3 hari kemudian..
Entah mengapa hati Amelia mengatakan bahawa sesuatu bakal terjadi apabila mereka di sekolah. Jantungnya asyik berdegup kencang.
"Kau orang yakin ke yang kau orang nak berlawan? Aku bukan apa. Aku cuma risau." Ucap Amelia tanpa menoleh kerana sedang memandu.
Anina dan Aqilah saling bertatapan sebelum memandang Amelia. Mereka bergumam.
"Kami okey saja." Balas Aqilah.
SKIP
Sekolah
Setelah masuk ke dalam kelas The Hot Girls terus menyapa mereka bertiga. The Galaxy dan murid di dalam kelas itu langsung melihat mereka.
"Hai." Tegur Anis dengan senyuman yang seperti senyuman ejekan pada Amelia.
Amelia tertawa dan membalas sapaan itu dengan senyuman ikhlas. Kalau diikutkan hatinya, dia tidak mahu melayani gadis-gadis dihadapannya.
"Ya, Cik Anis? Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Kalau tak ada apa-apa, saya rasa dah boleh berambus dari pandangan saya. Jijik." Bidas Amelia dan ingin melangkah ke tempatnya.
Anis menarik lengan Amelia sedikit kasar. Amelia terdorong kebelakang. Tangan Anis yang memegang lengannya, direntap kasar.
"Kasar pegang-pegang aku dengan tangan jijik aku tu, tak guna. Kotor kau tahu tak?" Ucap Amelia datar.
The Galaxy yang melihat, tersentak keraan tidak ada seorang pun yang berani melawan The Hot Girls. Apabila ada yang mahu melawan The Hot Girl, dia pasti bakal dibuli lepas teruk!
"Kau cakap apa? Tangan aku kotor? Tak sedar diri!" Balas Anis kuat.
Amelia memutarkan anak matanya. Bila dia boleh duduk? Kakinya sudah lenguh berdiri lama-lama.
"Betullah apa yang aku katakan? Kenapa? Kau terasa? Kau nak buli aku? Kau fikir aku kisah?" Ucap Amelia. Dia bersilang tangan.
Anis mengangkat tangannya ingin menampar Amelia, tetapi ditahan oleh Faris. Entah sejak bila Faris berada di situ.
"Lepaslah, Faris!" Bentak Anis. Tangannya cuba merentap tangan yang dipegang oleh Faris.
Faris melepaskan tangan Anis kasar. Amelia di belakang, memandang hairan ke arah Faris.
"Sudah-sudahlah buli orang, Anis! Kau ni kenapa?" Soal Faris. Dia tidak faham mengapa dengan gadis di hadapannya.
Anis menggosok pergelangan tangannya yang merah akibat pegangan Faris yang begitu kuat. Anis mencebik.
"Why you berubah? Sejak kehadiran nerd ni, you berubah! You suka back up dia! Apa yang dia buat dengan you, Faris?!" Soal Anis.
"Bukan aku yang berubah tapi, kau yang berubah. Aku tak faham dengan kau dan kawan-kawan kau ni. Apa yang kau orang tak puas hati sangat dengan Amelia ni? Aku rasa dia okey je." Ucap Faris.
Faris menoleh sekilas ke arah Amelia yang turut memandangnya. Kemudian, dia kembali memandang Anis.
"Sebab dia cemarkan nama sekolah, Faris!" Ucap Anis sedikit lantang.
Amelia dan yang lain berkerut mendengar itu. Setahu dia, dia tidak pernah melakukan apa-apa yang buruk sehingga mencemarkan nama sekolah.
"Okay, I see. Tapi, apa yang dia buat? Aku tak dengar apa-apa daripada cikgu pun yang nama sekolah tercemar or anything." Balas Faris hairan.
"Dia jadi pelacur dekat club night!" Teriak Anis.
The Blackrose dan yang lain terkesima mendengar itu. Hati Amelia panas mendengar itu. Anis sengaja mahu memalukan dirinya.
