3 hari kemudian..
"Wah, tengok tu. Cikgu baru, Amelia!" Ucap Anina kagum.
Dengan malas Amelia memandang hadapan. Matanya terbeliak besar akinat tersebut. Sungguh dia tidak percaya apabila telah dilihat.
'Mu-mustahil.. Tak guna!' Monolog Amelia kesal didalam hati.
"Hai, saya Cikgu Amin. Saya akan gantikan cikgu subjek Sains." Ucap Amin dengan senyuman.
Amelia tertawa sinis. Dia tahu senyuman tersebut hanyalah palsu semata-mata. Dia kenal lelaki dihadapannya.
Amelia mengangkat tangannya setinggi yang boleh. Wajah dingin dipamerkan. Hatinya sangat panas ketika ini.
"Ya, Amelia?" Soal cikgu perempuan tersebut.
Amelia terdiam dan bertatapan dengan Amin. Dia menjeling Amin dan menatap cikgu wanita dihadapannya.
"Saya nak keluar. Saya rasa saya dah nak sakit." Adu Amelia.
Cikgu tersebut mengangguk kepala. Amelia tersengih sinis apabila cikgu tersebut mempercayai tipuannya.
Tetapi, tentang sakit dia tidak berbohong. Dia sudah berasa sakit kepala saat ini.
'Aku tak sebodoh yang kau sangka, Amin. Permainan kau aku dapat baca.' Monolog Amelia
SKIP
Bumbung Sekolah
Selepas sahaja dia keluar daripada kelas, Amelia terus ke tempat kesukaannya iaitu bumbung sekolah.
"Satu-satu hal muncul! Kau fikir takut dengan ugutan kau tu? Hey, kau salah orang nak bermain." Ucap Amelia
Tanpa dia sedari, Ikmal melangkah ke arahnya. Dia juga mempamitkan diri apabila Amelia keluar daripada kelas.
"Kau, okey?" Soal Ikmal. Dia turut duduk di sebelah Amelia.
Amelia yang sedang melihat hadalan, menoleh melihat Ikmal di hadapannya. Dia hanya menggumam kecil.
"Kau dah nampak kan siapa tadi yang masuk kelas tadi?" Soal Amelia dengan dingin
"Ya, jadi? Kenapa kau tanya?" Soal Ikmal kembali.
"Kau ingat aku pernah cerita pasal sorang lelaki ni yang pernah tikam belakang aku?" Soal Amelia. Dia menoleh melihat Ikmal.
Ikmal terdiam sebentar sebelum mengangguk lambat. Amelia menghela nafasnya.
"Dialah lelaki yang aku cakapkan." Ucap Amelia perlahan. Dia menundukkan wajahnya.
Ikmal mengangguk kecoil sebagai jawapan. Amelia mengangkat wajahnya dan menoleh.
"Aku ada sesuatu bak beritahu kau. Tapi, kau kena janji satu hal dengan aku." Pinta Amelia kepada Ikmal.
"Okey, cakap sajalah. Aku janji yang aku akan simlan rahsia kau." Ucap Ikmal serius.
Amelia mengangguk kecil dan menghadap hadapan. Dia tahu Ikmal saja yang dia boleh percayai saat ini.
"Andai aku mati satu hari nanti, kau tolong jaga kawan-kawan dan keluarga aku. Boleh?" Pinta Amelia perlahan.
Ikmal seolah-olah terkejut mendengar itu. Dia langsung memandang Amelia dengan terkejut.
"Ka-kau cakap apa ni? Kau tahukan kata-kata tu satu doa?" Soal Ikmal serius.
Amelia tertawa kecil dan mengangguk kecil. Kerana itulah dia berkata begini. Dia merasakan bahawa dia tidak lama didunia ini.
"Entahlah apa yang membuatkan aku cakap macam ni. Tapi, andai kalau aku mati aku nak kau buat apa yang aku cakap. Tak susah." Ucap Amelia.
Ikmal lambat-lambat mengangguk walaupun di dalam fikirannya memikirkan banyak hal.
SKIP
Kantin
"Amelia, makanlah sikit. Muka kau betul-betul pucat sekarang ni. Kau buat kami risau tau." Ucap Anina prihatin.
Amelia hanya tertawa dan menggeleng. Dia tidak mahu makan. Jika dia makan, dia pasti akan memuntah kembali apa yang dimakan olehnya.
"ta- uhuk! Uhuk!" Ucap Amelia.
Amelia mengambil kain dan ditekup di mulutnya, lalu dia melihat kain tersebut. Kelihatan cecair merah di kain itu.
Dia menyimpan kain tersebut dan menuju ke singki. Amelia mencuci mulutnya yang tersisa darah.
Apabila dia sudah duduk, tiba-tiba pandangannya berpusing-pusing dan samar-samar. Pandangannya menjadi kelam.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | My Luv Is MAFIA
Romantizm﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...