"Sudahlah. Malas aku tunggu kau, lambat. Mari aku tolong kau ke bilik kesihatan." Ucap Amelia.
Amelia yang ingin merangkul pinggang Darwish, terhenti kerana Darwish menjauhinya. Amelia menjadi hairan.
"Kau kenapa?" Soal Darwish. Sakit dikakinya dihiraukan.
"Tu, luka dekat kaki dengan muka kau tu. Aku tak nak luka dekat kaki kau masuk kuman. Bahaya!" Balas Amelia dengan nada yang marah.
Amelia merangkul pinggang Darwish dan dipimpin ke arah bilik kesihatan.
SKIP
Amelia mendudukkan Darwish dikatil. Lalu dia mengambil kotak kecemasan untuk mengubati luka-luka di aggota badan Darwish.
Amelia meletakkan kotak kecemasan tersebut di atas katil. Dia menghenyakkan punggung di sebelah Darwish.
Tanpa sebarang kata, Amelia mengubati luka di kaki Darwish. Dengan berhati-hati dia merawat.
Tanpa Amelia sedari, Darwish merenung wajahnya. Amelia yang sudah siap mengubati luka di kaki Darwish, mengangkat kepalanya.
"Yah, apa yang kau tenungkan?" Soal Amelia kepada Darwish yang tidak berkedip mata melihatnya.
Darwish seolah-olah tersedar daripada merenung Amelia. Dia mengangkat alisnya ke arah Amelia.
"Kau tenung apa sampai tak berkedip mata?" Soal Amelia lagi.
"Ta-tak ada apa. Aku cuma tengok kau, itu je." Balas Darwish. Dia menatap lama mata Amelia.
Amelia hanya menggumam sebelum dia bangkit ingin meletakkan kembali kotak kecemasan di tempat asal.
Darwish menatap Amelia. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang saat mereka saling bertatapan.
"Jantung, kau boleh duduk diam tak?! Jangan buat hal, ya!" Gumam Darwish sambil memegang jantungnya.
Amelia yang sudah meletakkan kotak kecemasan tersebut, terhenti. Dia melihat Darwish yang sedikit pelik.
"Kau dah kenapa? Dah nak mati ke pegang-pegang jantung tu? Kau kena heart attack ke?" Soal Amelia selamba.
"Oh, ta-tak. Sudahlah, a-aku nak balik." Pamit Darwish dan hendak keluar daripada situ.
Amelia mencapai lengan Darwish. Langkah Darwish terhenti apabila tangannya dicapai oleh Amelia. Dia menoleh.
"Aku hantar kau balik." Ucap Amelia.
"Ta-tak payahlah. Aku boleh pandu sendiri balik rumah. Aku tak nak susahkan kau." Ucap Darwish kekok.
"Aku tak nak pun dengar jawapan kau. Aku nak hantar kau je. Tak suruh kau jawab. Sekarang, kau ikut aku. Kau tu sakit, buat perangai." Bidas Amelia.
Amelia menariknya keluar daripada bilik kesihatan. Darwish tersentak apabila dia ditarik secara tiba-tiba.
SKIP
"Terima kasih sebab susahkan kau, Amelia." Ucap Darwish selepas keluar daripada kereta.
Amelia di dalam kereta hanya mengangguk kecil. Dia melihat sekitar rumah tersebut.
"Maaf ya, kalau aku macam menyusahkan kau." Sambung Darwish sebersalah.
"Hahaha.. Not really. Kalau ada apa-apa telefon aku. Aku pergi dulu?" Ucap Amelia.
"All right. Hati-hati." Pesan Darwin.
Darwish menatap kereta Amelia yang semakin menghilang dari pandangannya. Selepas kereta Amelia hilang, Darwish menapak masuk ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romantizm﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...