Mereka pergi ke sekolah seperti biasa dalam perjalanan pergi ke kelas mereka mendengar sekumpulan murid berbual.
Mereka mengabaikan kerana mereka takut akan lambat ke dalam kelas sampai di kelas mereka terus duduk di tempat masing-masing. Cikgu pun masuk mereka memberi salam dan duduk.
"Cikgu Aiman tak ada hari ni. Cikgu masuk cuma nak perkenalkan murid baru." Ucap cikgu dan menyuruh pelajar tersebut masuk.
Alangkah terkejutnya The Blackrose bahawa pelajar-pelajar baharu itu rakan-rakan mereka.
Fariz, Ikmal dan Eric memperkenalkan diri mereka dengan dingin. The Hot Girls mengipas wajah mereka apabila melihat mereka bertiga.
"Kamu bertiga carilah tempat kosong. Saya rasa ada dekat Amelia dan yang lain." Ucap cikgu itu. Dia memandang Amelia.
Amelia menoleh melihat tiga tempat kosong di belakangnya. Mereka pun duduk di tempat yang disuruh oleh cikgu. Amelia dan yang lain langsung menoleh.
"Kau orang ada siasat pasal The Killers? Ada dapat apa-apa?" Soal Anina. Dia menatap mereka bertiga.
"Nope." Balas Fariz. Dia menggeleng. Rasa sebersalah mengelubungi diri.
Amelia mengangguk kecil. Tidak marah atau apa. Sekadar tahu sedikit tentang The Killers sudah memadai.
SKIP
Kantin
"Ish, geramnya aku dengan perempuan tu nak je aku tikam dia!" Ucap Amelia dengan berang saat mengingati kejadian tadi.
Flashback..
"Kau orang nak makan apa? Aku tolong belikan?" Soal Anina. Dia memandang rakan-rakannya.
"Beli sajalah apa yang ada dekat situ." Balas Amelia sambil melihat rakan-rakannya.
Yang lain mengangguk. Mereka tidak ada masalah tentang makanan. Apa yang ada, mereka hanya makan.
Anina mengangguk sebelum melangkah untuk membeli. Mereka semua duduk ditempat yang dikhaskan hanya untuk mereka semua.
Tidak lama kemudian, Anina datang bersama makanan di tangan. Mereka makan sambil berborak sementara menunggu masa rehat tamat.
Tiba-tiba Amelia terasa basah di kepalanya. Dia langsung mendongak. The Blackrose tersentak melihat adegan tersebut.
"Yah! Apa masalah kau orang ni?! Basah baju aku, tak guna!" Ucap Amelia marah. Dia terbangun akibat terkejut.
Amelia menatap Anis dengan wajah yang kemerah-merahan akibat geram yang membuak.
"Saja nak bagi pengajaran dekat kau. Itu saja." Balas Anis selamba. Dia bersilang tangan di dada.
Dahi Amelia berkerut mendengar itu. Entah apa yang diperkatakan oleh gadis itu. Fariz membuka bajunya dan diletakkan pada bahu Amelia.
Bukan mahu berlakon seperti lelaki yang romantik tetapi, ada sesuatu yang membuatkan dia membuat sedemikian.
Amelia menoleh menoleh melihat Fariz. Fariz menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. Amelia tersenyum.
"Pengajaran apa yang kau cakap ni, huh? Ngomong yang jelas!" Ucap Amelia sebaik dia memandang Anis.
"Sebab kaulah, belakang aku sakit. Kau tahu tak?!" Ucap Anis. Dia mengetap giginya kuat.
Anis menjengil matanya akibat marah yang meledak. Dia mendorong Amelia kuat. Fariz terbeliak mata akibat terkejut.
"Kau jangan macam-macam dengan Amelia. Kalau kau tak nak kami buat sesuatu yang luar jangkaan kau." Ucap Fariz. Dia menarik Amelia ke belakangnya.
Amelia sedikit tersentak dan menggeleng baju Fariz dengan kemas sambil itu dia memerhatikan Fariz.
Anis tersentak sebelum matanya memandang tajam ke arah Amelia yang berdiri di belakang Fariz. Fariz turut memandang Anis tajam.
Pandangan tajam Fariz membuatkan Anis sedikit gementar. Anis menjeling The Blackrose dan melangkah pergi.
Fariz menoleh melihat Amelia. Fariz memandang Amelia dengan pandangan redup. Manakala Amelia mendongak melihat Fariz.
"Kau okey, Amelia? Ada sakit mana-mana?" Tanya Fariz. Kedua tangannya memegang kemas bahu Amelia.
Amelia tersenyum dan menggeleng laju. Fariz menghela nafas dan mengangguk.
End Flashback..
"Huh.." Keluh Amelia. Dia menongkat dagunya sambil memikirkan peristiwa dikantin.
Entah mengapa dadanya berdegup kencang apabila memikirkan perilaku Fariz terhadapnya. Itu membuatkan dia sedikit terganggu.
Pak!
Hentakan di mejanya membuatkan dia tersedar daripada lamunannya. Dia mendongak melihat gerangan tersebut.
"Yah! Kau buat aku terkejut, Eric!" Ucap Amelia terkejut. Dia mengurut dadanya yang berdegup.
Eric tersengih kecil sebelum menarik kerusi di tempat duduk hadapan Amelia. Dia menghadap Amelia bersama senyuman.
"Kau dah kenapa tersenyum-senyum? Gila ke?" Tanya Amelia selamba.
Senyuman Eric mati mendengar itu. Baru sahaja dia ingin membahaskan tentang kejadian di kantin, tetapi musnah kerana Amelia.
"Well, bukan main eh kau dengan Fariz dekat kantin tadi? Ha.. Kau orang bercinta ya?!" Ucap Eric. Sengihan terukir dibibir.
"Yah! Apa kau merepek ni?! Kami kawan je! Sudah-sudahlah dengan dispatch kau tu. Pergi tempat kaulah!" Arah Amelia sedikit kuat.
Eric mencebik bibir. Dia menolak kerusi ke belakang kasar dan meninggalkan Amelia.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...