Chapter 49

3K 163 9
                                    

"Sudah-sudahlah saiko orang, Kamil.. Kalau kau nak saiko aku, boleh. Saiko lawan saiko." Ucap Amelia bersama katana di bahunya.

Irdina, Kamil dan Faris menoleh ke arah Amelia. Amelia melirik sekilas ke arah Faris. Irdina dan Kamil terbeliak.

"Kau siapa sebenarnya?" Soal Irdina.

"Aku? Aku, Amelia. Hei, muka pucat lesi kenapa, kak?" Soal Amelia dengan tawa. Irdina membuang pandangannya dan tertawa sinis.

"Kelakar ke? Ketawalah dulu dan dengar apa yang aku nak cakap. Sebab lepas ni dah tak ada dah ketawa tu mungkin akan jadi rayuan. I swear to god." Sinis Amelia.

Irdina dan Kamil yang hairan langsung melihat Amelia bersama kerutan di dahi. Amelia menghela nafasnya sebelum menarik keluar katana miliknya.

"Kau buatlah apa pada aku, semua akan jadi sia-sia. Aku tahu Irdina.. Kau sebenarnya nak langgar aku tapi entah macam mana Faris yang kena langgar dekat parking lot. Betul?" Ucap Amelia yang tersenyum sinis.

Irdina tersentak mendengar itu. Faris memandang Irdina dengan pandangan yang marah dan tajam.

"Aku bersyukur yang aku tak kena langgar masa tu sebab aku akan mati juga nanti, jangan risau.." Sambung Amelia.

Tanpa Irdina dan Kamil sedar, The Blackrose dan The Galaxy menuju ke arah Faris. Mereka membuka ikatan di badan Faris.

Faris ditarik oleh Airiel dan Haziq. Mereka bersembunyi. Dari jauh mereka memerhati Amelia, Irdina dan Kamil.

"Baguslah. Tak perlu aku nak kena penat-penat jadi innocent hadapan kau. Aku malas!" Ucap Kamil. Amelia tertawa.

'Aku kena bunuh dia!' Monolog Irdina yang memerhati Amelia dan The Blackrose di hadapannya.

"Faris, kau tunggu sini. Aku dan Airiel akan tolong The Blackrose." Pamit Haziq sambil menarik Airiel. Faris mengangguk kecil.

The Blackrose dan The Galaxy mula berlawan dengan Kamil. Manakala, Amelia berlawan dengan Irdina.

SKIP

Faris mengelamun. Dia sudah membuat keputusan yang salah. Semuanya salahnya. Dialah punca mengapa semua ini berlaku.

Amelia terjatuh akibat sepakan pada kakinya oleh Irdina. Dia terbatuk sehingga darah keluar daripada mulutnya.

"Uhuk! Uhuk!" Amelia memegang dadanya yang sakit. Masa-masa genting inilah penyakitnya mahu menyerang.

Irdina tersenyum sinis kerana puas. Matanya menilik sekitar tempat itu sehinggalah matanya terarah pada Faris yang mengelamun.

Tanpa melengah, Irdina langsung berlari ke arah Faris. Amelia terbeliak melihat itu dan berlari ke arah Faris lalu badan Faris dipeluk olehnya dari belakang.

Tsk!

Tusukan itu terkena pada belakang badan Amelia. Faris tersedar dari lamunganya. Dia terkejut melihat Amelia yang sudah terbaring di lantai.

Tiba-tiba polis masuk ke dalam gudang tersebut. Belum sempat Irdina dan Kamil melarikan diri, mereka telah dikepung oleh polis. Mereka ditangkap.

"Amelia!" Teriak Faris kuat.

Teriakan Faris membuatkan The Blackrose dan The Galaxy tersentak. Mereka menoleh dan mereka tersentak melihat Amelia yang sudah terbaring lembah di lantai.

Mereka mendekati Faris dan Amelia. Anina menekup mulutnya akibat terkejut. Amelia menatap wajah rakan-rakannya sehingga tatapannha terhenti di Anina.

"Huh.. Anina, semuanya dah jadi sedia kala, kan?" Soal Amelia. Anina mengemam bibirnya dan mengangguk.

