Amelia turun daripada tangga dengan tergesa-gesa. Aqilah yang berada di ruang tamu, menoleh.
"Amelia, kau nak pergi mana pagi-pagi macam ni?" Soal Aqilah hairan.
Amelia mengangkat kepala memandang Aqilah yang duduk di ruang tamu. Lalu dia menoleh melihat jam dinding.
"Oh? Kau tak tidur lagi?" Soal Amelia menatap Aqilah dalam.
"Tak, aku tak boleh tidur. Kau tu kenapa tak tidur? Nak keluar waktu-waktu macam ni?" Soal Aqilah sekali lagi.
Amelia hanya tersenyum sebagai jawapan. Dahi Aqilah berkerut. Gila apa nak keluar pagi-pagi macam ni?
"Aku nak jumpa seseorang." Balas Amelia apabila melihat dahi Aqilah yang berkerut.
Aqilah mengangguk dan berpesannya untuk berhati-hati di jalan. Dia hanya menggumam sebelum mengangkat kakinya.
SKIP
Sampai ditempat yang dijanjikan oleh lelaki itu, dia langsung masuk ke dalam gudang tersebut.
Amelia melihat sekeliling gudang itu. Tiba-tiba bunyi tepukan menyentakkannya. Dia menoleh.
Pak!
Pak!
Pak!Amelia memandang lelaki itu dengan tatapan tajam. Semakin hari semakin dia benci terhadap lelaki itu.
"Aku fikir kau takkan datang." Ucapnya. Dia berjalan mendekati Amelia.
"Aku fikir aku takkan jumpa kau lagi selepas sekian lama kau menghilangkan diri, Amin." Ucap Amelia dingin.
Amin atau dikenali sebagai Cikgu Amin tertawa. Amelia menjeling lelaki itu. Mahu sahaja dia keluar daripada gudang ini.
Amin berjalan mengelilingi Amelia. Penampilan Amelia tidak langsung berubah daripada dulu sehingga sekarang. Amelia menghiraukan Amin.
Amelia menyepak kaki Amin sehingga lelaki itu terjatuh. Sakit hatinya apabila Amin sengaja melengah-lengahkannya.
Amin bangun sambil tersenyum sinis sebelum tangannya mencucuk lerut Amelia. Tanpa sebarang kata, Amin terus berlari keluar daripada gudang tersebut.
Mata Amelia terbuntang melihat kejadian tersebut. Amelia mengoyak kainnya dan mengikat perutnya ynag berdarah.
Amelia keluar daripada gudang tersebut dan menunggang motornya untuk ke hospital. Dia tidak akan terluka jika dia tidak pergi ke gudang yang disuruh Amin.
SKIP
Hospital
"Kau buat apa pagi-pagi buta, huh?! Baru selesai berlawan?! Datang hospital dengan darah-darah!" Ucap Crystal marah.
Amelia mencebik mendengar omelan Crystal. Kalau tak marah bukan namanya Crystal. Crystal merawat perutnya.
"Kau beritahu keluarga aku ke?" Soal Amelia perlahan.
Dia mengangkat kepalanya tinggi melihat Crystal yang sedang merawat perutnya. Sesekali dia meringis sakit.
"Ah.. Tak. Nanti kau banyak cakap." Balas Crystal tidak lekang mencuci darah diperut Amelia.
Amelia menghela nafas lega. Crystal membalut perut Amelia dengan terliti. Lalu sarung tangan getahnya dibuka.
"All right, done. Kau dah boleh balik. Luka kau ni tak teruk sangat pun bagi kau." Ucap Crystal dengan nada memerli.
Amelia tertawa sambil melihat Crystal. Nada ucapannya menunjukkan bahawa Crystal kesal dengannya. Dia bangkit perlahan-lahan.
"Sudahlah, kau pergi balik tu." Arah Crystal kasar.
Mata Amelia terbeliak mendengar itu dan menatap Crystal. Crystal hanya menghiraukan tatapan tersebut
"Kau menghalau?!" Soal Amelia sedikit tinggi.
Crystal tertawa dan menggeleng. Baru Amelia ingin keluar, dia kembali melihat Crystal. Crystal mengangkat kepalanya.
"Thank you sebab tolong aku. Aku banyak susahkan kau." Ucap Amelia sebersalah. Senyumannya mati.
"Tak apalah. Kau kawan aku. Itu gunanya ada kawan. Jangan buat kerja kasar sangat nanti jahitan luka kau terbuka." Ucap Crystal lembut. Senyuman terukir dibibirnya.
"Baik." Balas Amelia.
Amelia memulas tombol bilik perlahan-lahan. Lalu dia melangkah keluar. Crystal menggeleng kepala.
SKIP
Tok
Tok
TokAmelia membuka pintunya dengan tangannya memegang perut. Perutnya sakit apabila bergerak. Mungkin dia berjalan terlampau kasar.
"Oh, Aqilah.. Kenapa?" Soal Amelia hairan.
"Aku nak ajak kau makan. Mama suruh aku panggil kau." Balas Aqilah
Amelia mengangguk. Sebelum dia terbatuk kuat. Dia memegang tombol pintu kuat. Aqilah tersentak.
"Ka-kau okey tak ni?" Soal Aqilah dengan anda yang masih terkejut.
"A-aku okey. Tak apalah, kau turunlah. Aku tak rasa nak makan. Tapi, kalau aku nak makan, aku cakap dekat aku, ya?" Ucap Amelia lemah.
"Betul ni? Kau pasti tak nak makan?" Soal Aqilah. Dia mengecilkan matanya.
Amelia tertawa dan mendorong Aqilah untuk pergi. Aqilah menghela nafasnya sebelum berlalu pergi.
Amelia menatap kepergian Aqilah. Dia masuk kedalam biliknya dan menutup pintu perlahan.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...