Tok
Tok
Tok
Amelia membuka pintunya dan mengangkat alisnya ke arah Anina yang berada di hadapannya. Tekaknya terasa sakit dan menyukarkan dia untuk bercakap.
"Kami nak pergi sekolah dah ni. Kau pergi sekolah ke?" Soal Anina.
"Tak. Aku nak kena pergi hospital. Nak jumpa Crystal." Balas Amelia.
Dahi Anina berkerut mendengar itu. Setahunya dia tidak mempunyai rakan yang Crystal.
"Oh, kawan kau ya? Kalau macam kami pergi dulu. Kau hati-hati dekat rumah." Pamit Anina.
Amelia mengangguk kecil dan menatap Anina yang berlalu pergi. Selepas kereta yang dinaiki Anina dan Aqilah hilang Amelia langsung turun ke bawah.
SKIP
Hospital
Amelia meletakkan keretanya ditempat letak kereta. Dia mematikan enjin keretanya dan keluar menuju masuk ke dalam hospital.
Amelia melihat sekeliling mencari bayang Crystal, tetapi tidak kelihatan. Dia berjalan ke arah Sara yang menjaga kuanter pertanyaan.
Amelia terus membuka masknya dan memakai kembali dengan laju.Sara terkejut dia cepat cepat meminta maaf.
"Oh, Cik Amelia? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Sara lembut.
Siapa saja yang tidak kenal Amelia di hospital ini. Jika bukan kerana Amelia pasti hospital yang dia bekerja pasti sudah bangkrut.
"Doktor Crystal mana, ya? Bayang dia pun saya tak nampak." Balas Amelia sambil melihat sekeliling.
"Oh, Doktor Crystal dalam bilik kerja dia." Balas Sara lalu tersenyum manis.
Amelia membalas senyuman tersebut dan berterima kasih pada Sara. Dia melangkah masuk kedalam lif.
Sampai sahaja ditingkat dua, Amelia keluar daripada lif dan berlari kecil ke bilik kerja Crystal. Dia mengetuk muka hadapan pintu bilik kerja Crystal.
"Come in!" Ucap Crystal yang sedang melunaskan kerjanya.
Apabila Amelia masuk, matanya terbuntang melihat meja Crystal yang terdapat banyak kertas-kertas.
"Maaf mengganggu kau. Kalau kau sibuk, aku keluar dululah." Pamit Amelia yang telah memegang tombol pintu.
Baru Amelia ingin keluar, Crystal mengangkat kepala dan memanggilnya. Dia menoleh.
"Duduklah. Kau tak kacau aku pun. Sambil aku siapkan kerja-kerja aku ni, kita boleh berbual." Balas Crystal perlahan.
Amelia mengangguk perlahan dan menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung di kerusi.
"Kenapa kau datang ni? Kita tak ada temu janji pun." Balas Crystal hairan.
"Ya, betullah tu. Sebenarnya, aku nak ambil ubat. Ubat aku dah habis. Kalau boleh aku nak periksa sekali sakit aku." Balas Amelia
Dahi Crystal berkerut mendengar itu. Dia mengangkat kepalanya dan berhenti daripada menulis.
"I see." Balas Crystal.
SKIP
Crystal masuk kedalam bilik kerjanya sambil membawa sepucuk surat iaitu surat ujian sampil darah Amelia.
Amelia menatap Crystal dengan ekoran matanya. Crystal menongkat dagunya sambil melihat dalam ke arah Amelia.
"Okay, i don't know how to explain this. Tapi, aku nasihatkan aku supaya tak terkejut dengan hasil yang aku dapat." Ucap Crystal berhati-hati
Amelia tersenyum lalu salivanya diteguk perit. Tiba-tiba sahaja dia berasa tidak sedap hati selepas Crysta berkata begitu.
"Kanser kau makin memburuk, Amelia. Peluang kau untuk hidup sangat tipis." Sambung Crystal.
Crystal menghela nafas berat. Amelia tertunduk mendengar itu. Adakah dia akan mati? Tipis sangatkah peluangnya untuk hidup?
"Nah, ambillah ubat kau." Ucap Crystal sambil menghulurkan ubat-ubatan pada Amelia.
Amelia mencapai ubat-ubatan tersebut dan tersenyum nipis. Dia bangkit. Crystal turut berdiri.
"Maaf. Aku tak boleh buat apa-apa selain daripada nasihatkan kau buat pembedahan." Ucap Crystal.
Amelia tersenyum mania sebelum melangkah keluar daripada bilik tersebut. Crystal tersenyum nipis.
SKIP
Amelia menghentikan keretanya ditepi jalan. Enjin dibiarkan hidup. Dia menempelkan dahinya distereng kereta.
"Aku akan mati ke?" Gumamnya perlahan.
Dia memejamkan matanya kerana kebelakangan ini dia tidak dapat tidur yang mencukupi.
Setitis air matanya turun membasahi pipi. Dia menangis teresak-esak. Amelia mengangkat kepala dan berteriak kuat.
Namun, tidak siapa yang mendengar teriakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | My Luv Is MAFIA
Romansa﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...
