Chapter 7

5.1K 217 0
                                    

Markas

"Kenapa kau datang vila ni? Ada apa-apa jadi dekat sekolah? Kalau tidak kau takkan ke sini pagi-pagi buta macam ni." Ucap Mikael. Matanya memandang wajah gadis-gadis di hadapannya satu persatu.

Amelia bergumam kecil sebelum menghenyakkan punggung disofa. Dia bermain dengan telefonnya.

"Ada ke patut dia letak air kotor atas pintu! Habis kotor baju kami. Entah bila dia orang kena gantung dekat kipas dengan aku." Ucap Amelia. Suaranya menjadi sedikit kuat.

Mikael menggeleng kepalanya mendengar itu. Mikael mengalih kepalanya melihat kelibat Fariz yang baru menonjolkan diri.

"Oh, Fariz? Kau daripada mana ni? Sebab aku baru nampak kelibat kau." Soal Eric. Eric menguap seluasnya.

"Kau buat apa sampai tak nak keluar?" Soal Eric sekali lagi.

Fariz mengangkat kepala apabila disapa. Dia melirik sekilas ke arah yang lain.

"Cari maklumat sikit. Aku rasa markas ni macam tenang je." Balas Fariz selamba.

Telah lama Aqilah mendiamkan diri, dia terus menghentikan perbualan tersebut. Aqilah memandang Fariz lama.

"Okay, stop discussing this topic. So, what information can you get about them?" Ucap Aqilah dengan wajah yang serius.

"Banyak. Terlampau banyak. Kita pergi bilik aku. Bincang dekat sana." Ajak Fariz. Fariz bangkit daripada duduk.

Mereka turut bangkit untuk pergi ke bilik Fariz. Amelia dan lain mengikut langkah Fariz daripada belakang.

SKIP

Sampai dibilik Fariz, Fariz membuka pintu seluasnya memberi laluan pada rakan-rakannya masuk.

Mereka masuk lalu menghenyakkan punggung. Langsung Fariz menutup pintu biliknya. Kemudian, turut menghenyakkan punggung.

"Okey, sebenarnya aku ada buat research sikit pasal The Killers. The Killers bukan dibubarkan tapi, diam seketika." Ucap Faris serius.

"Aku dapat tahu yang The Killers ada ketua baru, Darwish." Sambung Fariz. Dia membelek buku di tangannya.

Dahi Amelia berkerut mendengar itu, pelbagai soalan bermain di fikirannya. Amelia mengangguk.

"Tapi, ketua dia orang dah mati. Kenapa tak bubarkan je? Apa pula motif lelaki tu jadi ketua The Killers?" Soal Aqilah.

Amelia memandang Aqilah sekilas. Aqilah seolah-olah sedang membaca fikirannya. Fariz mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Entahlah. Yang aku tahu si Darwish ni kawan kepada si ketua tu. Dia dah lama nak ketuai The Killers tapi, baru sekarang dia berpeluan nak jadi ketua" Balas Fariz serius.

"I see.. Tapi, kenapa sekarang baru terfikir nak jadi ketua? Dia boleh je jadi ketua masa lelaki tu hidup." Ucap Amelia hairan.

"Sebenarnya, dia nak bunuh lelaki tu. Tapi, kau dah bunuh dia. Kerja dia senang, rampas kedudukan kawan dia sendiri." Balas Fariz.

Amelia tersenyum sumbing. Ada pula manusia yang jenis tikam belakang ya? Fikirnya.

"Oh, kes kawan tikam kawanlah ni?" Ucap Anina. Dia mengangkat alisnya.

"Aku nak kau orang berhati-hati. Sebab mungkin Amelia pula sasaran dia." Pesan Fariz. Dia menongkat dagu.

Amelia yang mendengar, mengerut dahi. Tidak faham apa yang diperkatakan oleh Fariz.

"Pardon? Dah jadi ketua pun tak puas ke? Dia gila ke? Sebenarnya, motif dia ni nak tawan dunia ke macam mana?" Soal Amelia. Bengang dia mendengar itu.

Fariz mengangguk tanda menyetujui apa yang diperkatakan oleh ketuanya. Amelia mendengus.

"Apa-apa pun, hati-hati." Pesan Fariz sambil memandang mereka.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now