Chapter 23

2.9K 160 2
                                    

"Siapa agaknya yang tulis surat tu? Apa motif dia ugut aku?" Gumam Amelia perlahan.

Amelia terus membuka laci dan mengambil kertas tersebut. Lalu dia duduk di meja belajarnya dan menghidupkan komputernya.

Lama mencari, Amelia tersenyum sinis. Akhirnya, dia dapat mengetahui siapakah gerangan yang telah mengancamnya sehingga dia bimbang seperti ini.

"Ah.. Kau nak main dengan aku ke sekarang ni? Tak apa, aku akan tengok permainan kau bertahan sampai mana." Gumam Amelia sinis.

Dia tertawa sinis dan Amelia dikejutkan dengan deringan daripada telefonnya. Wajahnya berubah datar.

Dengan kasar, Amelia mencapai telefonnya dan melihat skrin telefonnya ingin melihat gerangan yang menelefonnya.

Namun, nombor yang tidak dikenali olehnya. Tanpa memikir panjang, Amelia terpaksa menjawab panggilan tersebut.

"Hai, queen." Ucap lelaki itu santai. Kedengaran tawa menggila daripadanya.

"Kau siapa?! Daripada mana kau dapat nombor telefon aku, huh?! Soal Amelia kesal.

Kedengaran tawa lelaki itu semakin menjadi-jadi. Amelia menjauhkan telefon dari telinganya. Sakit telinga mendengar tawa tersebut.

"Aku? Sesiapa je. Daripada mana aku dapat nombor kau, itu tak oenting. Sekarnag aku nak kau datang ke kilang terbiar. Kalau kau tak nak orang yang kau sayang mati sebab dibunuh oleh akulah. Hahaha.." Ugutnya.

Mulut Amelia terbungkam mendengar itu. Hampir sahaja telefonnya terlucut jatuh.

"Hel-" Ucapnya terpotong kerana panggilan tersebut telah diputuskan.

"Sial! Melebih-lebih lelaki ni!" Teriaknya. Amelia melangkah ke arah almarinya untuk mengambil hoodie.

"Ah.. Sa-sakitnya." Adunya. Kepalanya berdenyut-denyut.

Denyutan tersebut membuatkan Amelia terduduk di tepi katil. Amelia terbatuk kuat sehingga darah tersembur mengenai bajunya.

"Wah, parah.." Gumam Amelia. Dia melihat bajunya yang berlumuran darah.

Amelia mengambil ubatnya dan terus memasukkan ke dalam mulut. Kemudian, dia menuangkan air ke dala. cawan lalu diminum rakus air tersebut.

SKIP

Taman

Amelia bercadang untuk ke taman mahu bersenam. Mungkin dengan bersenam dapat mengurangkan rasa tidak sedap pada badannya.

Saat dia sedang berjoging, tubuhnya dilanggar kuat oleh seorang gadis. Amelia tersentak sebelum melihat gadis tersebut.

"Hey, jalan tu tengoklah depan bukanain langgar je!" Tegurnya dengan teriak.

Amelia membelalak mata mendengar itu. Bukan salahnya kerana telah melanggar gadis tersebut.

Bukankah dia yang patut memarahi gadis itu? Tetapi, mengapa gadis yang melanggarnya pula memarahinya?

"Yah, kenapa cik nak salahkan saya? Cik yang jalan tak tengok depan. Lain kali bila berjalan, jangan main telefon. Tengoklah depan sikit." Tegur Amelia.

Amelia menggeleng kepalanya dan kembali berjoging. Dia meninggalkan gadis tersebut yang masih kesal.

Beberapa jam kemudian..

Selepas penat berjoging, Amelia terus melangkah ke arah keretanya yang tidak jauh darinya. Kunci kereta dibuka.

Dia memandu keretanya keluar daripada tempat letak kereta. Sedang dia memandu, pandangannya terarah pada sebuah kereta putih di belakang.

'Kau ikut aku ya? Kau sabar sekejap.' Monolog Amelia masih menatap kereta di belakangnya.

Buk!

Belakang keretanya dilanggar oleh kereta tersebut. Matanya terbeliak. Amelia melihat lampu isyarat yang bakal bertukar merah. Dia langsung menekan minyak keretanya dan meninggalkan kereta putih itu.

Iskandar mengetuk sterengnya kesal apabila lampu sudah bertukar merah saat dia ingin memecut laju. Dia lantas mencapai telefonnya. Nombor telefon seseorang didail.

"Helo." Ucapnya kuat. Matanya galak mencari bayangan kereta Amelia.

"Hm, asal? Kau dah buat apa yang aku suruh kau buat?" Ucap gadis itu datar.

"Aku dah cuba kejar dia. Tapi, dia macam perasan aku dan dia terus pecut laju. Jadi, aku tak sempat nak langgar dia." Balas Iskandar.

Kedengaran panggilan tersebut diputuskan oleh gadis tersebut. Iskandar mendengus kuat. Telefonnya dilempar ke tempat penumpang di sebelahnya.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now