The Galaxy melihat ketua mereka yang sedang berpakaian kemas. Haziq dan Airiel saling berpandangannya.
"Faris, kau nak pergi mana?" Soal Airiel hairan.
"Keluar dengan Irdina. Asal?" Soal Faris dingin. Dia tidak menoleh melihat The Galaxy.
"Oh, aku fikir keluar dengan Amelia.." Balas Airiel perlahan. Faris yang memegang kunci, menggenggam kunci keretanya kuat.
Bam!
Pintu rumah dihempas kuat oleh Faris. Keluhan kecil keluar daripada mulut Haziq. Dia menguak rambutnya kesal.
"Semuanya sebab perempuan tak guna tu! Faris dah lain! Kalau bukan sebab dia, Faris dengan Amelia akan kekal bercinta!" Kesal Haziq.
Airiel hanya mengiyakan dengan anggukkan. Dia sedih kerana persahabatan mereka musnah begitu saja kerana orang ketiga.
SKIP
Pusat Beli-belah
Amelia menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan. The Blackrose langsung keluar. Amelia berkerut dahi.
"Kenapa kau orang beria sangat nak ajak aku ni? Kau orang boleh je pergi sendiri." Soal Amelia hairan.
"Saja. Nak ceriakan kau. Kami bosan kalau kau asyik duduk dalam bilik." Balas Ikmal.
Amelia tersenyum mendengar itu. Dia tahu rakan-rakannya mempunyai niat baik, tetapi bukan begini caranya.
The Blackrose menarik tangannya masuk ke dalam pusat beli-belah. Mereka mengajaknya untuk menonton wayang, membeli pakaian dan pelbagai.
Sedang mereka berjalan bersama beg-beg kertas di tangan, langkah Amelia terhenti apabila dia melihat sesuatu di hadalan matanya.
Amelia menunduk wajahnya. Matanya sudah bergenang. Hatinya sakit melihat itu. The Blackrose saling berpandangan.
"Kau kenapa ni?" Soal Eric hairan.
"Ta-tak ada apa. Kau orang cakap nak pergi mana? Nanti sajalah. Aku dah lenat. Kita balik ya?" Dalih Amelia.
Bukan dia mahu mengatakan dia ternampak Faris dan Irdina yang sedang berpegangan tangan? Dia tidak mahu The Blackrose memarahi Faris.
"O-okey." Ucap The Blackrose yang masih hairan.
SKIP
Sejak balik dari pusat beli-belah, Amelia mengurung dirinya. Apabila The Blackrose mengajak makan, dia hanya diam. The Blackrose buntu mahu membuat apa.
"Aku yakin yang Amelia nampak sesuatu, tapi sengaja tak nak beritahu kita." Ucap Aqilah.
"Ya, aku pun rasa macam tu. Mungkin dia ada sebab. Kita tak perlu masuk campur." Balas Darwish.
SKIP
Amelia dan The Blackrose duduk tempat mereka. Tidak lama kemudian, Kamil datang bersama senyuman lebarnya. Amelia memaling wajahnya.
"Hai, Amelia. Kau tahu tak yang aku rindu kau?" Ucap Kamil ke arah Amelia.
"Kamil, berhentilah kacau Amelia. Kau tahu tak dia penat dengan kau yang asyik kacau dia?!" Ucap Fariz yang menahan marah.
"Oh, really? Sorry, Amelia. Aku tak tahu." Ucap Kamil dengan riam yang terkejut. Aqilah kenjaling Kamil tajam.
"Then? Tak reti-reti nak berambus ke?! Orang tak nak, tak payah nak terkejar-kejar macam anjing! Kau berambus!" Kesal Aqilah. Dia sudah lama mahu memarahi lelaki itu.
"Ka- Tak apa, Amelia. Aku takkan biarkan sesiapa rampas kau daripada aku! You're mine, not someone else!" Ucap Kamil sebelum melangkah.
Amelia menghela nafas beratnya. Eric menjengil matanya ke arah Kamil. Manakala, The Blackrose menghantar kepergian Kamil dengan ekoran mata.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...