Sekolah
Sampai sahaja disekolah, mereka bertiga terus menuju ke kelas. Amelia duduk di mejanya.
Secara tiba-tiba Anis datnag ke tempatnya dan menepuk mejanya kuat. Amelia dan yang lain tersentak.
Amelia yang sedang mendengar lagu, mencabut earphone yang dia sumbat di dalam telinga. Dia menatap The Hot Girls tajam.
"Kau balik-balik cari pasal dengan aku. Kau tak ada hidup sendiri ke asyik kacau aku?" Soal Amelia geram.
"Kalau kau nak cari masalah dengan aku, tak payahlah. Aku tak ada masa nak layan sampah-sampah macam kau orang." Bidas Amelia sinis.
The Hot Girls kembali ke tempat duduk mereka saat Cikgu Amin masuk ke dalam kelas. Amelia mendengus kuat.
'Hdup lagi dia ni. Aku fikir dah mati kena makan dengan anjing.' Monolog Amelia sambil menatap Cikgu Amin tajam.
Saat Amin mengajar, Amelia hanya membuat kerjanya dan tidak menumpukan perhatian. Amin menatapnya tajam.
"Amelia, sila bangun!" Panggilnya lantang.
"Hm, apa dia?" Soal Amelia sambil membuang pandangan ke luar tingkap.
Tingkah laku Amelia yang biadap membuatkan Amin semakin membara.
"Saya sibuk mengajar dekat depan, awak sibuk buat benda lain, kan?!" Teriaknya marah. Matanya dijengilkan.
Amelia tertawa mengejek ke arah Amin si syaitan bertopengkan manusia itu. Sifat toksik dan Amin tidak dapat dipisahkan.
"Jadi? Kenapa kau nak sibuk? Aku nak buat apa, ikut suka akulah. Aku pemilik sekolah ni dan aku berhak nak buat undang-undang aku sendiri." Bentak Amelia santai.
Murid kelas tersebut tersentak mendengar itu. Bahkan Amelia juga turut apabila tersedar apa yang telah dia ucapkan, namun dia tetap mengawal wajahnya.
"Ya, saya tahu awak kaya kalau naj dihintungkan dunia pun awak boleh beli." Balas Amin dengan senyumannya.
"Baguslah kalau cikgu sedar tu. Saya bukan miskin sangat setakat nak cari ilmu tu, saya boleh je offer cikgu private tak perlu saya datang ke sekolah." Ucap Amelia angkuh.
Fariz menggeleng kepalanya. Amelia bukan setakat terkenal dengan sifat keras kepala, bahkan angkuh.
Amin mengetap giginya mendengar ucapan gadis tersebut. Kerana itulah dia benci pada Amelia.
Amelia terus menggalas begnya dan berjalan ingin menuju ke pintu keluar. Langkah tiba-tiba terhenti saat Amin sambung berbicara.
"Tak apa kalau awak nak keluar atau skip kelas saya tapi, awak tak takut ke kalau saya laporkan pada pengetua." Ucap Amin sinis.
Amelia menoleh memandang Amin. Dia tersenyum mengejek ke arah lelaki tersebut.
"Oh, sebenarnya cikgu dah tinggal sesuatu ni. Cikgu tak tahu ke pengetua tu, makcik saya?" Soal Amelia dengan sinisnya.
Amin mendengus kuat. Gadis itu sangat pandai dan licik mengenakannya sekaligus memalukan dirinya.
"Cikgu cakaplah apa pun pada pengetua, pengetua tetap pilih untuk back up saya. Sebab dia makcik saya, dia kenal saya lebih dari siapa pun." Bidas Amelia.
Dia tertawa dan melangkah keluar daripada kelas. Amin menatap tajam kepergiannya.
'Kau memang tak guna, Amelia! Kau tunggulah apa yang aku bakal buat lada kau!' Monolog Cikgu Amin.
"Baiklah, kita hiraukan kejadian tadi. Sekarang cikgu nak kamu semua tulis apa yang saya tulis dekat papan putih." Arah Cikgu Amin.
"Baik!" Balas mereka semua.
Semasa berlajar Faris tidak memberi perhatian terdapat banyak persoalan di dalam pikirannya tentang Amelia. Dia tidak boleh berfikir waras!
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Storie d'amore﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...