"Sudah, Amelia. Sudah.." Balas Anina. Amelia menarik nafas lega.

"See.. Aku dah tunaikan janji aku pada kau orang yang semuanya akan menjadi sedia kala. Maaf.." Ucap Amelia sebelum memejamkan matanya.

"Don't you dare close your eyes! Do you hear me? Please! Come on!" Ucap Faris. Dia menepuk pipi Amelia perlahan. Namun, tiada balasan oleh Amelia.

SKIP

"How, Crystal? Amelia okey je, kan?" Soal Anina. Crystal hanya mendiamkan dirinya.

Crystal yang mendiamkan diri, membuatkan Anina menggeleng kepalanya untuk menolak kebenaran. Dia menggenggam tangan Crystal.

"Crystal, tolonglah saya! Jangan diam, dia masih hidup, kan?" Ucap Anina tidak percaya.

Aqilah menarik Anina yang masih menangis. Crystal menatap Anina. Dia menghela nafas.

"Maaf, saya tak boleh buat apa-apa. Semasa dia dalam perjalanan, dia masih bernafas. Tapi, dalam masa yang sama darah yang keluar sangat banyak. Jadi kami tak sempat nak selamatkan dia. Maaf." Jelas Crystal.

Faris terduduk mendengar itu. Tidak cukup dia sudah membuat kesalahan dan tidak sempat meminta maaf, gadis itu pula dikhabarkan sudah pergi.

"Sial!" Ucapnya kesal.

Crystal tersenyum pahit dan mengambil telefonnya untuk menelefon ahli keluarga Amelia. Tangan bergetar-getaran.

SKIP

"Anina, marilah balik." Ajak Aqilah. Anina menggeleng kepalanya. Faris membuang pandangannya.

"Ta-tak nak. Aku nak teman Amelia dekat sini." Balas Anina lesu.

"Aku tahu aku sedih, tapi mama dengan papa pun sedih sebab Amelia pergi. Janganlah macam ni. Kau tak kesian ke dengan Amelia?" Ucap Aqilah dengan nada yang memujuk.

Dengan perlahan-lahan, Anina bangun kerana mendengar itu. Aqilah tersenyum dan merangkul bahu Anina. Mereka melangkah pergi dari situ.

Sampai di rumah, Tengku Aisyah masuk ke dalam bilik Amelia dan mengunci pintu bilik tersebut.

Aqilah dan Anina melepaskan nafas berat. Mata Anina secara langsung bergenang. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

Aqilah menatap kepergian Anina. Lalu muka pintu bilik Amelia ditatap. Dia menekap telinganya pada muka pintu bilik. Kedengaran tangisan Tengku Aisyah yang kuat.

Tok
Tok
Tok

"Mama, Aqilah ni. Bukalah pintu. Boleh tak mama?" Ucap Aqilah nada teriak.

Krek~

"Eh, Aqilah." Ucap Tengku Aisyah. Dia mengesat air matanya. Tangannya memegang bingkai gambar Amelia.

Mereka berdua pun masuk. Kemudian, Tengku Aisyah duduk di tepi katil. Temgku Aisyah mengelus wajah Amelua yang tersenyum di dalam bingkai hambar tersebut. Aqilah menggosok belakang Tengku Aisyah.

"Mama sabar, ya? Mama jangan sakit-sakit sebab Amelia akan marah Aqilah sebab mama sakit. Mama tahu tak kalau Amelia marah macam mama, singa betina!" Goda Aqilah selamba.

Pak!

"Aduh! Sakitlah mama! Apa tampar-tampar ni?" Soal Aqilah. Tengku Amelia tertawa kecil sambil menegsat air matanya.

"Jangan nak buat mama marah, ya? Sebelum mama jadi singa betina." Ucap Tengku Aisyah. Aqilah tertawa dan memeluk Tengku Aisyah.

"Aqilah saja je. Mama jangan risau sebab kami ada dengan mama. Kami sayang mama." Ucap Aqilah bersama senyuman.

"Ya, mama sayang kau orangbjuga." Balas Tengku Aisyah bersama senyuman. Dia membalas pelukan tersebut.

C | My Luv Is MAFIAWhere stories live. Discover now