Chapter 18

3.4K 175 0
                                    

Selepas habis The Galaxy makan, Faris terus mengajak Haziq dan Airiel ke biliknya. Pintu ditutup perlahan dan dikunci.

Airiel dan Haziq berkerut dahi apabila melihat tingkah laku Faris yang seperti pelik. Mereka menatap Faris.

"Kenapa kau kunci pintu, Faris? Ada apa-apa tak kena ke?" Soal Haziq.

Faris menghadap Haziq dan Airiel lalu menggeleng laju. Dia tidak mahu sesiapa masuk termasuklah keluarganya.

"Aku nak kau orang buat sesuatu. Penting!" Gesa Faris. Dia menatap cemas rakan-rakannya.

Airiel dan Haziq saling bertatapan sebelum kembali mengelih pandangan ke arah Faris. Wajah Faris yang begitu cemas merisaukan mereka.

"Hey, chill bro. What's wrong, dude? Ka-kami tak faham ni." Ucap Airiel.

"Aku nak kau orang cari maklumat tentang Amelia dan termasuklah kawan-kawan Amelia, semua!" Arah Faris

Airiel dan Haziq mengangguk kecil. Baru mereka tahu mengapa lelaki itu begitu cemas.

Selepas beberapa minit mencari maklumat, akhirnya mereka berdua dapat mencari maklumat yang Faris inginkan.

Haziq menatap skrin komputernya pelik. Ada sesuatu yang tidak lengkap pada rekod pelajar tersebut.

"Wei, Faris. Sini sekejap. Aku ada rasa sesuatu yang tak beres. Tapi, aku tak tahu apa." Panggil Haziq.

Faris menoleh sebelum kakinya menapak ke arah Haziq. Faris menunduk melihat skrin komputer.

"Kenapa?" Soal Faris datar. Dia menoleh melihat Haziq.

Entah mengapa lelaki itu sangat serius tentang hal-hal sebegini. Tetapi, dia tidak hairan kerana Haziq seorang yang sangat peka tentang teknologi.

"Aku tak tahu apa yang pelik dengan rekod dia orang. Tapi, firasat aku mengatakan bahawa rekod diri dia orang palsu." Ucap Haziq.

Haziq bersandar di kerusinya dan bersilang tangan. Andai firasatnya betul, tidak dapat dinafikan lagi bahawa dirinya bijak.

SKIP

Amelia dan yang lain masuk. Anina dan Aqilah terus ke bilik. Mahu mandi katanya. Tetapi, Amelia tidak Dia terus menuju ke dapur. Apabila bau masakan menyengat masuk ke hidungnya.

"Wah, sedapnya.. Mama masak apa ni?" Soal Amelia. Dia meletakkan beg-beg kertas di atas meja.

Tengku Aisyah menoleh melihat Amelia. Dia tersenyum. Manakala, Amelia menghenyakkan punggung di kerusi sambil menatap mamanya.

"Masak biasa-biasa saja. Pergilah naik. Bau badan Lia tahu tak?" Perli Tengku Aisyah. Dia mengepit hidung.

Amelia mencebik sambil memandang Tengku Aisyah. Dia dan Tengku Aisyah bertatapan lama sebelum tawanya kedengaran.

"Okay, fine. You are the winner, ma." Ucap Amelia nada mengalah.

"okey, pergi mandi ya? Busuk!" Ucap Tengku Aisyah memerli anaknya sekali lagi.

Tengku Aisyah mendorongnya ke arah tangga. Amelia tersentak dan menoleh. Lalu dia mencebik.

"Ala.. Sebusuk-busuk Lia, kau orang tetap sayan, kan? Mana tahu satu hari nanti busuk ni dah tak ada lagi." Ucap Amelia sambil mendaki tangga.

Tengku Aisyah menoleh melihat anak perempuannya hairan. Amelia sangat pelik sejak balik daripada membeli-belah.

Amelia memandang Tengku Aisyah dengan sisa tawanya sebelum kakinya berlari mendaki tangga laju.

Tengku Aisyah mengalihkan pandangannya dan memegang jantungnya yang berdegup laju.

"Kenapa aku rasa takut? Tak sedap hati? Ya tuhan.. Harap tak jadi apa-apa pada Lia." Gumam Tengku Aisyah.

Dia kembali melangkah ke arah dapur dan menghiraukan apa yang dia rasakan sebentar tadi.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now