"Wait, what? This bullshit, sis! Kau ada bukti yang aku jadi pelacur dekat sana?!" Soal Amelia berang.
Farah menghulurkan beberapa keping gambar ke arah Faris dan Amelia. Mereka merenung gambar tersebut. Wajah Amelia berubah riak.
"A-aku.." Lidah Amelia kelu ingin berkata. The Hot Girls memandangnya sinis.
"Bukti dah terang-terang depan mata. Mengaku sajalah. Jangan menafikannya lagi." Ucap Farah.
Amelia menunduk dan mengangguk. Tangisannya kedengaran halus. Anis tersenyum puas. Fikirnya Amelia sudah menyerah kalah.
"Ka-kau tak buat benda macam ni, kan?" Soal Anina. Dia kenal Amelia sudah lama.
Amelia tertawa sinis. Dia mengangkat kepalanya. Senyuman di bibir Anis, mati serta-merta.
"Hei, Anis. Kau jangan fikir jangan macam ni boleh malukan aku. Don't you think you such a dumbass?" Bidas Amelia bersama senyuman sinis.
The Hot Girls memandangnya dengan tatapan tajam. Tatapan tersebut tidak berhasil membuatkan Amelia takut.
"Kau silap orang nak bermain. You know what, karma is always waiting for you, Anis. Kau tak rasa aku dah malukan diri sendiri dengan buat benda yang bodoh ni?" Soal Amelia. Tangannya mengoyakkan gambar-gambar tersebut.
Mata Anis tersebuntang melihat gambar-gambar tersebut sudah menjadi cebisan-cebisan kecil.
"Aku tak nak malukan kau, tapi kau dah malukan aku macam ni. Apa kau rasa kalau kau dekat tempat aku? Mesti kau marah, kan?" Amelia merapatkan wajahnya dengan wajah Anis.
"Kalau aku buat benda macam tu, aku tak rasa yang aku masih dekat sini melainkan ada seseorang yang nak habiskan duit untuk back up aku. Macam kaulah." Balas Amelia.
Anis mengerdip matanya berkali-kali. Setahunya dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang itu.
"Kau dah bagitahu kawan-kawan aku ke pasal kau kena buang sekolah? Yalah, kantoi budak bawah umur masuk kelab malam." Bidas Amelia selamba.
Anis menghiraukan pandangan semua orang dan melangkah keluar. Amelia menatap kepergian Anis lalu menghela nafas.
SKIP
Sedang mereka belajar, bunyi sesuatu yang kuat membuatkan mereka terhenti daripada belajar. The Blackrose melihat keluar.
"Ah.. Aku rasa itu Darwish." Ucap Fariz. Matanya tidak lekang melihat Darwish dibawah.
Mereka saling bertatapan sebelum turun ke bawah. Pelitup wajah dipakai, sebagai langkah berjaga-jaga.
"Oh, Darwish? Kenapa kau datang ni?" Sapa Amelia. Dia menapak ke arah Darwish perlahan-lahan.
Tanpa sebarang kata, Darwish terus bmenyerangnya. Manakala, yang lain sibuk menyelamatkan yang lain.
Selepas berlawan, Amelia menghulurkan tangannya ingin menarik Darwish yang sudah kecelakaan akibat ditebak dikaki olehnya. Darwish memandang tangannya kosong sebelum mencapai huluran tersebut.
"Sudahlah. Aku tak nak bergaduh. Cukuplah kau dah jadi Leader of The Killers. Jadi, Leader of The Blackrose tak semudah yang aku sangkakan, Darwish." Keluh Amelia perlahan.
Amelia menoleh melihat Darwish. Mereka salig bertatapan. Darwish mengangguk kecil.
"Maaf." Ucap Darwish. Dia menundukkan wajahnya.
"Tak apa. Apa kata kita bekerjasama?" Cadang Amelia.
Darwish memandangnya hairan. Amelia menghulurkan tangannya dan menunggu balasan daripada Darwish.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romansa﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...