Chapter 32

2.6K 152 2
                                    

3 hari kemudian..

"Aku akan balas apa yang kau buat dekat Iman. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Berani kau bunuh Iman!" Ucap Amelia marah.

Tanpa dia sedari, matanya berubah menjadi merah kehitaman bermaksud dia bakal berubah ke sisi keduanya. Dia mengepal tangan.

Mata helangnya menatap tajam cermin di hadapannya. Tatapannya tembus melihat cermin tersebut.

SKIP

Sekolah

Sampai di sekolah, seperti biasa saat dia melangkah masuk dia pasti menjadi pusat perhatian murid-murid. Amelia menghiraukan pandangan tersebut.

The Blackrose tidak ada bersamanya kerana mereka telah pergi ke kelas sebelumnya. Amelia melangkah masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa.

Semasa dia ingin keluar untuk pergi ke tandas, Hamdi memanggilnya. Dia menoleh dan mendekati Hamdi.

"Ya, cikgu?" Soal Amelia yang mendongak kepala.

"Ikut saya sekejap." Arah Hamdi. Dia melangkah ingin ke kantin.

Amelia hanya berdiri ditempatnya. Hamdi yang perasan itu, menoleh melihat Amelia. Dia menghela nafas dan mendekati Amelia.

"Ikut sajalah. Jangan risaulah.. Dia orang takkan cakap apa-apa pasal awak." Balas Hamdi sedikit kasar.

SKIP

"Saya teman cikgu sampai kafeteria je. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu?" Pamit Amelia. Hamdi hanya mengangguk.

"Terima kasih sebab sudi jalan dengan saya sampai kantin." Ucap Hamdi sambil tersenyum

Amelia melangkah ke arah The Blackrose. Daripada jauh The Blackrose merenungnya. Amelia menghiraukan renungan tersebut.

"Kau fikir teman Hamdi sampai depan kafeteria tu sweet?" Perli Ikmal. Dia menjeling Amelia sambil mulutnya mengunyah.

Amelia yang sudah duduk, perasaan akan jelingan tersebut hanya tertawa. Berbaur cemburu, ya?

"Eh, kau? Cemburu cakap sajalah. Perli-perli aku pula." Ucap Amelia. Tangannya menolak lembut Ikmal.

"Yah!" Teriak Ikmal. Dia menatap Amelia tajam. Amelia hanya tertawa.

Ahli The Blackrose yang lain hanya memerhati mereka. Sesekali mereka tergelak melihat pergaduhan kecil itu.

SKIP

Balik sahaja daripada sekolah, The Blackrose langsung menuju ke vila iaitu markas mereka. Tetapi Iskandar tidak. Dia mengekori Anis yang sudah memandu.

Anis melirik ke belakang. Kelihatan sebuah kereta sedang mengekorinya. Dahinya berkerut.

"Kereta belakang tu ikut I ke?" Soal Anis kuat kepada Farah.

Mereka langsung menoleh dan melihat kereta tersebut. Mereka memandang Anis yang sedang memandu.

"Entahlah. Mungkin jalan dia sama dengan you?" Balas Farah ragu-ragu.

Anis mengangkat bahunya. Ada benarnya ucap Farah. Tetapi, hatinya tetap berasa tidak sedap hati.

Iskandar yang sedang mengekori Anis daripada belakang, menelefon Amelia. Bunyi mendail kedengaran kuat di radio dan keretanya.

"Aku tengah ikut dia. Dia macam nak pergi suatu tempat." Ucap Iskandar yang tidak lekang melihat hadapan.

"Good.. Keep following her. Tangkap dia tanpa pengetahuan Farah. Faham?!" Ucap Amelia tegas.

"Baik, Amelia." Balas Iskandar. Dia memutuskan panggilan tersebut.

SKIP

Anis menghentikan keretanya di hadapan tandas awam. Dia membuka tali pinggang keselamatannya.

"Farah, I nak pergi toilet sekejap. You tunggu I dekat dalam kereta, ya?" Ucap Anis.

Farah yang sedang bermain telefon, mengangguk sebagai jawapan. Anis melangkah ke arah tandas awam tersebut.

Beberapa minit kemudian..

Anis mengambil tisu yang disediakan dan mengelap tangannya yang basah.

Lalu tisu tersebut dibuang kedalam tong sampah. Dia melangkah perlahan-lahan keluar daripada tandas. Tiba-tiba mulutnya ditekup kuat sehingga dia pengsan.

SKIP

Markas

Amelia menatap gadis yang diikat kemas oleh The Blackrose. Terbit senyuman sinis dibibir merahnya.

"A-aku dekat mana ni? Lepaskan aku!" Ronta Anis sambil mencuba melepaskan ikatan dibadannya.

Amelia membuka kain dimata Anis. Anis menatapnya dengan tatapan tajam. Malangnya, Anis tidak dapat mengesannya kerana dia memakai pelitup mulut.

"You siapa?! Lepaskan I!" Teriak Anis kuat. Teriakannya bergema didalam bilik tersebut.

Amelia menutup telinga apabila telinga berdesing. Matanya tajam memandang Anis. Dia langsung mencekik Anis. Anis meringis sakit.

"Kau siapa?!" Soal Anis menahan marah.

Amelia membuka pelitup mulutnya. Mata Anis terbeliak matanya. Amelia kembali memakai pelitup mulut. Cengkaman di pipi Anis semakin dikuatkan.

"Kau dengar sini.. Aku akan buat apa saja asalkan kau mati." Ucap Amelia berbaur ugutan.

"Argh.. Why? A-apa yang aku buat de-dekat kau?" Balas Anis menahan sakit.

Amelia melepaskan tangannya yang mencengkik leher Anis. Anis terbatuk kuat. Dia menghiraukan soalan Anis sebentar tadi.

Amelia mengambil pisau yang dihulurkan oleh Iskandar. Lalu dia menoreh sedikit demi sedikit pipi Anis.

"Fuck. Sakit telinga aku, tak guna!" Gumam Eric sambil menekup telinga sekuat mungkin.

Amelia diam dan menghiraukan sahaja bualan itu dia meneruskan aktivitinya itu.
Dia menoreh pipi Anis sehingga meninggalkan garisan yang panjang.

Amelia tersenyum di sebalik pelitup mulutnya melihat hasil kerjanya. Dia menoreh nadi tangan Anis sedikit.

"Ini baru sikit. Kalau kau cari pasal lagi dengan aku, aku akan pastikan kau mati di tangan aku." Ugut Amelia.

Kemudian, Amelia menyuntik ubat tidak sedarkan diri di leher gadis itu. Anis pengsan. Dia menoleh memandang Iskandar.

"Iskandar, kau hantarlah dia ke tempat asal. Pastikan tak ada sesiapa pun yang nampak kau." Arah Amelia dingin sebelum melangkah keluar.

The Blackrose menatap kepergian Amelia dan menatap Anis yang sudah tidak menyedarkan diri.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now