Anis menepuk belakang badan Amelia dengan kuat. Amelia langsung terbatuk sehingga mengeluarkan darah.
"Amelia, darah!" Teriak Anina dan Aqilah terkejut.
Mata Darwish dan The Blackrose yang baru sahaja tiba di situ, terbuntang. Semua menoleh melihat Anis.
Anis juga turut terkejut kerana dia tidak menyangkakan bahawa Amelia akan menjadi seperti itu.
Fariz mendekati Amelia dan merangkul bahu Amelia. Amelia mendongak melihat Fariz.
"Kau okey?" Soal Fariz prihatin. Matanya turun pada baju Amelia yang terkena darah.
Amelia mengangguk. Fariz menghela nafas dan menatap tajam ke arah Anis yang terkejut.
"Kalau dah syaitan memang tak akan berubah. Patutlah kawan-kawan kau lari daripada kawan dengan kau. Kurang ajar!" Bidas Eric menahan marah.
Mata Anis terbeliak mendengar itu. Amelia melepaskan rangkulan di bahunya dan menapak ke arah Anis.
"Buatlah apa yang kau nak buat. Aku dah tak kisah." Ucap Amelia mengalah.
Dia sudah penat asyik dibuli oleh Anis. Lagipun dia sudah tidak lama lagi di dunia ini. Amelia memejamkan matanya.
The Blackrose terkejut mendengar itu. Anis tertawa sinis sebelum tangannya naik ingin menampar Amelia.
Apabila dia ingin menampar Amelia, tangannya digenggam kuat oleh Fariz. Anis berteriak saat tangannya digenggam semakin kuat.
"Jangan kau cuba nak naikkan tangan kotor kau pada Amelia tanpa izin aku. Kau tak layak dan diharamkan sekali sentuh dia. Kau faham tak?!" Teriak Fariz lalu melepaskan tangan Anis kasar.
Aqilah juga turut terkejut dengan ucapan Amelia. Selepas lama dia mendiamkan diri, Aqilah menapak ke arah Anis.
"Kau jangan berani-berani nak sentuh Amelia! Aku dah lama perhatikan saja kau. You should be careful before I break your hand!" Ucap Aqilah. Dia mendorong Anis kasar.
SKIP
Amelia mengelap mulutnya yang basah. Dia memanglah keluar dari tandas. The Blackrose memandangnya.
"Kau okeykan, Amelia?" Soal Iskandar. Dia membelek badan Amelia.
Amelia mengeleng dan mendorong Iskandar sedikit jauh daripadanya. Dia baik-baik saja. Iskandar menggeleng kepala.
"Kau ada simpa sesuatu daripada kami ke? Kau nampak pelik, sayang." Ucap Fariz khawatir.
Dia tidak mempercayai gadis itu. Mulutnya sahaja mengatakan bahawa dia baik-baik saja, tetapi tidak pada fizikalnya.
"Tak adalah. Apa kau orang cakap ni? Sudahlah. Mari kita ke kelas." Ucap Amelia meninggalkan The Blackrose.
Baru beberapa langkah mereka melangkah, langkah mereka berhenti saat suara Faris menyapa mereka.
"Amelia." Panggil Faris sambil menatap lekang ke arah Amelia.
"Ya, saya?" Balas Amelia.
"Sini sekejap." Arah Faris. Dahi Amelia berkerut.
Amelia menoleh ke arah The Blackrose menyuruh mereka mendahuluinya. The Blackrose mengangguk dan mengangkat kaki.
SKIP
Rooftop
Faris menarik Amelia sehingga ke bumbung sekolah. Amelia meleraikan pengangan di tangannya.
"Kenapa ni? Awak boleh je cakap dekat kelas. Kenapa kena cakap dekat rooftop?" Soal Amelia sambil melihat sekeliling.
Faris mendudukkan Amelia dibangku. Amelia tersentak. Faris menghenyakkan punggung disebelah Amelia.
"Tak boleh. Apa yang aku nak cakap cakap ni sangat penting." Ucap Faris serius.
Amelia mengangguk kecil. Dia menunggu Faris untuk berkata. Faris mengemam bibir.
"Kau kenapa benci sangat dengan Cikgu Amin?" Soal Faris serius.
Amelia terbeliak memdengar itu. Masa seolah-olah terhenti. Dia memandang Faris tajam.
"Tak, saya tak benci dia. Kalau saya benci dia pun, tak ada kena mengena dengan awak, Faris."
Amelia mengangkat punggung dan ingin pergi. Langkahnya terhenti apabila Faris menyambung ucapannya.
"Okey, aku faham. Tapi, beri aku jawapan kenapa kau tolak cinta aku. Terangkan dengan jelas." Teriak Fariz.
"Saya pembawa sial. Sesiapa saja yang rapat dengan saya, akan mati. Dan.. Kalau saya teriam cinta awak, awak bakal terluka. Maaf.." Ucap Amelia sambil menahan tangisan
SKIP
Kelas
Sampai dikelas Amelia menghenyakkan punggung di atas kerusinya. Dia tidak boleh berfikir dengan waras setelah kejadian tadi.
"Dia ada buat apa-apa kau?" Soal Darwish. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Amelia.
Amelia tersentak dengan sapaan Darwish. Amelia menghela nafasnya kasar sambil mengurut dadanya.
"Yah, kau ni bagilah dia ni rehat sekejap. Dia baru duduk kot!" Ucap Aqilah sambil menatap tajam Darwish.
Darwish hanya menggumam sebagai jawapan. Dia bersandar dan bersilang tangan.
"Dia tak buat apa-apa pun cuma tanya beberapa soalan yang tak penting. Itu saja." Balas Amelia.
The Blackrose tanpa banyak soalan hanya mengangguk walaupun mereka ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan.
![](https://img.wattpad.com/cover/187528702-288-k887701.jpg)
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...