Bumbung sekolah
"Iskandar." Panggil Amelia.
Iskandar langsung memandangnya sambil menaikkan alis. Amelia turut memandang Iskandar.
"Kau tahukan apa yang aku suruh kau buat dekat Anis tu?" Soal Amelia. Dia hanya mahu mengingati lelaki itu tentang rancangannya.
Iskandar hanya bergumam. Amelia menjeling Iskandar dan membuang pandangan.
"Jangan sampai bocor. Aku tak nak dia perasan apa-apa yang pelik pada kau." Pesan Amelia.
Iskandar merenung Amelia lama. Amelia yang berasa ditenung, menoleh. Mereka bertatapan. Amelia tersedak saliva dan langsung terbatuk kuat. Iskandar tersentak. Matanya terbeliak.
Amelia melihat tanganna yang berdarah. Dia meringis sakit. Lalu tangannya digenggam kuat. Iskandar yang melihat kejadian itu dahinya berkerut.
"Tangan kau kenapa?" Soal Iskandar bertanda-tanya.
Amelia memandang Iskandar lalu mengangguk. Iskandar menatap tajam ke arah tangan Amelia yang baginya begitu pelik.
Dia mencapai tangan Amelia kasar dan sedaya-upayanya membuka genggaman itu. Amelia tersentak.
"Amelia! Kenapa tangan kau?!" Teriak Iskandar terkejut.
Amelia menjeling Iskandar dan merentap tangannya yang dipegang oleh Iskandar. Dia membuang pandangan.
"Tak apalah. Aku batuk kering je. Jangan ambil berat tentang aku, aku bukan budak kecil." Ucap Amelia dingin.
"Aku ambil berat tentang kau bukan sebab aku anggap kau macam budak kecil, tapi sebab aku cintakan kau." Balas Iskandar.
Amelia langsung menoleh melihat Iskandar terkejut. Dia tertawa kekok. Fikirnya Iskandar hanya bergurau, tetapi tidak bagi Iskandar.
"Sudah-sudahlah, Iskandar. Tak lawak tahu tak." Dalih Amelia dengan sisa tawanya.
"Taklah. Aku saja je nak uji kau." Balas Iskandar.
"Baguslah." Ucap Amelia.
Iskandar tersenyum nipis. Dia tidak bergurau dengan Amelia tentang perasaannya. Dia sedar kalau Amelia bukan ditakdirkan untuknya. Ya, dia tipu dirinya sendiri semuanya kerana Amelia.
'Amelia, kalau kau tahu yang betapa cintanya aku pada kau.. Apa reaksi kau? Apa.. hubungan persahabatan kita ni akan terputus?' Monolog Iskandar yang sedang menatap Amelia.
Amelia memandang Iskandar yang mengelamun. Dia menepuk bahu Iskandar kuat sehingga Iskandar terhinjut bahu.
"Hei, termenung apa?" Soal Amelia bersama senyuman manis.
Iskandar menggeleng laju lalu tersenyum nipis. Amelia tersenyum nipis.
"Kau bila nak ada teman wanita? Seronok ke jadi single?" Soal Amelia selamba.
Soalan Amelia membuatkan dia tersentak. Mahu saja dia meluahkan perasaannya terhadap Amelia. Tetapi, itu mustahil.
"Ada. Tapi, aku tak luahkan pun isi hati aku dekat dia. Sebab dia suka orang lain bukan aku." Ucap Iskandar.
"Siapa dia? Mesti cantik kalau tak kau takkan sukakan dia. Kenallah pada aku. Mana tahu kami boleh jadi kawan?" Ucap Amelia teruja.
"Tak. Aku tak fikir yang kau dengan dja akan jadi kawan. Mustahil benda tu akan berlaku dan tak akan berlaku pun." Balas Iskandar.
Senyuman Amelia mati mendengar itu. Jawapan Iskandar membuatkan dia tersentak dan tertanya-tanya.
"Kenapa pula kami tak boleh jadi kawan? Memang kau suka tu bukan manusia?" Soal Amelia.
Iskandar tertawa kecil sambil menggeleng. Dia mengelus rambut Amelia. Amelia menatapnya lekang.
"Tak, sayang. Soalan kau pun.." Ucap Iskandar bersama tawanya.
"Then?" Soal Amelia bersama kerutan.
Iskandar menggeleng. Fikirnya sekarang bukanlah masa yang tepat untuk Amelia tahu semuanya. Baginya itu mustahil akan berlaku.
SKIP
Kantin
Ketika ini Amelia dan The Blackrose sedang makan makanan mereka masing-masing.
Tiba-tiba Amelia terasa basah dikepala. Dia bangkit dan menoleh. Dia terkesima apabila Anis memegang cawan yang tersisa ais sirap.
"Anis! Apa yang kau buat ni?!" Soal Iskandar lantang. Dia menatap Anis tajam.
Anis menatap Amelia dan Iskandar tajam. Amelia mendengus perlahan dan menatapnya dengan mata helang.
"Aku sakit mata dan hati bila kau rapat-rapat dan dilindungi oleh semua lelaki dekat sekolah ni. Kau tahu tak?!" Teriak Anis.
Amelia ketawa kecil. Kalau tidak cemburu bukan Anislah namanya. Anis mengerutkan dahi.
"Kau tahu tak kau ni macam patung? Patung untuk dibuat main?" Sinis Amelia menapak sedikit demi sedikit.
"Kenapa nak jadi anak patung kalau boleh jadi duit? Kau tahu persamaan kau dengan anak patung?" Soal Amelia menahan marah.
Anis hanya diam. Amelia menatap tajam ke arah Anis yang hanya diam tidak berkutik. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Anis.
"Kau dengan anak patung sama saja. Diperlukan bila perlu. Bila ada yang baru, dibuang. Cuba kalau kau jadi duit? Kalau buang pun orang tetap terima dan sayang kau. Kalau kau patung? Dibuang pun orang tak kisah dan tak suka kau.. Betul?" Sambung Amelia.
Amelia menepuk bahu Anis bersama senyuman manis. Anis memandangnya tajam. Amelia berlalu pergi.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...