Amelia menarik senyuman sinis, setibanya mereka di kelas. Dia mengambil sesuatu di dalam begnya. Barang itu diletakkan di laci meja Anis.
Lalu dia duduk di tempatnya. Amelia, Anina dan Aqilah saling berpandangan seketika sebelum membuat kerja seperti tidak apa-apa yang berlaku.
Amelia melihat Anis yang masuk ke dalam kelas itu dengan ekoran matanya. Dia pasti kejutannya bakal mengejutkan Anis.
"Wei, Anis. Tadi ada orang letak barang bawah laci meja kau. Mungkin dia letak hadiah sebab dia suka kau kot." Ucap Amelia yang sedang bermain telefon.
Anis menoleh memandangnya seketika. Lalu berjalan ke tempatnya. Amelia yang sedang bermain telefon, tersenyum sinis.
Anis menunduk badannya untuk mengambil barang tersebut. Dia mencapai barang tersebut dan berteriak kuat apa dia melihat barang yang diperkatakan oleh Amelia.
Murid-murid dikelas itu langsung menoleh ke arah Anis dan menatapnya tajam. Amelia mendengus perlahan.
Anis mengemam bibirnya kerana ngeri melihat barang tersebut. Amelia tertawa sinis melihat reaksi itu.
"Ke-kepala manusia?!" Teriaknya nada yang terkejut.
Amelia bangkit dan bersilang tangannya. Anis menoleh melihatnya dengan mata yang dijengilkan.
"Suka tak kejutan aku?" Soal Amelia santa. Dia melirik sekilas kepala tersebut. Ya, itu kepala mangsanya yang telah dia bunuh.
"Kau fikir ini mainan?!" Teriak Anis yang tidak boleh manahan dirinya
Amelia tertawa mendengar itu. Lucu mendengar apa yang diucapkan oleh Anis yang pura-pura seperti suci.
"Ya, mainan. Jangan pura-pura macam kau ni baik dan suci sangat. Toksik tahu?" Ucap Amelia sinis.
"Peganglah dan bermain-main dengan kepala tu. Seronok tahu." Ucap Amelia dengan tawanya.
Anis kekal menatap kepala itu dengan wajah yang menjijikkan. Amelia mencapai kepala itu dan baling ke arah Anis.
Anis terkejut sehingga melempar jauh kepala tersebut. Kepala itu terperlanting jauh daripada mereka.
"Kau fikir aku tak tahu apa yang kau taruk laci bawah meja aku?" Ucap Amelia dingin.
Wajah Anis berubah hairan. Amelia menggeleng kepalanya sambil memandang Anis. Amelia memandang The Galaxy yang baru sahaja tiba.
"Kau jangan sampai aku beritahu ayah kau macam mana perangai anak perempuan yang dia sayang sangat ni dekat sekolah.." Ugut Amelia.
"Tch, kau? Beritahu ayah aku? Kau orang miskin mustahil kenal ayah aku." Bidas Anis sinis.
Mendengar itu membuatkan Amelia tertawa terbahak-bahak. Senyuman sinis Anis mati mendengar tawa Amelia.
"Hei, sudah-sudahlah dengan drama kau. Berhenti berlakon jadi kaya. Aku rasa kau tak cukup kaya untuk aku kalau dibandingkan dengan aku." Ucap Amelia.
"Kau jangan menipu aku. Kau fikir aku tak tahu yang ayah kau kerja sebagai staf disyarikat ayah aku?" Soal Amelia sinis.
"Tengku Amelia!" Panggil Faris keras. Dia menatap Amelia tajam dan menggeleng.
Amelia mengangkat kepalanya memandang Faris. Dahi Amelia berkerut apabila ditegur sebegitu oleh Faris.
"Apa? Betullah kan?! Kalau bukan disebabkan ayah saya, dia takkan duduk rumah mewah or everything! Faris, berhenti pertahankan dia. Tolonglah.." Ucap Amelia seperti merayu.
Anis menatap mereka hairan. Apa kaitan Faris dengan Amelia? Apa yang mereka sembunyikan? Apa hubungan mereka?
"Hei, aku tak kenal kaulah! Jangan pura-pura kau macam kenal aku! Faris, apa sebenarnya yang you sorokkan daripada I?!" Ucap Anis teriak.
Amelia menarik Faris berdiri di hadapannya. Kini tiba masanya untuk membongkarkan tentang identitinya.
"Faris tak pernah beritahu kau ke?" Soal Amelia yang sedang merangkul lengan Faris.
"Apa pula kau cakap ni?" Soal Anis bersaam kerutan didahi.
Amelia mendongak kepalanya menatap Faris. Faris mengangkat alisnya sambil merenung Amelia. Amelia kembali memandang Anis.
"Aku, Tengku Amelia dan Tengku Faris adalah kawan. Kalau kau tak tahu ayah aku adalah pemilik T.Amir's Holdings iaitu tempat dimana ayah kau bekerja." Jelas Amelia.
Mata Anis terbuntang mendengar itu. Dia memandang Amelia dan Faris berganti dengan pandangan tidak percaya.
"Faris? Betul ke?! You berkomplot dengan dia kan?!" Soal Anis dengan tawanya.
"Nope. Ya, kami berkawan. Jadi, aku rasa kau dah boleh berhenti buli dia sebelum aku patahkan tangan kau." Ugut Faris.
Anis berteriak kecil dan berlari keluar daripada kelas. Bahu Amelia dirempuh olehnya. Faris sempat menahan Amelia daripada jatuh. Mereka menatap kepergian Anis.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | My Luv Is MAFIA
Romance﹙2019﹚ Re-edited BOOK 1 | DARK ROMANCE SERIES Tidak menjangkakan peristiwa pelanggaran antara Tengku Amelia dan Tengku Faris menjadi titik permulaan kisah cinta mereka bermula. Mereka saling benci-membenci bagai anjing dengan kucing lah! Pantang jum...