"Faris." Panggil Irdina.
"Yah, kau kalau tak kacau Faris satu hari tak boleh ke? Kau tak nampak ke Faris tengah buat kerja?" Bidas Airiel. Irdina menjeling mendengar itu.
Faris berhenti menulis dan mengangkat kepalanya. Dia tidak lali memerhati Airiel dan Irdina.
"Kau nak apa?" Soal Faris dingin yang lama berdiam diri.
"Saja nak tegur you. Kenapa? Tak boleh ya?" Soal Irdina. Dia melabuhkan punggung.
The Galaxy menggeleng kepala mendengar itu. Sudah terang Faris sedang membuat kerjanya. Tidak rasa malukah gadis itu?
"Ya, salah! Dah terang-terang Faris tengah buat kerja. Kau menganggu tahu tak?! Berambuslah!" Kesal Haziq.
Pak!
Hentakan meja itu membuatkan The Galaxy tersentak lalu mendongakkan kepala mereka. Faris menatap mereka tajam.
"Kau jangan sesekali nak naikkan suara pada Irdina. Kau berdua tak layak tahu tak?!" Kesal Faris.
Haziq dan Airiel terbeliak mendengar itu. Mereka tidak percaya Faris akan membela gadis jahat seperti Irdina.
"Ka-kau bela dia daripada kami?" Soal Haziq tidak percaya. Faris menarik Irdina mendekatinya.
"Ya! Sebab dia kekasih aku. Jadi? Apa masalahnya? Sudahlah.. Malas aku layan kau berdua." Ucap Faris kesal sambil menarik tangan Irdina menjauhi The Galaxy.
The Galaxy terkesima mendengar itu. Haziq terduduk lemah di atas kerusi. Manakala, Airiel menghantar kepergian Faris dan Irdina.
"Aku tak boleh tahan lagi. Kita tak boleh duduk diam saja." Ucap Haziq. Airiel melabuhkan punggung.
"Ya! Jadi, apa rancangan kau?" Soal Airiel.
"Petang ni kita pergi rumah Amelia. Aku tak kira apa jadi." Ucap Haziq.
SKIP
Tok
Tok
TokHaziq menajuhi pintu dan menunggu pintu dibuka oleh Amelia. Tidak lama kemudian pintu dibuka. Senyuman terukir di bibir Haziq.
"Oh, The Galaxy? Kenapa datang ni?" Soal Amelia hairan.
"Er.. Panjang ceritanya." Balas Haziq sambil menggaru kepalanya. Amelia tertawa kecil.
"Okey, i see. Hahaha.. Come in! The Blackrose pun ada." Ucap Amelia dengan senyuman. The Galaxy mengangguk.
Selepas mereka menghenyakkan punggung, Amelia menatap The Galaxy hairan. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada The Galaxy.
"Aku tengok kau lebih bahagia selepas apa yang berlaku." Tegur Haziq lembut.
Amelia hanya tertawa kecil. Mungkin dari segi fizikalnya, tetapi bukan di dalam. Dia masih cuba untuk melupakan semua yang terjadi.
"Tak juga. Tapi, aku dalam proses. Jangan risau.. So, what are you doing here? Aku tak rasa kau orang datang sebab saja-saja. Daripada riak kau orang berdua aku rasa ada sesuatu yang terjadi. Betul?" Goda Amelia dengan senyumannya.
The Galaxy tertawa. Amelia benar. Gadjs itu pintar meneka walaupun hanya dari wajah riak mereka. Haziq mengangguk. Amelia tersenyum.
"Kenapa? Tell me." Ucap Amelia.
"Faris. Faris dah berubah. Dia bukan macam yang dulu lagi." Balas Haziq. Airiel hanya diam membisu. Dia tidak berani berkata.
Dahi Amelia berkerut mendengar itu. Daripada riak wajah The Galaxy dia sudah tahu bahawa The Galaxy kecewa pada Faris.
"Berubah? Berubah macam mana?" Soal Amelia hairan.
"Dia dah jadi Faris yang baran. Dia selalu bela Irdina seolah-seolah dikawal oleh Irdina. Sekarang dia tengah berkepit dengan Irdina." Kesal Airiel.
"Oh, The Galaxy?" Sapa The Blackrose yang berada di tangga. The Galaxy menoleh dan tersenyum nipis.
The Blackrose melabuhkan punggung di atas sofa lalu menatap Amelia dan The Galaxy hairan. Wajah mereka tampak serius.
"Jadi, apa yang kau nak aku lakukan?" Soal Amelia.
"Kami nak kau tolong kami untuk pulihkan Faris dan hancurkan Irdina. Itu saja. Tolonglah.." Lirih Haziq.
Amelia mendesah perlahan. Mengubah Faris bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan semasa dia bersekolah di Highschool Victory, untuk bercakap mahupun menegur Faris saja bukan mudah.
Faris berubah bukan kerana dirinya. Dia berubah dengan sendirinya dan langsung tidak ada kena mengena dengannya.
"Tolonglah, Amelia. Kami tahu kau boleh. Kalau bukan sebab kau, Faris takkan berubah macam tu sekali. Dia jadi baik sejak kehadiran kau." Ucap Airiel.
"Huh.. Kau orang salah faham ni. Faris berubah bukan sebab aku, tapi dia yang berubah sendiri. Dan sekarang? Kau orang nak aku ubah dia? Bukan perkara yang mudah.." Ucap Amelia.
"Amelia, kau sebenarnya yang salah. Kau yang tak yakin sebab tu kau berdalih. Kami semua tahu Faris tu troublemaker. Tapi, sekarang? Dia bukan troublemaker lagi." Balas Fariz.
Amelia terdiam. Wajahnya yang manis bertukar dingin. Dia tidak boleh berputus asa dia akan mengubah Faris dan menghancurkan Irdiana sekaligus Kamil!
"Baik, aku akan tolong kau orang. Sekarang, kau semua ikut aku ke vila.Aku ada sesuatu nak ditunjukkan." Balas Amelia.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...