Chapter 11

4.6K 189 1
                                        

Markas

Saat ini The Blackrose sedang berlatih untuk menembak. Latihannya bukan seperti biasa, tetapi perlu menembak bersama mata yang tertutup.

Tidak lupa juga, Amelia turut berlatihan untuk sebagai latihan.

Bang!
Bang!

"Wah.." Kagum Mikael. Matanya terbuntang melihat tembakan Amelia yang tepat mengenai patung dihadapan mereka.

Amelia hanya tersenyum nipis. Tidak mahu bangga pasti dia akan dicop sombong. Amelia menghela nafasnya.

Dia meletakkan pistol ditangannya di atas meja dan menghenyakkan punggung dikerusi akibat lenguh kaki lama berdiri.

Amelia mencapai air botolnya dan siteguk rakus. Sungguh dia dahaga saat ini. Mikael tidak lekang memandangnya.

Amelia menoleh melihat Mikael. Dia mengangkat alis. Mikael menggeleng kepala dan tertawa.

"Saja nak tengok kau. Kenapa? Tak boleh?" Tanya Mikael. Dia tersenyum sekilas ke arah Amelia.

Amelia menggeleng kepala. Bukan salah, tetapi dia rasa sedikit tidak selesa ditenung sebegitu. Dia mendiamkan diri.

SKIP

Sekolah

"Sakitlah! Lepaskan aku!" Bentak Amelia. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan apabila tangannya dipegang.

Pegangan di tangan Amelia semakin dikemaskan oleh Farah dan Alia. Anis menatap sinis ke arah Amelia.

"Kau tahu tak disebabkan kau, aku malu? Disebabkan kaulah, aku ni nampak lemah. Kau tak tahu?!" Teriak Anis marah.

Amelia berhenti daripada meronta. Memang sesuai dengan gadis itu. Dia tidak kisah tentang gadis itu dan dia langsung tidak kisah dengan balasan yang bakal dia dapat.

"Kau malu ke apa ke sekalipun, aku tak kisahlah! Pergi mampuslah dengan malu kau tu! Lepaskan akulah!" Balas Amelia.

Amarah Anis semakin membara. Dia menapak ke arah Amelia sebelum tangannya merobek baju sekolah yang dipakai oleh Amelia.

Amelia memejamkan matanya dan berteriak kuat. Berharap ada seseorang yang datang menyelamatnya.

"Jeritlah. Tak ada siapa yang dengar jeritan kaulah!" Teriak Anis. Tangannya semakin menjadi-jadi.

Buk!

Badan Anis ditarik kasar. Tarikan tersebut membuatkan Anis terjatuh ke tanah. Anis mendongak kepala melihat gerangan tersebut.

Amelia mencelikkan matanya. Sebaik dia membuka mata, dia terkejut melihat gerangan yang menyelamatnya.

"Yah! Apa yang kau dah buat ni?!" Teriak lelaki itu. Dia memandang The Hot Girls tajam.

Anis langsung bangun. Dia mula gementar apabila berhadapan dengan Faris.

"I-i.. Di-dia yang cari pasal dengan I dulu! Bukan salah I!" Ucap Anis. Dia menunding jari ke arah Amelia.

Faris mendengus kuat dan membuka jaket yang dipakai olehnya. Jaket tersebut dipakaikan pada badan Amelia.

"Jangan buat masalah dekat sini. Sebelum aku repot kau orang semua, baik kau orang berambus daripada sini. Berambus!" Teriak Faris.

Teriakan Faris membuatkan The Hot Girls berlari tidak cukup tanah. Sebelum Anis pergi, dia sempat menatap tajam ke arah Amelia.

Faris menatap kepergian The Hot Girl. Kemudian, pandangannya kembali terarah pada Amelia yang separuh bertelanjang.

"Kau okey?" Soal Faris. Matanya merenung mata Amelia.

Amelia ragu-ragu menjawab. Dia mengangguk kecil dan tersenyum kecil. Faris menghela nafas kasar.

"Terima kasih sebab tolong saya." Ucap Amelia.

"Tak payah nak berterima kasih sangat dekat aku. Aku bukannya nak tolong kau pun. Ini cuma nasib baik. Sudahlah. Jaket tu berzip, jadi ziplah. Malu kau nanti orang tengok kau." Ucap Faris dingin sebelum melangkah pergi.

Amelia menatap kepergian Faris dengan ekoran mata. Faris sangat berbeza dibandingkan pada pertama kali mereka bertemu. Tanpa sedari, bibirnya mengukir senyuman manis.

C | My Luv Is MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang