Chapter 17

3.6K 172 1
                                    

Pak!

Pengetua menghempaskan fail di tangannya. Bahu The Hot Girls terhinjut mendengar hempasan tersebut. Amelia hanya menilik tangannya.

"Apa yang kamu semua buat ni?! Saya asyik dengar yang awak berdua ni gaduh saja!" Ucap Pengetua sambil menatap mereka semua.

"Bukan saya yang cari pasal dengan dia orang, pengetua. Pengetua macam tak kenal dengan The Hot Girls ni. Rasanya dah penuh nama dia orang dalam rekod pelajar." Perli Amelia.

Pengetua dan The Hot Girls menoleh menatapnya. Amelia mengangkat alisnya. Dia benci ditatap begitu.

"Yah, jangan pandang aku macam tu. Betulkan apa yang aku cakap?" Soal Amelia.

"Sudahlah. Anis dan kawan-kawan awak akan digantung sekolah. Awak, teruskan sekolah seperti biasa." Ucap Pengetua.

"Saya tahu cikgu sayang saya. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu!" Pamit Amelia sambil senyum mengejek ke arah The Hot Girls.

The Hot Girls dan Pengetua menatal kepergian Amelia. The Hot Girls terasa ini tidak adil! Fikir mereka Amelia bakal turut didenda, tetapi mereka silap.

"Cikgu, ini tak adil! Sepatutnya dia pun kena gantung sekolah. Tapi, kenapa cikgu biarkan dia?" Ucap Alia marah.

"Sebab awak semua saya dah kenal lama. Awak semua saja yang berani bergaduh." Ucap Pengetua santai.

SKIP

Kelas

"okey, minggu hadapan pihak sekolah akan buat prom night." Ucap cikgu tersebut.

Amelia menghiraukan ucapan cikgu tersebut. Dia sudah awal-awal lagi diberitahu oleh pengetua kerana pengetua adalah makciknya.

Lagipun dia yang memilih untuk membuat prom night. Wajarlah, dia hanya buat tak tahu.

Kring!

Bunyi loceng menandakan telah habis waktu belajar dan tiba waktu untuk mereka berehat.

"Baiklah, anak-anak masa saya dah tamat!" Teriak cikgu tersebut.

Selepas cikgu itu pergi, The Blackrose mendekati Amelia yang sedang merehatkan kepala di atas meja. Kelihatan seperti sedang ketiduran.

"Wah, wah tengoklah.. Kita sibuk belajar dia boleh tidur dekat sini? How good her attitude is, huh?" Perli Eric.

Tanpa Eric sedari, Amelia mendengari apa yang telah dia ungkapkan. Amelia mengangkat wajahnya dan menatap Eric tajam.

"Kau mengutuk aku?" Soal Amelia kepada Eric.

Eric meneguk salivanya kelat sambil memandang Amelia yang sedang menatapnya tajam.

"Er.. Ma-mana ada. Apa kau cakap ni?" Dalih Eric.

Dia tertawa menghilangkan takutnya.Amelia dan The Blackrose menggeleng melihatnya.

SKIP

Pusat Beli-belah

"Wah, banyaknya beg kertas dekat tangan.." Tegur Ikmal sambil melihat beg-beg kertas ditangan Anina dan Aqilah.

"Perempuan, biasalah." Balas Fariz. Anina dan Aqilah hanya tersengih. Fariz menggeleng.

Kemudian, Fariz melihat tangan Amelia pula. Dahinya berkerut apabila melihat beg-beg kertas hanya sedikit.

"Oh, kau beli barang ke tidak?" Soal Fariz.

Amelia tersentak dan mengangkat kepalanya. Dia menunduk melihat tiga beg kertas di tangannya.

"Asal? Banyak sangat, ya?" Soal Amelia sambil memandang Fariz.

"Tak, cuma penasaran. Yang lain bukan beria banyak beg kertas dekat tangan. Tapi, kau tidak." Balas Fariz.

Amelia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng. Dia hanya membeli pakaian yang perlu sahaja. Dia tidak perlu barangan kemas.

"Aku beli yang perlu saja. Kalau diikutkan aku dah lama keluar dari kedai tu. Tapi, kalau bukan sebab Anina dengan Aqilah ni, aku terpaksa berlama-lama dekat sana." Balas Amelia sambil melirik ke arah Anina dan Aqilah.

Anina dan Aqilah tersengih. Mereka pun terus keluar daripada pusat beli-belah dan balik.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now