Tok
Tok
TokAnina mengetuk muka pintu bilik Aqilah. Daripada tadi dia tercenguk di hadapan pintu, menunggu Aqilah untuk membuka pintu.
"Ey, minah ni. Mati dah ke?" Gumam Anina sambil merenung pintu di hadapannya.
Belum sempat dia ingin merempuh pintu bilik, pintu dikuak daripada dalam. Dia berdiri tegak serta-merta.
"Oh, kau? Kenapa datang bilik ni? Ada apa-apa ke?" Soal Aqilah.
Anina mendorong Aqilah masuk ke dalam bilik. Aqilah sedikit tersentak. Hampir dia terjatuh akibat dorongan tersebut.
"Wo-" Bibirnya ditekup kuat oleh tangan Anina. Anina meletakkan jari di bibir memberi isyarat supaya diam.
Dia diam. Anina menjenguk keluar dan menutup pintu perlahan-lahan. Lalu pintu dikunci. Aqilah berkerut melihat itu.
"Kau ni dah kenapa? Dah macam perompak je?" Soal Aqilah hairan. Dia membetulkan kedudukannya.
Anina memandangnya lama. Aqilah memandang Anina sambil memgangkat alis.
SKIP
Amelia menguak pintu biliknya dan meletakkan beg-beg kertas ke lantai lalu dia merebahkan badan dikatil. Tiba-tiba fikirannya memikirkan sesuatu.
Flashback..
"Hm, sempat lagi kalau aku nak baca buku sementara nak tunggu waktu rehat." Gumam Amelia selepas melihat jam tangannya.
Sampai di perpustakaan Amelia terus meletakkan buku English diatas meja dan duduk perlahan-lahan.
Kring!
Selepas sahaja mendengar bunyi loceng dia langsung menutup buku dibacanya. Tiba-tiba sekeping kertas terjatuh. Amelia mengambil kertas tersebut.
"Hi, Amelia. Long time no see, right? Aku cuma nak ingatkan kau yang aku sentiasa perhatikan orang yang kau sayang. Apa nama dia? Faris ya? Hahaha.. Oh, sebelum aku terlupa.. Aku akan pastikan kau mati. Ingat tu, Amelia."
Selepas membaca itu, Amelia mengepal tangannya kuat. Matanya bergetaran.
'ta-tak, aku takkan biarkan dia buat macam tu.' Monolog Amelia resah.
Amelia bangkit dari duduk bersama buku di tangannya.
End Flashback..
Amelia langsung terduduk di atas katil. Dia duduk di tepi katil dan mengelamun.
"Tak guna! Aku takkan biarkan aku buat macam tu!" Teriaknya kuat sehingga membuatkan semua orang mendengarinya.
"Amelia, kenapa cakap macam tu?" Soal seseorang di hadapan biliknya.
Amelia bangun dan menatap Anina yang memandangnya hairan. Dia menghadiahi senyuman palsu dan menggeleng.
"Huh? No-nothing." Balas Amelia sambil tersenyum manis namun palsu.
"Jangan tipu. Kami dengar dengan jelas kau menjerit. What's wrong? Kau ada masalah?" Soal Anina khawatir.
Amelia menggeleng laju. Dia terpaksa berbohong untuk keselamatan rakan-rakan dan keluarganya.
"Okay, then kenapa muka kau pucat?" Soal Aqilah. Dia menatap dalam wajah Amelia yang pucat lesi seperti mayat hidup.
Amelia yang melihat Anina dan Aqilah yang begitu khawatir berasa kasihan kerana menipu mereka sebentar tadi. Tetapi dia terpaksa.
![](https://img.wattpad.com/cover/187528702-288-k887701.jpg)
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...