannya.
"Faris kemalangan. Dia dekat hospital sekarang ni. Kalau kau orang nak stay, terserah. Aku nak pergi hospital." Balas Amelia kelam-kabut.
SKIP
Hospital
"How? Faris okey je, kan?" Soal Amelia apabila bayang Crystal kelihatan.
Crystal membuka pelitup mulutnya dan menatap The Blackrose dan Tengku Dania di hadapannya. Amelia menatapnya tidak lekang.
"Kami dah keluarkan kaca-kaca yang berada di anggota pesakit. Pesakit mengalami hentakan yang kuat, tapi jangan risau. Pesakit tak apa-apa dan pesakit sudah pun melepasi kritikal." Ucap Crystal bersama senyuman.
Mereka semua menarik nafas lega. Amelia menghela nafasnya mendengar itu. Hampir tercabut jantingnya mendengar Faris kritikal.
"Crystal, kau tolong masukkan Faris dalam wad sendirian, ya?" Ucap Amelia.
"Baik." Balas Crystal sebelum melangkah pergi.
SKIP
"Marilah masuk tengok Faris sekali." Ucap Tengku Dania kepada The Balckrose dan The Galaxy.
"Kau orang masuklah. Saya tunggu dekat luar. Nanti lepas kau orang masuk, baru Amelia masuk." Ucap Amelia dengan senyuman.
Mereka mengangguk kecil sebelum menolak pintu wad Faris. Amelia melabuhkan punggungnya di kerusi hospital. Lalu dia menatap syiling.
Dia tahu punca mengapa Faris kemalangan. Kemalangan tersebut bukanlah kejadian yang di takdirkan, tetapi dirancang.
'Siapa yang langgar awak ni? Jangan risau.. Saya akan cari dia sampai lubang cacing. Itu janji saya pada awak, sayang.' Gumam Amelia.
Krek~
Bunyi pintu dikuak membuatkan Amelia tersedar dari lamungannya. Dia melihat ke arah pintu. Kelihatan Tengku Dania dan yang lain keluar bersama senyuman.
"Eh, awalnya?" Soal Amelia hairan. Matanya menatap mereka satu persatu.
"Masuklah. Faris tanya aunty pasal kamu tadi. Katanya rindu tu." Goda Tengku Dania.
Amelia tertawa mendengar itu. Tengku Dania dan yang lain turut tersenyum melihat itu. Tiba-tiba Tengku Dania memeluknya erat. Pelukan tersebut membuatkan Amelia tersentak.
"Terima kasih sebab buat anak aunty berubah. Terima kasih sangat." Bisik Tengku Dania.
Amelia hanya bergumam kecil dan mengangguk. Tengku Dania meleraikan pelukan tersebut dan menghadiahi senyuman ke arahnya.
"Okeylah, aunty turun dulu. Aunty nak kena jumpa suami aunty. Amelia masuklah." Ucap Tengku Dania.
Amelia mengangguk. Mereka semua merenung kepergian Tengku Dania. Amelia meminta dirinya untuk masuk ke dalam.
![](https://img.wattpad.com/cover/187528702-288-k887701.jpg)
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...