Chapter 41

2.4K 162 3
                                    

Krek~

Amelia memandang Faris yang sedang merenung keluar tingkap. Senyuman lebarnya terukir di bibir. Dengan perlahan-lahan dia melangkah ke arah Faris.

Leher Faris dipeluk erat olehnya. Dagunya diletak di atas bahu Faris. Kelihatan bahu Faris terhinjut akibat sergahannya.

"Eh, Amelia? What are doing here, dear?" Soal Faris sambil menoleh ke arah Amelia. Tangan Amelia yang memeluk lehernya, digenggam.

Amelia meleraikan pelukannya dan duduk di kerusi di sebelah katil Faris. Faris membetulkan kedudukannya.

"Haha.. Nothing. Saya lawat awaklah bukan nak culik awak." Balas Amelia dengan tawanya. Faris hanya tersenyum.

"Awak okey, sayang? Ada sakit mana-mana?" Soal Amelia prihatin.

"Nope. So far so good." Balas Faris. Amelia mengangguk sebagai balasan.

"Awak macam mana? Okey ke tak ada saya?" Goda Faris dengan alisnya yang diangkat-angkat.

"Okey apanya. Awak tahu tak sepanjang saya dekat sekolah, hati saya tak sedap. Tiba-tiba Aunty Dania telefon saya cakap yang awak kemalangan. Jadi, saya terus ke sini." Balas Amelia panjang.

Faris yang mendengar itu, menahan senyumannya. Risau juga gadis itu padanya. Amelia memandangnya hairan.

"Why? Awak pelik je saya tengok." Ucap Amelia serius.

"Risau juga awak dekat saya. Saya fikir tak." Balas Faris dengan tawanya.

Pak!

"Argh! Sakit, sayang! Kenapa tampar lengan saya?!" Teriak Faris terkejut. Tangannya menggosok lengannya.

"Awak tu. Tersengih-sengih! Memanglah saay risau pasal. Awak kan.. Tak apalah." Ucap Amelia. Dia mencebik bibir.

Faris tersenyum mendengar itu dan menepuk ruang di sebelahnya. Amelia mengangkat kepalanya dan mengangkat alis.

"Baringlah sebelah saya." Ucap Faris lembut.

"Tak nak! Katil ni untuk pesakit, bukan untik orang yang tak sakit! Tak nak, tak nak!" Tolak Amelia sambil menggeleng.

Faris mengangkat Amelia duduk di pangkuannya. Amelia terbeliak apabila badannya diangkat.

"Faris, apa yang awak buat ni? Turunkan sayalah! Malu kalau orang nampak." Ucap Amelia

"Mana ada orang dekat sini. Come, baring sebelah saya. Saya rindu awak." Ucap Faris. Dia merebahkan badan Amelia di sebelahnya.

Lalu dia memeluk Amelia yang meronta-ronta untuk turun. Amelia yang meronta-ronta, terhenti.

"Jangam bergerak, sayang. Awak tak kesian saya ke? Saya sakit ni." Bisik Faris yang penat.

"Okey, okey, saya teman awak tidur." Balas Amelia perlahan.

SKIP

"Bodoh! Aku bukan suruh aku bunuh lelaki tu! Aku suruh kau bunuh perempuan tu!" Teriaknya kepada orang upahannya.

"Fuck! Kau memang tak boleh diharap! Tak guna!" Sambungnya.

Bam!

Dia menembak lelaki yang dia upah. Dia berteriak kuat sebagai pelepasan amarahnya terhadap gadis tersebut.

SKIP

Amelia melihat The Blackrose yang sedang bersiap untuk pergi ke hospital. Janji mereka untuk pergi bersama, tetapi dia mempunyai hal untuk diuruskan.

"Guys, aku tak jadi nak melawat Faris." Ucap Amelia.

The Blackrose menghentikan langkah dan menoleh melihatnya. Mereka mendekatinya.

"Serius?" Soal The Blackrose. Amelia mengangguk.

The Blackrose mengangguk sebelum pergi meningalkannya. Amelia menatap kepergian kereta yang dinaiki oleh The Blackrose.

SKIP

Pusat Beli-belah.

Amelia menolak muka pintu bilik perakamam CCTV di pusar beli-belah tersebut. Pengawal lelaki yang menjaga, menoleh melihatnya.

"Maaf, mengganggu kerja kau orang. Tapi, boleh saya tengok rakam CCTV untuk hari ni?" Ucap Amelia.

"Ya, boleh sangat. Cik Amelia cuma bagi masa dan tempat." Ucap pengawal lelaki itu.

"Parking lot. Pukul 9 atau 9:30 macam tu." Balas Amelia.

"Sekejap." Ucap pengawal itu. Amelia mengangguk.

Saat pengawal itu memain perakaman CCTV di tempat letak kereta, mata Amelia terhenti pada sesuatu di dalam rakaman tersebut.

"Yang ini ke?" Soalnya sambil menoleh melihat Amelia.

"Ya! Boleh saya tengok rakaman tu?" Soal Amelia sambil memandang pengawal itu. Lelaki itu mengangguk.

Amelia melihat skrin komputer itu dalam sehinggalah dia ternampak seseorang perempuan yang memakai pelitup mulut di tempat letak kereta itu sedang menelefon seseorang.

Amelia melihat gadis itu menoleh ke kiri masuk ke dalam kereta dengan cepat. Tidak lupa juga seorang lelaki yang ingin pergi ke keretanya apabila lelaki itu ingin bejalan sebuah kereta hitam melanggarnya.

"Huh.." Amelia menekup wajahnya terkejut. Dia juga terundur belakang melihat kejadian itu.

"Boleh awak zoom nombor kereta yang dipakai oleh wanita tu?" Soal Amelia. Pengawal itu mengangguk.

Selepas mengambil nombor kereta itu, Amelia langsung keluar dari tempat tersebut. Amelia turun ke tempat letak keretanya.

'Dengan ini kerja aku lebih senang. Aku akan cuba cari kau. Siapa kau. Apa motif kau.' Monolog Amelia.

Dia membuka kunci keretanya dan membuka pintu kereta. Kemudian, dia pun memandu keluar dari situ.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now