Mereka pergi ke sekolah seperti biasa. Apabila mereka melangkah masuk ke kelas, badan mereka dibasahi oleh air.
Bau air tersebut seperti air yang telah dicampuri oleh sisa sampah.
Semua murid kelas tersebut tertawa ke arah mereka bertiga. Amelia tahu siapa yang membuat itu, mengepal tangannya.
"Kau ni apa masalah?!" Jerit Amelia. Dia memandang tajam ke arah semua murid dikelas tersebut.
Tengkingan Amelia membuatkan semua murid yang ketawa terbahak-bahak serta-merta terdiam.
"Wah, nerd marahlah. Takutnya!" Ucap Anis berpura-pura. Anis tertawa seperti mengejek.
"Tak payahlah nak tengking-tengking sangat. Kau tak layak nak naikkan suara dekat sini. Sedar diri dulu, nerd!" Ejek Alia.
Amelia mengangguk kecil dan tertawa halus. Tawanya membuatkan The Hot Girls menjelingnya.
"Yalah, aku tahu aku tak berhak nak naikkan suara dekat sini atau bersuara. Tapi, kau orang kena sedar diri juga." Balas Amelia sinis.
"Sebelum kau suruh aku cermin diri, kau orang cermin dulu diri tu. Mana tahu dah tak dara dah." Sambung Amelia selamba. Dia tertawa sambil bersilang tangan.
Tiba-tiba tawanya terhenti dan mencerna apa yang dikatakannya sebentar tadi.
"Eh? Apa yang aku cakap tadi ya? Lupalah.." Balas Amelia. Matanya helangnya memandang The Hot Girls sinis.
The Hot Girls mengecilkan matanya dan memandangnya dengan pandangan tajam. Amelia tersenyum.
"Sejijik-jijik aku, jijik lagi diri kau orang. Jangan berlagak sangat kaya. Tak kemana pun. Tempat kau orang neraka juga. Ops!" Perli Amelia sinis.
Amelia yang ingin keluar, mengerang kesakitan apabila rambutnya ditarik. Anina dan Aqilah cuba menolak Anis tetpai, dipegang oleh Alia dan Farah.
"Sa-sakit!" Ucap Amelia yang meringis kesakitan. Rambutnya cuba dilepaskan darupada genggaman Anis.
Anis dengan marah yang membara, semakin kuat menarik rambut Amelia. Semakin kuat Amelia teriak.
Amelia yang tidak boleh menahan marahnya, memulas tangan Anis. Anis mengerang sakit.
"Kau fikir kau siapa nak tarik rambut aku, pelacur!" Tengking Amelia lantang.
Tanpa dia sedar, dia telah melepaskan apa yang dia ingin katakan daripada mula pergaduhan.
Amelia berhenti memulas tangan Anis dna menolak badan Anis sehingga terkena bucu meja.
"Argh!" Anis terduduk dilantai akibat tolakan tersebut. Kelihatan berlakangnya berdarah.
Anina dan Aqilah mendekati Amelia yang seperti tersentak. Manakala Farah dan Alia mendekati Anis.
Amelia melihat tangannya yang bergetar. Wajahnya jelas menunjukkan dia begitu terkejut. Tidak lama kemudian, wajahnya terkejut bertukar normal tetapi dingin. Tangannya pula tidak bergetaran lagi.
"Anis, badan kau berdarah.." Ucap Alia bergetaran. Tangannya yang menyentuh luka itu, berdarah.
Anis menghiraukan Alia dan mendongak kepala melihat Amelia dengan tajam. Semakin membuak-buak bencinya pada Amelia.
"Kau memang tak guna, Amelia! Sebab kau, badan aku sakit!" Jerit Anis. Sekali-sekala dia mengerang sakit.
"Padanlah muka kau. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Sendiri cari penyakit, salahkan orang." Ucap Amelia. Dia menjeling The Hot Girls yang menatapnya.
Amelia bercangkung dihadapan Anis. Tangan Anis yang ingin menamparnya, ditahan.
"Kau tahu tak kau ni menyusahkan aku? Kalau diikutkan hati aku, aku nak je sangkut kau tiga ekor ni dekat kipas." Ucap Amelia selamba.
Pak!
Amelia menghantukkan kepala mereka bertiga. Sudah lama dia memendam mahu membuat sedemikian kerana telah membuli rakan-rakannya.
Semua yang melihat, bersorak gembira melihat itu. Amelia menggeleng kepalanya melihat adab murid-murid dikelas tersebut.
"Itulah balasan sebab buli kawan-kawan aku. Aku boleh buat lebih teruk daripada ni. Jangan sampai nyawa kau orang semua jadi taruhan." Ucap Amelia dingin.
Amelia menarik tangan rakan-rakannya ingin menuju ke luar kelas. Langkahnya terhenti.
"Jangan fikir aku main-main dengan apa yang aku cakap. Ini baru amaran." Sambung Amelia sebelum melangkah pergi.
YOU ARE READING
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...