Chapter 15

4K 184 1
                                        

Amelia mencabut cermin matanya dan dipijak sambil memandang semua orang di hadapannya.

The Blackrose melihat cermin mata yang dipijak oleh Amelia. Wajah mereka berubah terkejut.

"Apa kau cakap tadi? Nak bunuh aku ya? Sebelum kau bunuh aku, biar aku yang bunuh kau dulu.." Sinis Amelia.

Amelia berpusing sebelum kakinya diangkat untuk menyepak kepala Anis. Tetapi, sepakan tersebut dapat dielak kerana Fariz menarik Anis.

Anis terkejut. Amelia menoleh melihat Fariz. Dia tidak percaya lelaki itu menyelamatkan Anis.

"Dark Queen, cukuplah kau kawal Amelia. Sudahlah.." Arah Fariz.

Amelia mengangkat alisnya. Fariz melepaskan pegangannya dan menapak ke arah Amelia.

"Sudah, hentikan. Amelia doesn't deserved this." Sambung Fariz. Dia memegang bahu Amelia.

Amelia menoleh ke arah tangan Fariz yang memegang bahunya. Dia menepis tangan lelaki itu.

"Amelia fucking doesn't deserve to be treated like this, Fariz! Aku takkan biarkan dia buli Amelia. Kau faham tak?!" Teriak Amelia.

Amelia mendekati Anis dengan tatapan yang brgitu tajam. Anis semakin berundur apabila Amelia mendekatinya.

"Kenapa? Kau takut? Tahu pula kau takut. Masa kau buli dia kau tak takut pula!" Teriak Amelia lantang.

Amelia mendorong seperti mana dia didorong oleh Anis. Anis terhentak di dinding. Amelia mengurung Anis di dinding.

Buk!

Anis memejam matanya apabila Amelia menumbuk dinding tepat ditepi telinganya. Deruan nafas Amelia dapat dirasai di wajahnya.

"Aku bunuh ka-" Ucapan Amelia terpotong.

Tak!

Fariz menetak Amelia sehingga Amelia pengsan. Tubuh Amelia disambut olehnya Fariz. Anis mencelikkan matanya.

Tok
Tok
Tok

"Apa yang jadi? Kenapa kelas berselah-sepah ni?" Tanya Guru Besar datar. Semua menoleh melihat Guru Besar.

"Ta-tak ada apa, cikgu. Ada sambut hari jadi itulah bersepah sikit. Tak apa, cikgu. Na-nanti kami panggil makcik cleaner cuci." Balas Eric kekok.

Guru Besar melihat lantai yang dipenuhi telur mentah yang telah pecah. Dia melihat mereka semua dan menggeleng.

"Hm, baiklah. Saya nak kelas ni bersih sebelum cikgu awak semua masuk!" Arah Guru Besar lalu pergi.

Fariz mengangkat tubuh Amelia yang longlai. Belum sempat dia ingin melangkah keluar, dia kembali menghadap Anis.

"Ini semua punca kau! Kalau bukan kau cari pasal dengan dia, semua ni takkan jadi." Ucap Fariz.

The Blackrose menatap The Hot Girls tajam sebelum mengikuti langkah Fariz dari belakang.

SKIP

Markas

Amelia mencelikkan matanya apabila terasa sakit di seluruh badannya. Fariz bangkit dari duduknya dan mendekati Amelia.

"Kau okey?" Soal Fariz prihatin. Dia mengelus rambut Amelia lembut.

"O-okey. Apa yang aku buat dekat sini? Mata cermin mata aku?" Soal Amelia hairan.

"Cermin mata kau pijak. Jadi, aku beli baru tadi. Nah." Ucap Ikmal. Dia menghulurkan beg kertas ke arah Amelia.

Amelia bangun dan bersandar dikepala katil dengan bantuan Fariz. Dia menatap beg kerta itu sebelum mencapai.

"Thank you. Tapi, apa jadi tadi? Badan aku sakit sangat sekarang ni." Soal Amelia hairan.

"Nothing happened. Tak payahlah kau ingat. Nanti makin kau fikir, makin sakit pula." Ucap Anina.

SKIP

"Kau serius nak buat?" Ucap Darwish gementar.

Amelia menoleh melihat Darwish. Dia menggumam kuat. Dia mengetuk pintu vila kuat.

Tok
Tok
Tok

Krek~

Mikael membuka pintu dengan wajah yang biasa ditampilkan, tetapi wajahnya berubah saat pandangannya terarah pada Darwish di belakangnya.

"Kenapa dia boleh ada dengan kau?" Ucap Mikael dingin. Dia menatap Amelia dan Darwish tajam.

"Saja. Tak nak bagi kami masuk ke?" Soal Amelia sambil mendongak.

"Hm, masuklah." Pelawa Mikael.

Selepas mereka masuk, mereka duduk disofa. Kelihatan ramai yang sedang berkumpul kerana diarahkan oleh Amelia.

"Mulai hari ni Darwish akan jadi kawan kita. Aku tak nak kau orang cakap apa-apa pun." Ucap Amelia.

"Wait, what?! Kau lupa apa yang dia buat dekat kau ke?" Soal Aiman lantang.

Amelia menatap mereka semua tajam. Aiman menghela nafas dan menghenyakkan punggungnya.

"Okey, fine!" Ucap Aiman. Amelia mengangguk.

"A-aku minta maaf sebab sebelum ni. Aku harap kau orang maafkan aku." Ucap Darwish sebersalah.

The Blackrose hanya menggumam. Manakala Anina dan Amelia tersenyum manis.

C | My Luv Is MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang