Chapter 31

2.6K 154 2
                                        

Sekolah

"Aku nak kau tangkap dia dan bawa dia ke sini." Arah Amelia yang telah dikawal oleh Dark Amelia.

Iskandar mengangguk dan melangkah keluar. Amelia menyandarkan badannya di kerusi dan mengelamun seketika.

Tanpa dia sedari, ada seorang lelaki masuk ke dalam biliknya. Lelaki itu melihat Amelia yang sedang mengelamun.

Dia memanggil nama Amelia tetapi tidak dibalas oleh gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya dia memetik jari dihadapan muka Amelia.

Amelia tersentak. Amelia yang sudah sedar itu, langsung memandang lelaki itu dan terkejut.

"Hai, Amelia. Long time know see, right?" Sapanya gembira.

Amelia hanya menatapnya dengan wajah yang kosong. Dia membuang pandangannya.

"Kawan, kau kenapa ni? Aku sapa kau, kan? Kenapa tak balas?" Ucapnya yang sedikit marah.

Dia tidak marah, tetapi mahu bergurau dengan rakannya yang sudah lama tidak berbual. Dia rindu waktu itu.

"Kenapa kau tinggalkan aku, Iman? Kau tak kesian dekat aku?" Balas Amelia. Bibirnya bergetar saat melontarkan ucapan itu.

Iman tertawa kecil mendengar itu sebelum dia mendakap tubuh kecil itu. Dia menggosok belakang rakannya. Manakala, Amelia mengemam bibirnya.

"Sayang, aku pergi sebab tuhan sayang aku. Lagipun tuhan dah hadirkan dua orang gadis yang boleh gantikan tempat aku." Ucapnya yang tersenyum

Iman meleraikan pelukannya dan mengesat air mata Amelia yang berderas turun di pipi mulus itu.

"Amelia, aku kena pergi. Kau jaga diri kau, ya? Stop being stubborn. Aku nak kau buat operation tu. Aku nak kau teruskan hidup dengan kawan-kawan kau dan keluarga kau, ya?" Pesan Iman yang sudah membungkuk dihadapan Amelia

"Erm. Aku akan bunuh siapa yang buat kau macam ni! Aku janji dengan kau, Iman.." Ucap Amelia.

Mata Amelia ditatap dalam olehnya. Lengan bajunya yang digenggam kuat oleh Amelia, dipandang olehnya. Dia tahu apa maksudnya.

Dia kembali memandang Amelia dan tersenyum. Amelia menggeleng sekeras-kerasnya, menyuruhnya untuk kekal berada di sana.

"Maaf, Amelia. Aku kena pergi juga. Jangan risau, aku akan sentiasa ada dekat dalam hati kau." Ucap Iman. Dia menunding jari dada Amelia.

"Ja-jangan, Iman. Jangan.." Lirih Amelia sambil menggeleng kepala.

Iman hanya tersenyum sebelum bayang Iman semakin hilang disebalik pandangannya. Amelia langsung terbangun. Nafasnya turun naik akibat tersentak.

"Ya tuhan.. Macam mana aku boleh tertidur ni?" Gumam Amelia. Dia menguak rambutnya lemas.

Tok
Tok
Tok

Ketukan pintu membuatkan dia terkejut. Amelia menoleh memandang pintu yang dikuak. Kelihatan The Blackrose berdiri di hadapan pintu.

"Kami nak ajak kau pergi kantin. Do you want to join us?" Ucap Aqilah sambil menahan pintu.

Amelia mengangguk kecil sebelum dia bangkit dan melangkah keluar bersama The Blackrose.

C | My Luv Is MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang