"Nak buat apa ni? Bosanlah.." Gumam Amelia. Dia menatap syiling dinding kosong.
Amelia menoleh melihat telefonnya sebelum tangannya mencapai telefon umtuk melihat jam.
"Tak apalah telefon Anina dengan Aqilahlah." Amelia mendail nombor Anina.
Selepas menelefon, Amelia terus mengambil kain tuala dan masuk dalam bilik mandi.
Usai mandi, dia langsung menukar pakaian dan mengambil barang-barang yang perlu. Lalu dia keluar.
Sampai dimeja makan, kelihatan Tengku Amir dan Tengku Aisyah sedang menikmati santapan mereka.
Tengku Aisyah menoleh melihat Amelia yang ingin keluar. Kemudian, menyapa anak perempuannya.
"Lia nak pergi mana ni?" Soal Tengku Aisyah. Dia berhenti makan.
Langkah Amelia terhenti. Dia langsung menoleh dan mendekati Tengku Aisyah dan Tengku Amir. Dia tersenyum petak.
"Oh, nak keluar dengan kawan. Kenapa mama?" Tanya Amelia. Dia mengangkat alisnya.
Tengku Aisyah menggeleng kecil. Amelia berjalan hendak keluar tetapi, terhenti apabila dia teringat sesuatu. Tengku Aisyah melihatnya hairan.
"Papa?" Panggil Amelia. Dia merenung papanya yang kusyuk membaca surat khabar.
Tengku Amir menoleh melihatnya dengan kerutan. Amelia mengemam bibirnya.
"Papa, kalau Lia nak minta satu benda daripada papa boleh tak?" Soal Amelia. Tangannya diramas.
"Boleh, Lia. Apa dia?" Ucap Tengku Amir. Dia menyambung membaca surat khabarnya.
"Kalau Lia nak ambil adik-beradik angkat boleh?" Kata Amelia. Dia menggigit bibir bawahnya kuat.
Tengku Amir dan Tengku Aisyah melihatnya dengan kerutan. Mereka cuba mencerna apa yang mereka dengari.
"Adik-beradik angkat? Tak cukup ke ada abang?" Tanya Tengku Amira.
Amelia mengangguk lalu tersengih kekok. Dia bukan apa, dia cuma kesian pada rakan-rakannya. Itu sahaja.
"Bukan apa, pa. Lia cuma kesian dengan kawan-kawan Lia. Dia orang tak ada keluarga. Bolehlah pa, ma." Lirih Amelia bersama wajah kesian.
"Tapi.." Ucapan Tengku Amir dipotong oleh Amelia.
"Tapi, pa.. Kita kena tolong orang. Nanti orang pula tolong kita, right?" Ucap Amelia.
Tengku Amir dan Tengku Aisyah saling berpandangan. Tengku Amir tertawa mendengar itu dan menggeleng.
"Yalah, Amelia. Buatlah apa yang Lia nak. Papa dengan mama okey je." Balas Tengku Amir.
Amelia yang terkejut, langsung memeluk badan mama dan papanya bersama senyuman manis.
"Terima kasih mama, papa! Lia pergi dulu!"Jerit Amelia lantang.
Tengku Amir dan Tengku Aisyah menatap kepergian Amelia. Mereka menggeleng kepala.
SKIP
Amelia mengeluarkan telefon dan memakai headphone. Selepas lama menunggu, ada orang memegang bahu Amelia.
"Yah! Kau orang ni main segah je selamat aku tak ada sakit kalau tidak mati aku dekat sini!" Ucap Amelia sambil mengurut bahunya.
Anina dan Aqilah tersengih sebelum menghenyakkan punggung di kerusi. Kamudian, mereka memesan air untuk menghilangkan dahaga mereka.
Selepas menghabiskan air mereka, mereka terus ke taman untuk menghirup udara yang segar. Mereka berbual-bual.
Buk!
Badan Amelia terdorong ke belakang dan hampir terjatuh, tetapi sempat ditahan oleh gerangan yang melanggarnya.
"Ka-kau okey, Amelia?" Tanya Anina bimbang. Dia melihat Amelia dengan yang sangat khawatir.
"Ma-maaf, cik. Saya tak sengaja terlanggar cik tadi." Ucap lelaki itu. Dia menatap Amelia sebersalah.
Amelia menggeleng kepala bahawa dia tidak apa-apa. Amelia mendongakkan kepalanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat gerangan tersebut.
Tidak cukup dengan kejadian tadi kini gerangan itu pula yang membuatkan dia terkejut. Hampir badannya terjatuh.
Anina dan Aqilah merangkul bahu Amelia dengan kemas. Amelia menghela nafas beratnya.
"Cik okey ke?" Soal gerangan tersebut.
"Ta-tak apa. Sa-saya okey. Kami kena pergi, maaf." Ucap Amelia tergesa-gesa. Dia menarik tangan Anina dan Aqilah.
Lelaki itu menatap kepergian Amelia dengan kerutan di dahi. Baginya gadis itu sangat pelik.
"Faris!" Panggil seseorang. Dia berlari ke arah lelaki itu.
Faris memaling kepala melihat Ariel dan Haziq yang penat akibat mengejarnya. Nafas mereka tercungap-cungap. Namun, Faris hanga menatap mereka kosong.
"Aku nampak kau dengan perempuan. Borak apa?" Soal Haziq. Dia mencari bayang gadis itu, tetapi tidak ada.
"Tak ada apa. Aku terlanggar dia. Dia pun dah balik." Balas Faris. Dia mendahului rakan-rakannya.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...