Chapter 16

3.7K 188 2
                                        

Apabila mereka sampai di sekolah, mereka langsung masuk. Pandangan murid-murid terarah pada Amelia.

Amelia memandang mereka semua dengan hairan. Semua murid mengalihkan pandangan apabila Amelia memandang mereka.

Amelia menghentikan langkahnya dan menoleh melihat rakan-rakannya hairan. The Blackrose menghentikan langkah dengan terkejut.

"Ya tuhan! Amelia, kenapa berhenti macam tu? Selamat kami sempat berhenti." Ucap Fariz terkejut.

Amelia tersengih kekok. Fariz menghela nafas dan menggeleng kepala. Amelia melihat sekeliling.

"Kenapa dengan dia orang? Pelik je aku tengok." Ucap Amelia.

Mendengar pertanyaan itu membuatkan The Blackrose saling bertatapan. Amelia melihat mereka hairan.

"Tak ada apa, sayang. Mari kita ke kelas, ya?" Dalih Fariz.

Fariz merangkul bahu Amelia dan menuju ke kelas. The Blackrose menghembus nafas lega.

"Dia baru bangun daripada koma ke?" Soal Eric sambil menatap kepergian Fariz dan Amelia.

Pak!

Eric menggosok kepalanya yang ditampar oleh Ikmal. Eric menjengil matanya ke arah Ikmal.

"Aduh! Sakitlah." Teriak Eric lantang. Ikmal menggeleng kepalanya.

"Sudahlah, mari. Nanti Amelia tanya macam-macam pula dekat kita." Ucap Aqilah dan melangkah.

SKIP

Amelia melangkah setapak masuk ke kelas sebelum dia kembali mengundur. Dia tahu apa yang bakal terjadi jika dia terus melangkah masuk.

Pak!

Lantai kelas dibanjiri oleh cat putih. Fariz tersentak melihat kejadian tersebut. Mata Amelia terbeliak melihat itu.

Faris menoleh melihat itu dan terkejut. Dia langsung tidak tahu apa yang terjadi kerana dia sibuk mendengar lagu.

"Holy moly? Apa yang jadi ni?" Soal Faris kepada The Galaxy.

"Entahlah. Ini lain tak bukan The Hot Girls punya kerjalah." Balas Haziq sambil melihat kejadian tersebut.

Faris mengangguk. Manakala, Fariz menjenguk kedalam kelas. Amelia menggeleng kepalanya.

"Sudahlah. Aku dah jemu sebenarnya dengan kau, Anis. Kau jangan sampai aku jadi macam semalam." Ucap Amelia.

"Semalam aku rasa aku tak sempat nak buat apa-apa dekat kau." Sambung Amelia santai.

"kau keluar bangsat kau ingat aku tak tahu ni kerja kauorang ke"-Amelia dengan marah

Anis bangun dan mendekati Amelia yang turut menatapnya. Fariz mengetap gigi kuat sehingga dapat Amelia dengari.

"Santai.." Ucap Amelia kepada Fariz. Fariz mendengus.

"You ada bukti yang I buat ke?" Soal Anis. Dia mengangkat alis.

Amelia menghela nafasnya. Dia menggeleng sebagai jawapan. Dia yakin dengan jawapannya. Anis sahaja yang buat begini.

"Aku tak perlukan bukti sebagai jawapan. Sebab aku dah kenal dan jemu dengan cara kau buli aku. Kau saja yang berani buli orang." Balas Amelia.

"Yah, semua benda perlukan bukti. Apa bodoh sangat kau ni." Bidas Farah lantang.

Amelia mengangkat alisnya lalu bersilang tangan. The Blackrose yang baru sahaja sampai, hairan dengan apa yang sedang berlaku.

The Galaxy hanya memerhati daripada jauh. Mereka tidak suka masuk campur. Hanya mereka membuat hal masing-masing.

"Wei, pengetua panggil kau." Bisik Aqilah yang baru datang kepada Amelia.

"Ah.. I see. Pengetua panggil aku sorang saja?" Soal Amelia sambil memandang The Hot Girls.

"Nope. Kau dan The Hot Girls. Mungkin nak cakap pasal kau orang. Yalah, lately kau orang asyik bergaduh je." Balas Aqilah.

Amelia mengangguk dan membasahkan bibirnya yang kering. Dia melangkah keluar sambil mengheret The Hot Girls.

Semua menatap kepergian Amelia dan The Hot Girls. Fariz menatap tajam kepergian Anis.

C | My Luv Is MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang